SPAD tegas terhadap Qistna Express demi keselamatan pengguna
SPAD MEMULAKAN PROSES PENGGANTUNGAN TERHADAP QISTNA EXPRESS Kuala Lumpur, 13 Julai 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd. sehubungan dengan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut pada 10 Julai 2016 di Km265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihak Suruhanjaya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan. SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa Suruhanjaya memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan ...