Posts

Showing posts from June, 2016

PM lancar penyambungan LRT jajaran Kelana Jaya dan Ampang Jaya...

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nakib Tun Razak berkata, projek penyambungan dua jajaran LRT Kelana Jaya dan Ampang bernilai RM8 billion membuktikan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini telah menepati janjinya kepada rakyat Malaysia. "Bila saya ambilalih tampuk kepimpinan negara pada 2009 kita telah mengadakan siri percambahan fikiran yang telah dikelolakan oleh PEMANDU pada ketika itu. "Kita lihat bahawa salah satu daripada cabaran dan kelompongan yang berlaku dalam negara kita ialah masalah pengangkutan. "Ini adalah kerana pemimpin sebelum saya yang memerintah selama 22 tahun tidak begitu memberi perhatian kepada pengangkutan awam," katanya. Najib berkata, berikutan sikap pemimpin terdahulu itu, maka ia mengakibatkan kelompongan dan kurang pelaburan. Di samping itu katanya, berlaku sistem yang tidak bersepadu dan dimiliki oleh pelbagai pihak. "Ini yang menjadikan sistem pengangkutan awam bagi Lembah Kelang tidak boleh mena

Projek Laluan (LEP) Kelana Jaya dan Ampang Lulus - SPAD

Image
KENYATAAN MEDIA SPAD MENGESAHKAN KELULUSAN BAGI PEMBUKAAN PROJEK SAMBUNGAN LALUAN (LEP) KELANA JAYA AND AMPANG Selasa, 28 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesahkan bahawa syarikat Prasarana Rail and Infrastructure Projects Sdn Bhd telah menerima kesemua kelulusan yang diperlukan bagi memulakan operasi sepanjang laluan Kelana Jaya dan Ampang yang telah siap di bawah Projek Sambungan Laluan (LEP). LEP bakal dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 30 Jun 2016. “Bagi mematuhi keperluan permohonan ini, kesemua dokumen yang perlu diserahkan oleh Prasarana, telah pun diterima oleh SPAD pada 16 Jun 2016. Ini termasuk Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), iaitu satu dokumen yang dikeluarkan oleh arkitek yang menyelia projek itu. Ini adalah sebahagian daripada syarat-syarat yang dikenakan ketika mengemukakan permohonan untuk membuka laluan baru,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD En. Mohd Azharuddin Mat Sah. "

Isu Uber...Pemandu teksi jangan bertindak sesuka hati - SPAD

Image
Pemandu teksi dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri dan bertindak di luar batasan terutama berkaitan UBER.   Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pihaknya sedang mencari cara terbaik untuk menyelesaikan persengketaan antara pemandu teksi dan UBER.   "Sebagai rakyat Malaysia yang dikenali kerana pelbagai bangsa boleh hidup aman damai, kita tidak boleh sesuka hati mengambil tindakan," katanya kepada wartawan selepas majlis berbuka puasa SPAD di Kuala Lumpur, Khamis.   Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden sekumpulan 50 lelaki dipercayai pemandu teksi yang bertindak keterlaluan dengan menyerang beberapa orang pengguna perkhidmatan UBER, termasuk pelancong, di KL Sentral baru-baru ini.   Beliau berkata pemandu teksi tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana ia akan menjejaskan perkhidmatan mereka.   "Kejadian itu membabitkan pelan

Transformasi Industri Teksi Kian Hampir

Image
   TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI KIAN HAMPIR Penyelesaian akan menjurus kepada mewujudkan persaingan yang adil pada masa hadapan KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara. Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah dan adalah sukar bagi mendapatkan jawapan yang akan memuaskan kesemua pihak. Dengan itu, di dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan. Cadangan yang dikemukakan turut menyent