Posts

Showing posts from March, 2018

Hak Pengguinan Tetap Menjadi Keutamaan SPAD

Image
KUALA LUMPUR, 27 MAC, 2018 – Pendirian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara. Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara. Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil. Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (

Akta e-hailing diwarta suku kedua 2018

Image
Dua akta bagi mengesahkan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar akan diwartakan pada suku kedua tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia membabitkan Akta Pengangkutan Awam Darat 2017 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 2017 yang telah diluluskan di Parlimen pada Julai tahun lepas. Katanya buat masa ini pihaknya perlu menyelaraskan beberapa perkara membabitkan tambang, pemeriksaan PUSPAKOM dan pembahagian kuasa antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum e-hailing dapat dilaksanakan sepenuhnya. "Selepas mengkaji pelbagai aspek dan melakukan penyelarasan, kedua-dua akta itu akan diwartakan secara rasmi pada suku kedua tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran kelulusan bagi permit teksi individu kepada pemandu teksi di Kuala Lumpur Selasa. Turut hadir Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Isa Samad. Terdahulu, seramai 300 pemand

SPAD serah lagi 300 lesen teksi individu

Image
SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA KUMPULAN PEMANDU TEKSI YANG KELIMA DIBAWAH TITP 47 Pemandu Turut Menerima Bantuan Geran Tunai Kerajaan Sebanyak RM5,000 KUALA LUMPUR, 20 Mac 2018 – Seramai (300) pemandu teksi telah menerima lesen individu hari ini daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan bagi mempertingkatkan industri teksi untuk menjadi lebih responsif kepada kuasa pasaran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang telah menyempurnakan majlis tersebut, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Tambah beliau, pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya sa

Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu dilaksanakan lebih awal daripada jangkaan.

Image
Bagi mendapatkan maklumat terkini yang lebih terperinci mengenai perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu, orang ramai boleh melayari www.maralinergroup.my atau melalui Facebook.com/MARALinerSdnBhd atau Twitter @MaralinerGroup.

Laluan MYBAS Ipoh disusun semula demi keselesaan pengguna

Image
Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan myBAS Ipoh orang ramai boleh menghubungi pengendali Perak Transit ( peraktransit.com.my ) di talian 05-545 5318 atau emel kepada enquiry@peraktransit.com.my atau layari laman Facebook www.facebook.com/PerakTransit/ .

Malaysia bakal ada perkhidmatan tram…di Putrajaya,Bangi dan Kajang

Image
Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang bakal dilengkapi dengan sistem perkhidmatan tram dalam jangkamasa tiga tahun akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata pihaknya akan mengemukakan Permohonan Cadangan (RFP) kepada kerajaan tidak lama lagi. "Sistem pengangkutan ini lebih cekap dan mesra alam sekitar. Kos pembinaannya pula 30 peratus lebih murah berbanding perkhidmatan monorel. "RFP bagi projek berkenaan dijangka siap antara tiga dan enam bulan. Manakala projek ini akan mengambil masa tiga tahun untuk dilaksanakan," katanya. Menurutnya, sistem tram yang bakal digunakan adalah lebih baharu, moden dan senyap daripada yang terdapat di Amerika Syarikat, Taiwan, China dan Eropah. Katanya fasa pertama tram berkenaan sejauh 53 kilometer akan meliputi Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang. Sistem itu akan bersalinghubung dengan sistem LRT, MRT, Monorel, ERL dan HSR. Mohd Azharuddin berkata

Perkhidmatan rel bandar semakin popular

Image
Nampaknya segala usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengembangkan rangkaian pengangkutan awam darat di Lembah Kelang telah menerima sambutan positif daripada rakyat. Jumlah penumpang harian bagi pengangkutan rel dan bas di Lembah Kelang pada tahun lalu berjumlah 1,206,111, meningkat 3.7 peratus daripada tahun 2016, iaitu 1,162,717. Jumlah penumpang harian bagi pengangkutan rel bandar pada tahun lalu mencatatkan peningkatan 7.5 peratus, iaitu 694,057 berbanding 645,601 pada 2016. Faktor utama peningkatan ini ialah pembukaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah mengumumkan demikian pada majlis taklimat kepada media di Kuala Lumpur, Selasa. Beliau berkata, jumlah penumpang harian perkhidmatan KTM Komuter bagaimanapun menurun 14.5 peratus disebabkan kerja-kerja pembaikpulihan trek berganda Lembah Klang (KVDT). Begitu juga jumlah penumpang harian mono

MyBAS Terengganu mula beroperasi 1 Mac ini.

Image