Posts

Showing posts from August, 2013

Stesen Operasi Rembau mula operasi Jumaat ini

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi lampu hijau untuk stesen komuter Rembau memulakan operasinya hari ini (Jumaat) di mana tiga perkhidmatan dari Rawang-Rembau-Rawang disediakan pada sebelah pagi dan tiga pada waktu petang. Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kelulusan itu diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) setelah pihaknya berpuashati dengan kerja-kerja pembinaan rel dan stesen berkenaan.
Syed Hamid berkata dia yakin pembukaan stesen komuter Rembau dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di kawasan berkenaan dan yang berdekatan dengannya. Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di stesen komuter Pulau  Sebang (Tampin) setelah meninjau Stesen Rembau sebelum itu pada Khamis.
Turut menyertai Syed Hamid ialah pegawai-pegawai kanan pengurusan SPAD, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan media massa yang menaiki komuter dari KL Sentral. Turut hadir semasa sesi lawatan itu ialah Presiden KTM Berhad, Datuk Elias Kadir…

Info penutupan jalan dan perkhidmatan awam sempena hari merdeka ke -56

Image
PENUTUPAN JALAN DAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
AWAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56

KUALA LUMPUR (28 Ogos 2013): Selaras dengan pengumuman penutupan jalan
untuk raptai perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan ke-56, pengendalipengendali
pengangkutan awam darat akan mempertingkatkan perkhidmatan bas
dan rel disekitar Kuala Lumpur.

Lencongan / penutupan jalan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
secara berperingkat bermula jam 6.00 pagi pada 27hb Ogos hingga 31hb Ogos 2013.
Jalan-jalan yang terlibat adalah :

Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Mahameru, Jalan Lembah, Bulatan
Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Perdana, Jalan Kinabalu,
Jalan Raja, Jalan Hishamuddin, Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen, Bulatan Dato’
Onn, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan
Sultan Ismail, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah
Persekutuan.1
 (sila rujuk kepada www.spad.gov.my untuk peta dan jadual penutupan jalan)

Bas awam akan dibe…

SPAD terima 22,000 permohonan untuk sertai TEKS1M

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerima 22,000 permohonan daripada pemandu teksi seluruh negara untuk menyertai program Teksi 1Malaysia (Teks1M). 
Bagaimanapun pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata hanya 1,000 pemandu teksi di Lembah Klang, Johor Baharu dan Pulau Pinang yang terpilih untuk menyertai program itu.
"Mulai September ini, 200 daripada Teks1M itu akan mula bertugas selebihnya dijangka berada di jalan raya di Lembah Klang, Johor Baharu dan Pulau Pinang Disember ini," katanya ketika menghadiri taklimat Teks1M di Johor Bharu,Isnin.

Bagaimanapun menurutnya, SPAD bersedia mengkaji untuk menambah penyertaan Teks1M pada masa depan berdasarkan pertambahan penduduk di satu-satu kawasan. 
"Kami akan tengok untuk tambah bekalan (Teks1M)," kata Syed Hamid dan memberitahu bahawa 60 peratus daripada Teks1M itu adalah untuk kegunaan di Lembah Klang manakala selebihnya di Johor Baharu dan Pulau Pinang. 
Mereka yang terpilih menyertai p…

Lesen pemandu pengangkutan awam perlu dikendali oleh SPAD

Image
Lesen pemandu pengangkutan awam perlu dikendali oleh SPAD, bukan JPJ, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

"Saya mencadadangkan supaya Lesen Pemandu Pengangkutan Awam yang sebelum ini dikendalikan oleh JPJ diambilalih oleh SPAD untuk diselaraskan dengan Lesen Pengendali," katanya ketika dihubungi menerusi telefon untuk mengulas tragedi kemalangan maut di Genting kelmarin.

Syed Hamid berkata, dia kesal dengan sikap sesetengah pihak, terutama blog pembangkang yang menuding jari kepada SPAD berhubung insiden itu.

"Ini bukan masanya untuk menuding jari tetapi untuk melihat masalah dan secara menyeluruh. Kerajaan juga mesti ada political will dan keberanian bagi menukar dan mentransformasi industri ini," katanya.

Menurut Syed Hamid pihak-pihak yang menuding jari itu mungkin tidak memahami bahawa yang bertanggungjawab meluluskan bas dan lesen pemandu adalah JPJ. Katanya, Pemeriksaan Maintenance untuk meneruskan perkhidmatan jug…

Kenyataan Pengerusi SPAD berkaitan kemalangan bas ulang-alik di KM 3.5 Jalan Genting Highland

KENYATAAN YBHG TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID ALBAR PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT Kenyataan Akhbar Kemalangan Bas Ulang-Alik di KM 3.5 Jalan Genting Highland. 21 Ogos 2013- SPAD ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban di dalam kemalangan yang menimpa penumpang bas ulang-alik ke Genting Highland yang terhumban ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting-Karak. SPAD memandang serius tragedi kemalangan dan menyokong cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa penyiasatan khas untuk menyiasat secara terperinci punca kemalangan bas di Jalan Genting Klang. SPAD akan bekerjasama dengan semua agensi - agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan langkah – langkah pencegahan supaya tragedi sedemikian dapat dielakkan di masa hadapan. Selain daripada itu, SPAD juga akan memberi tumpuan yang lebih khusus kepada audit keselamatan terhadap pengendali bas henti-henti dan ekspres. Tindakan susulan dan …

Awas! Orang menyamar jadi pegawai SPAD!

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menasihatkan pemandu teksi dan orang ramai supaya berhati-hati kerana sejak sebulan lalu berlaku kes pasangan lelaki dan wanita menyamar sebagai pegawai pengkuatkuasa. Pengurus Besar Unit Penguatkuasaan SPAD, Mejar (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata pihaknya telah membuat laporan polis terhadap kejadian itu setelah menerima aduan dan maklumat daripada pemandu-pemandu teksi.
Katanya pasangan itu telah menyamar sebagai pegawai pengkuatkuasa SPAD untuk memeras ugut pemandu teksi.
“Saya mahu memaklumkan kita sudah ada empat kes penyamaran sebagai pegawai SPAD oleh satu pasangan lelaki dan wanita. Sehubungan itu saya mahu pemandu teksi dan rakyat supaya berhati-hati.
“Pegawai SPAD apabila bertugas akan menunjukkan kad kuasanya. Maka pemandu perlu tengok betul-betul kad kuasa itu. Ia mesti mempunyai nama, gambar dan nombor siri pegawai. Kalau boleh, sila catatkan nombor siri itu. Kadang-kadang penyamar ini hanya tunjuk sekali imbas kad kosong. Jadi…

Tindakan Tegas Jika Gagal Tukar Bas Sekolah Berusia Lebih 30 Tahun - SPAD

Image
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Mulai Januari 2015, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pengusaha bas sekolah jika gagal menukar kenderaan mereka yang telah berusia 30 tahun dan ke atas kepada yang baharu, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata tempoh dua tahun yang diberi kepada semua pengusaha bas sekolah terbabit untuk menukar kenderaan mereka akan berakhir hujung tahun depan dan SPAD tidak akan melanjutkan semula tempoh berkenaan.

"Jika mereka (pengusaha bas) ingkar untuk ikut peraturan yang kita tetapkan, SPAD akan dakwa mereka di mahkamah, tarik balik lesen supaya mereka tidak boleh lagi beroperasi secara sah.

"Undang-undang membenarkan SPAD membuat peraturan serta prosedur dan kami boleh ambil tindakan jika ia gagal dipatuhi kerana soal keselamatan penumpang terutama kanak-kanak amat penting," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Terdahulu Syed Hamid menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pers…

SPAD kaji perkhidmatan rel ke Pantai Timur

KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Penduduk Pahang, Terengganu dan Kelantan menerima khabar gembira apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji kemungkinan akan menyediakan perkhidmatan sistem rel untuk lokomotif menghubungkan Kuala Lumpur ketiga-tiga negeri itu.
Ketua Bahagian Pembangunan SPAD, Azmi Abdul Aziz berkata, perancangan melaksanakan projek laluan landasan itu memang terdapat dalam pelan utama suruhanjaya berkenaan untuk manfaat tiga negeri tersebut.
Menurutnya, berdasarkan faktor demografi pula, laluan rel atau landasan seumpama itu hanya menghubungkan negeri-negeri sebelah utara ke selatan Semenanjung sedangkan untuk ke Pantai Timur tidak wujud disebabkan halangan kawasan pergunungan.
"Kalau tengok dalam laman web kita, kita ada perancangan dan memang ada laluan ke negeri tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2013 SPAD Wilayah Timur di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.
Yang turut…

SPAD tahan 30 bas tak ikut jadual

Kuala Terengganu: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur menahan 30 bas untuk siasatan lanjut sepanjang operasi Ops Selamat dari 1 hingga 5 Ogos lalu sempena Aidilfitri. 

Pengurus Bahagian Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur, Mejar (B) Mohd Sharif Jamal Abidin, berkata jumlah itu adalah antara 519 bas yang diperiksa dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna bas di negara ini, terutama pada waktu puncak sepanjang Aidilfitri. 

Gagal pamer dokumen

“Kegagalan mematuhi jadual waktu perjalanan adalah kesalahan paling banyak iaitu 40 peratus. 

“Selain itu, kegagalan mempamerkan dokumen seperti Lesen Pengendali, Jadual Tambang dan Jadual Perjalanan sebelum memulakan perjalanan," katanyadalam operasi SPAD di Terminal Bas Kuala Terengganu, malam kelmarin. 

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 22 (3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan jika didapati bersalah pihak terbabit boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya. 
Operasi itu juga untuk m…

SPAD berkas 24 ulat tiket, 10 positif ujian dadah

Image
Seramai 24 ulat tiket berjaya dicekup dalam satu operasi bersepadu yang dilakukan oleh unit penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Jumaat.

Daripada jumlah itu 10 daripada mereka didapati posifit dadah, seorang adalah pendatang tanpa izin dan seorang lagi memiliki dadah. Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan, Maj Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, Operasi khas sempena perayaan Aidilfitri itu dilakukan di dalam dan sekitar kawasan Pudu Sentral.
“Operasi ini dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu pada jam 10 pagi hingga12 tengahari dan 8.30 hingga 10.30 malam. Mereka yang positif dadah melalui ujian air kencing telah diserahkan kepada AADK sementara  ulat tiket yang memiliki dadah itu telah diserahkan kepada polis dan bakal didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya.
Che Hasni berkata, ulat—ulat tike…

SPAD luluskan 437 lesen perubahan sempena musim Raya

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meluluskan 437 Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada pengendali-pengendali bas ekspres tambahan sempena perayaan Hari Raya Adilfitri.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan demikian selepas membuat lawatan ke Pudu Sentral, Jumaat. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Kamal dan Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan, Maj Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad.
Senarai pengendali bas ekspres itu merangkumi wilayah tengah selatan dan timur. Pengguna yang mahu menyemak senarai syarikat bas yang diberi kelulusan LPS itu boleh berbuat demikian menerusi laman web SPAD http://www.spad.gov.my/
Syed Hamid berkata, SPAD yakin kelulusan kepada 437 syarikat pengendali bas itu yang membabitkan tambahan hampir 700 bas dapat mengatasi masalah kekurangan bas pada musim perayaan. 
Dalam pada itu Syed Hamid turut menasihatkan orangramai yang ingin pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri supaya menaik…