Posts

Undang-undang berkaitan E-Hailing akan dipinda demi masa depan.

TINDAKAN SEDANG DIAMBIL UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI MENGAWAL SELIA APLIKASI E-HAILING Kuala Lumpur, 18 November 2016 – Dalam usaha melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi (TITP), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model Pajak. Sejak 1 September 2016, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif ini terus mendapat sambutan baik daripada pemandu teksi kerana ianya memberikan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa hadapan.  Bagi aplikasi e-hailing, Suruhanjaya telah mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan. Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada Kabinet sebelu...

Percepatkan kerja baikpulih landasan - SPAD

Image
SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MEMPERCEPATKAN KERJA BAIK PULIH BAGI MEMASTIKAN SERVIS KEMBALI DI SEKTOR UTARA DAN SELATAN 28 Oktober 2016, Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi arahan kepada KTMB untuk mempercepatkan kerja baik pulih kerosakkan landasan kereta api berikutan insiden kemalangan tren kargo yang yang telah tergelincir di km 200.332 berdekatan Stesen Batu Gajah pada jam 3.15 pagi hari ini.  Walaupun KTMB telah menyediakan perkhidmatan bas pengantara yang secukupnya untuk tujuan pemindahan penumpang antara stesen Kampar – Ipoh – Kampar dan seterusnya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, namun memandangkan ini adalah musim cuti perayaan Deepavali, KTMB telah diarahkan untuk berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan gerabak kereta api yang tergelincir dan mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera bagi membolehkan perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa.  SPAD juga telah mengarahkan KTMB unt...

Selepas 6 tahun...PM cerita sebab pilih Syed Hamid jadi Pengerusi SPAD

Image
Pada Jun 2010, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), terdengar juga sosak-sosek dari pihak tertentu yang tidak puashati. Sehingga kini masih ada yang mempertikaikan kononnya Syed Hamid tidak layak memegang jawatan itu dan tak kurang juga ada yang mendesaknya supaya meletak jawatan. Tetapi ketika merasmikan Pameran dan Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin, Perdana Menteri telah mendedahkan mengapa Syed Hamid menjadi pilihannya. "Idea menubuhkan SPAD berdasarkan bancian oleh PEMANDU yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala di mana kita mahu mengenalpasti bidang yang rakyat mahu kerajaan berikan fokus. "Antara enam bidang yang dikenalpasti, pengangkutan awam yang paling mendapat perhatian. Rakat mahukan sistem pengangkutan yang boleh diharap dan dipercayai. "Bila say...

Senarai pemenang Anugerah Industri Pengangkutan Awam Darat SPAD 2016

Image

Rapid KL siasat kejadian bas terbakar di Wangsa Maju

Image
Rapid Bus Sdn Bhd pengendali perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang ingin mengesahkan bahawa sebuah bas Rapid KL telah telah terbakar berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4 petang melibatkan bas laluan T521 (LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju). Insiden berlaku apabila bas berhenti secara tiba-tiba dan kapten bas terhidu bau asap. Lantas kapten bas menyuruh kesemua 6 penumpang di dalam untuk keluar dari bas tersebut. Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran ini telah menyebabkan kenderaan yang berada berhampiran lokasi turun rosak dijilat api. Rapid KL memohon kepada pemilik kenderaan yang terlibat untuk menghubungi kami di talian bantuan 03-7885 2525 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my bagi tujuan tuntutan pampasan. Rapid KL akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi menyiasat punca kejadian serta kos kerugian. Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutam...

Naik 'bullet train' di KLCC... Sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam

Image
Teringin nak merasai pengalaman menaiki keretapi laju atau 'bullet train'? Jika ya, anda tidak boleh melepaskan peluang pergi ke Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2016 kerana terdapat pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk simulator keretapi laju. Simposium LPT 2016  kali kelima ini bertemakan “Public Transport: Transforming the Nation” akan disempurnakan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Selain merasai pengalaman menaiki keretapi laju, pengunjung juga dapat melihat bahan pameran interaktif yang telah disediakan mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat. Pameran ini akan mengilustrasikan sedikit sebanyak sejarah serta kesalinghubungan masa kini dan perancangan masa depan di Malaysia. Pameran kerjaya turut diadakan kepada para pengunjung bagi mempamerkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket...

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap

Image
Bayangkan perjalanan dari Sungai Buloh ke Putrajaya hanya akan mengambil masa 30 minit sahaja! Ini bukan omong kosong, tetapi akan menjadi realiti apabila projek Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) siap sepenuhnya. Jaminan itu diberikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Razak ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi fasa dua Laluan SSP  di Putrajaya, Khamis. Majlis pecah tanah projek itu yang bernilai RM32 bilion diadakan berhampiran Stesen Putrajaya Sentral dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk apabila laluannya siap sepenuhnya menjelang  2022. Laluan SSP sejauh 52.2km itu mempunyai 37 stesen, di mana 11 stesen adalah stesen bawah tanah sejauh 14.5km.  Ia akan beroperasi dari Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exhange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya. Laluan SSP juga akan dilen...