Posts

Showing posts from 2015

Beli tiket secara online ketika musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan dan kesulitan - SPAD

Image
PENGGUNA BAS EKSPRES DINASIHATKAN MENDAPATKAN TIKET MELALUI SISTEM ATAS TALIAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL DAN HARI KRISMAS Kuala Lumpur, 22 Disember 2015: Pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang ingin menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM).  Bagi senarai portal dan laman sesawang syarikat-syarikat bas ekspres yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian, pengguna boleh melayari http://www.spad.gov.my/ms/tiketBE .  Bagi pengguna yang menuju ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling, mereka masih boleh membeli tiket secara atas talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian tersebut.  Pembelian tiket secara awal, menggunakan TVM di TBS-BTS dan secara atas talian dapat mengura

RAPIDKL AKAN MENGENDALIKAN SEMULA DUA LALUAN DI KORIDOR SUNGAI BESI DAN KORIDOR JALAN KLANG LAMA - BERKUATKUASA 21 DISEMBER, 2015

Image
Kuala Lumpur, 19 Disember 2015: Di dalam usaha berterusan Suruhanjaya bagi menyemak semula dan menstabilkan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (Bus Network Revamp atau BNR), laluan 600 (Puchong Utama - HAB Pasar Seni) di sepanjang Koridor Jalan Klang Lama dan laluan 506 (Putrajaya Sentral - Bandar Utama) di sepanjang Koridor Sungai Besi akan dikendalikan semula oleh RapidKL, berkuat kuasa 21 Disember 2015. Waktu operasi untuk laluan 600 adalah dari 5:30 pagi -11:30 malam dengan kekerapan setiap 10 minit ketika waktu puncak pagi dan petang, manakala laluan 506 akan beroperasi dari 6:00 pagi -11:30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit ketika waktu puncak pagi dan petang. SPAD ingin memberi jaminan kepada penumpang bahawa setiap langkah proaktif sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu-isu operasi pada kadar yang segera. Sekaligus dengan itu, SPAD sedang memantau operasi pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performa

Kerajaan sedia bertemu SPAD bincang semula tambang ERL

Image
Oleh MOHD HILMI MOHD ALI (www.bnbbc.my) 2 DIS: Kerajaan sedia bertemu dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dalam usaha mengkaji semula kenaikan harga tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) jika ada keperluan. Bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi kenaikan harga tambang ERL tidak dapat dielakkan berikutan ia tertangguh hampir 14 tahun. “Kos operasi ERL sudah meningkat dua kali ganda. “Pada dasarnya kerajaan setuju naikkan harga tambang setelah 14 tahun permohonan mereka menaikkan tambang mengikut perjanjian tidak mendapat kelulusan, 14 tahun adalah jangka masa yang lama,” kata Aziz. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Lobi Parlimen pada Rabu. Ketika ditanya mengenai adakah kementerian akan bertemu semula dengan SPAD untuk membincangkan semula kenaikan harga tambang berkenaan, Aziz berkata beliau bersedia. “Ya,” jawabnya ringkas. Bagaimanapun Aziz mencadangkan pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan ERL mem

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti di Kuala Lumpur

Image
PENYUSUNAN SEMULA RANGKAIAN BAS HENTI-HENTI BAKAL MENINGKATKAN LIPUTAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN BAS DI GREATER KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG 8 koridor, 241 laluan, 2000 bas untuk menambah baik pengangkutan awam darat Kuala Lumpur, 30 November 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha menaik taraf industri pengangkutan awam darat di Malaysia, akan melaksanakan Bus Network Revamp (BNR) atau penyusunan semula rangkaian perkhidmatan bas henti-henti di Greater Kuala Lumpur mulai 1 Disember 2015. Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, koridor bas sedia ada akan disusun semula menjadi koridor yang lebih kecil berdasarkan jalan utama yang menghubungkan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Rangkaian bas ini dibahagikan kepada 8 koridor iaitu Koridor Jalan Ipoh, Koridor Jalan Pahang, Koridor Ampang, Koridor Cheras, Koridor Sg. Besi, Koridor Klang Lama, Koridor Lebuhraya Persekutuan dan Koridor Damansara. Penambahbaikan rangkaian bas ini akan mengura

Sekitar Simposium Pengangkutan Awam Darat anjuran SPAD

Image
Sekitar Simposium Pengangkutan Awam Darat anjuran SPAD 18 November 2015

Didesak letak jawatan ... Ini komen Syed Hamid

Image
Sejak pegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tiga tahun lalu, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sudah melalui macam-macam dugaan dan cabaran. Terkini semasa Perhimpunan Haram segelintir pemandu-pemandu teksi di depan parlimen pada Rabu, ada sepanduk yang tertera ayat menyuruhnya letak jawatan. Ketika perhimpunan haram itu berlangsung, Syed Hamid sedang mempengerusikan simposium pengangkutan awam darat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang tidak jauh dari Parlimen. Bila wartawan memintanya mengulas, pengerusi SPAD itu nampak cool saja dan sempat berseloroh. "Ini adalah satu keindahan negara Malaysia di mana ramai orang suka melanggar undang-undang. Walaupun tidak ada izin, dia buat juga. "Pihak yang berwajib akan mengambil tindakan mengikut kuasa masing-masing. "Saya tengok gambar dari plakad, kumpulan itu sikit sahaja, tetapi bunyi besar. Tetapi kumpulan yang ramai yang menyokong kita orang tak nampak. "Mereka buat perhimpun

SPAD hargai pemandu teksi

Image
Dalam setandan pisang bukan semuanya busuk. Begitulah halnya dalam isu pemandu teksi yang kebelakangan ini tercalar imej kerana sikap buruk segelintir rakan-rakan mereka. Pada Selasa malam, 13 orang pemandu teksi diberi pengiktirafan pada majlis Anugerah Industri yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pada malam itu, pemandu Teksi, Hanizan Mohamed Radzi, yang menjumpai seorang kanak-kanak yang diculik dan seterusnya mengembalikan anak tersebut kepada ibu bapanya telah diberikan Anugerah Khas oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Kes Hanizan menjadi viral apabila dia menemui kanak-kanak itu di tepi jalan dan mengecamnya selepas kes penculikan itu dilaporkan secara meluas di media sosial. Turut menerima Anugerah Khas untuk pemandu teksi adalah Tamil Nesan Shanmugam dan Abdul Wahid Tahir kerana bersikap kejujuran mereka memulangkan barangan penumpang yang tertinggal di dalam teksi. Lebih menarik lagi, ini adalah kali pertama SPAD memberi anugerah

Jangan sabotaj Sidang Kemuncak ASEAN...

Image
Pemandu-pemandu teksi di seluruh Lembah Kelang diminta supaya tidak berdemo pada Rabu ini kerana ia perbuatan sia-sia dan tidak patriotik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata pada tarikh itu Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN jika demo itu berterusan, ia juga akan memburukkan imej negara. "Banyak yang kerajaan sudah buat untuk membantu pengusaha dan pemandu teksi. Janganlah gunakan masa seperti ini untuk buat demo kerana ia tidak akan membantu. "Sepatutnya kita berbincang bersama seperti yang dilakukan oleh beberapa persatuan pada Sabtu lalu di mana mereka telah berjumpa pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan berbincang mencari penyelesaian. "Janganlah gunakan masa ini untuk dijadikan satu peluang memburukkan kerajaan padahal banyak yang telah mereka perolehi daripada kerajaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di parlimen, pada Isnin. Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPAD itu berkata dia kesal den

Berbincang lebih baik dari berdemo – Tan Sri Syed Hamid

Image
Rancangan segelintir pengusaha teksi  untuk mengadakan demo pada Rabu ini nampaknya tidak mendapat sambutan daripada rakan-rakan dalam industri itu sendiri. Selain gagal mendapatkan permit daripada pihak berwajib, usaha mereka juga tidak mendapat restu daripada beberapa persatuan teksi yang beranggapan tindakan itu tidak membawa faedah.     Bukti ini semakin terserlah pada Sabtu apabila lebih daripada 1,000 pengusaha dan pemandu teksi dari seluruh Lembah Kelang hadir pada Majlis Perjumpaan Ramah Mesra bersama  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).  Golongan ini membuktikan perbincangan secara damai adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan industri berkenaan.     Untuk menambah garam kepada luka pengangjur demo itu, pengusaha dan pemandu teksi yang hadir pada majlis berkenaan siap mengumumkan empat resolusi, iaitu berikrar untuk berganding bahu dengan SPAD dalam memajukan industri teksi negara, mematuhi segala peraturan dan undang-undang

SPAD akan terus berusaha tingkat taraf perkhidmatan teksi

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi di Malaysia dan memahami isu-isu yang membelenggu industri teksi negara. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut di dalam usaha penambahbaikan industri teksi di Malaysia seperti program Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) pada 2012 dan program Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) pada 2013. Proses rundingan dan perjumpaan bersama-sama persatuan dan juga pengendali teksi serta pihak-pihak berkepentingan adalah sesuatu yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh Suruhanjaya. Kesemua ini dilakukan menerusi beberapa siri mesyuarat, dialog dan sesi perbincangan bagi mendengar pandangan pemandu teksi dan membincangkan isu-isu yang membebankan mereka. Siri-siri pertemuan ini amat penting bagi Suruhanjaya ini memastikan kesemua pandangan pihak berkepentingan diambil kira. Usaha ini telah dipertingkatkan lagi pada bulan Oktober dan November 2015, dimana SPAD telah m

SPAD perkenal CTSS pantau pengagihan dan prestasi teksi

Image
*Gambar arkib Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati hanya 27% daripada jumlah teksi yang sedia ada, mempunyai sambungan melalui aplikasi tempahan teksi. Bagi mengisi kekurangan itu, SPAD akan melaksanakan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) yang berfungsi sebagai pusat bagi memantau pengagihan dan prestasi teksi. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menerusi kenyataannya kepada media, berkata CTSS akan diintegrasikan dengan sistem tempahan bagi meningkatkan mutu perjalanan yang dialami penumpang. "Dengan adanya pemadanan pelanggan dan pendapatan yang lebih baik ini, kami percaya pemandu teksi dapat memberikan perkhidmatan yang lebih menguntungkan pengguna," katanya Menurut Syed Hamid, SPAD telah melalukan pelbagai usaha bagi mengubah industri teksi Malaysia yang dikelolakan oleh kementerian-kementerian berlainan. Pada masa yang sama, katanya terdapat banyak negara yang mengamalkan kedua-dua sistem teksi di bawah pemilikan individu dan syarikat.