Posts

Showing posts from January, 2017

SPAD tingkatkan peguatkuasaan sempena Tahun Baru Cina

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dijang pada 28 Januari ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, aktiviti penguatkuasaan akan melibatkan kawasan di  terminal  bas,  lapangan terbang,  pusat  bandar  dan  lebuhraya. "Ini  bagi  memastikan  pengguna pengangkutan  awam  darat  menikmati  perjalanan  yang  selesa  dan selamat tiba ke destinasi mereka. "Anggota SPAD turut melakukan operasi penyamaran bagi memantau pemahutan keselamatan dan tingkah laku pemandu bas ekspress," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Tambahnya, SPAD akan bekerjasama dengan agensi pengautkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Bersepadu Khas Tahun Baru Cina. "Operasi yang bermula pada 21 Januari hingga 5 Februari itu akan turut beroperasi selama 24 jam di

41 anggota penguatkuasa SPAD baru bagi mengukuhkan pasukan penguatkuasa SPAD

Image
41 PEGAWAI BARU BAGI MENGUKUHKAN  PASUKAN PENGUATKUASA SPAD Anggota penguatkuasa SPAD baru akan segera ditugaskan bagi operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina SHAH ALAM, 20 JANUARI 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini mengadakan majlis perbarisan tamat latihan bagi 41 anggota penguatkuasa SPAD baru di Kem Bumi Jati, Klang. Anggota ini akan menyertai barisan 343 anggota penguatkuasaan yang sedia ada. Barisan anggota terbaru ini yang terdiri daripada pemegang ijazah dan diploma berumur di antara 23 dan 30 tahun telah menjalani kursus intensif selama 2 bulan yang merangkumi bidang perundangan, penguatkuasaan dan operasi, tatacara pemeriksaan dan sekatan jalan raya, siasatan dan pendakwaan, Kod Amalan Industri Keselamatan (SPAD ICOP Safety), etika penguatkuasaan dan ilmu beladiri.  Majlis perbarisan hormat tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar Jaafar Albar. Di dalam ucapannya, Tan Sri Dato’ Seri Dr.

Projek Bas Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur - Klang sepanjang Lebuh Raya Persekutuan dibuka untuk bidaan

Image
SPAD MELANCARKAN PERMINTAAN UNTUK CADANGAN (RFP) BAGI MEMBANGUNKAN PROJEK LALUAN BAS RAPID TRANSIT (BRT) KUALA LUMPUR - KLANG  Kuala Lumpur, 18 Januari, 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melancarkan Permintaan Untuk Cadangan (‘Request for Proposal,’ RFP) bagi menjemput pihak-pihak yang berminat untuk membida di dalam pelaksanaan projek Bas Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur - Klang sepanjang Lebuh Raya Persekutuan.  BRT Kuala Lumpur – Klang merupakan laluan paling utama di antara 12 koridor BRT yang telah dikenal pasti di bawah Kajian Kebolehlaksanaan BRT Lembah Klang. BRT Kuala Lumpur – Klang yang dicadangkan ini merupakan laluan khusus bagi bas sepanjang 34km dilengkapi dengan 25 stesen serta bakal meningkatkan kesalinghubungan antara laluan rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan KTM Komuter. Hentian bagi laluan BRT tersebut juga akan dihubungkan dengan perkhidmatan bas yang lain. Cadangan projek BRT Kuala Lumpur - Klang ini akan men