Posts

Showing posts with the label ulat tiket

Beli tiket secara online ketika musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan dan kesulitan - SPAD

Image
PENGGUNA BAS EKSPRES DINASIHATKAN MENDAPATKAN TIKET MELALUI SISTEM ATAS TALIAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL DAN HARI KRISMAS Kuala Lumpur, 22 Disember 2015: Pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang ingin menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM).  Bagi senarai portal dan laman sesawang syarikat-syarikat bas ekspres yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian, pengguna boleh melayari http://www.spad.gov.my/ms/tiketBE .  Bagi pengguna yang menuju ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling, mereka masih boleh membeli tiket secara atas talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian tersebut.  Pembelian tiket secara awal, menggunakan TVM di TBS-BTS dan secara atas talian...

10 ulat tiket ditahan dalam Ops Parasit

Image
Oleh Akmal S Manaf  bhnews@bh.com.my ANGGOTA penguatkuasa SPAD membuat pemeriksaan terhadap Ulat Tiket yang ditahan dalam Operasi Parasit di Pudu Sentral.  - Foto Nazran Jamel KUALA LUMPUR: Seorang perempuan warga Indonesia berumur lingkungan 25 tahun antara 10 ulat tiket yang ditahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Parasit, di UTC Pudu Sentral, sebentar tadi.  Operasi yang bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir satu jam kemudian itu, membabitkan kekuatan seramai 64 anggota penguat kuasa SPAD.  Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata pihaknya menerima banyak aduan berkaitan ulat tiket di hentian bas berkenaan sehingga mengganggu penumpang. Beliau berkata, pergerakan ulat tiket terbabit dikesan bergiat aktif terutama pada musim perayaan, selain menggunakan kesempatan hujung minggu bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.  "SPAD akan terus mempergiatkan operasi memburu ulat tiket di sekit...

SPAD selesaikan secepat mungkin isu permit teksi Johor Baharu-Singapura

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjelaskan isu permit perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura akan diselesaikan secepat mungkin dan perkhidmatan itu akan tetap diteruskan.   Dalam satu kenyataan, SPAD menarik perhatian bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan POS Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura pada 2 Julai. "Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka selesai dalam jangka masa satu hingga dua hari," menurut kenyataan 1 Julai 2015 itu. SPAD berkata bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada pihak teksi Singapura telah diterima. "Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi dari Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura," katanya. Perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura dilaporkan terjejas berikutan masalah permit yang tama...

Rasional kenaikan tambang teksi.

Image
Pada 19 Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar mengumumkan kenaikan kadar tambang teksi dinaikkan berkuatkuasa serta-merta. Tetapi pengumuman itu telah membuat banyak pihak yang mungkin tidak peka dengan apa yang telah dibuat oleh suruhanjaya itu sejak ditubuhkan pada Jun 2010, mendakwa keputusan itu kononnya dibuat secara semborono. Ada pula yang bertindak keterlaluan dengan menuduh SPAD bertindak tanpa mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Tidak terkecuali juga yang mendakwa kononnya kenaikan itu akan membebankan rakyat apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan kelak, walhal kerajaan sudah berkali-kali mengumumkan pengguna pengangkutan awam darat tidak dikenakan GST. Ekoran desakan pelbagai sudut, dua hari selepas itu Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kabinet menangguhkan kenaikan itu. Pengumuman TPM itu telah membangkitkan rasa tidak puashati 130 ...

Kadar baru tambang teksi jalan terus...hanya bas ekspress dan rel tunda

Image
Para pemandu dan pemilik teksi boleh menarik nafas lega.Setelah pengumuman kadar baru tambang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Khamis lalu ditunda Sabtu...petang Isnin kerajaan putuskan perlaksanaanya diteruskan. Sebaliknya hanya kadar baru tambang bas ekspress dan rel sahaja akan ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Persatuan-persatuan pemandu teksi sebelum ini telah membuat rayuan agar kerajaan terus kadar baru tambang kerana ia sudah tertangguh sejak enam tahun lampau. Malah banyak juga pemandu dan pemilik teksi yang sudah tukar meter ikut kadar tambang baru sejurus pengumuman dibuat menerusi sidang akhbar Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar Khamis lalu. Sebelum ini ekoran bantahan orangramai pada kadar baru pengangkutan awam,kabinet dalam mesyuarat Jumaat lalu putuskan semua kadar baru tambang teksi,bas ekspres dan rel ditangguhkan. Ia diumum oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar di Muar pagi Sabtu. Petang Isni...

PETEKMA mohon PM timbang semula penangguhan kenaikan tambang teksi.

Image
Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan semula keputusan kabinet menangguhkan kenaikan tambang teksi. Presidennya, Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata, keputusan penangguhan itu memberikan beban kepada kehidupan pemandu teksi yang sangat memerlukan kenaikan itu bagi menanggung pelbagai kos, antaranya kos penyelenggaraan kenderaan, bahan api dan sara hidup. Katanya pelaksanaan  Cukai Perkhidmatan dan Barangan ( GST) pada 1 April nanti akan menambahkan beban kepada pemandu teksi jika kenaikan tambang ditangguhkan kerana mereka terpaksa membayar GST kepada syarikat, PUSPAKOM dan kedai-kedai yang servis. “Jika GST dilaksanakan, semua barang seperti tayar, minyak hitam dan servis kereta sudah pasti akan naik. Contohnya, harga minyak hitam sudah naik daripada RM80 kepada RM130. “Kerajaan perlu memahami minyak petrol yang digunakan juga bila-bila masa b...

Taxi Fare Revision Due to Overall Cost's Demand

Image

SPAD umum kenaikan tambang teksi pada Khamis

Image
Pemandu dan pengusaha teksi bakal tersenyum lebar apabila penantian dan kesabaran mereka selama lima tahun bakal membuahkan hasil. Ini kerana pagi Khamis ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijangka akan mengumumkan kenaikan kadar baru tambang teksi, setelah hampir dua tahun membuat kajian dan mengumpul maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan. Sejak dua tahun lalu persatuan-persatuan teksi dan SPAD mengadakan rundingan demi rundingan mengenai kadar baharu tambang teksi. Beberapa cadangan dikemukakan oleh pengendali teksi diikuti beberapa cadangan balas dari SPAD. Dengar cerita SPAD akhirnya bersetuju mengambil jalan tengah yang dirasakan dapat menghasilkan situasi menang-menang. Pada ketika pengusaha dan pemandu teksi tersenyum lebar mendengar berita ini,  mungkin ada juga beberapa pihak yang tidak senang hati. Tetapi pihak-pihak ini perlu ingat bahawa pemandu dan pengendali teksi juga adalah rakyat dan mempunyai hak yang sama dengan pengguna teksi. ...

SPAD akan berusaha sambung semula perkhidmatan pengangkutan awam di laluan Pantai Timur

Image
SPAD AKAN BERUSAHA SAMBUNG SEMULA PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI LALUAN PANTAI TIMUR YANG TERGENDALA EKORAN BANJIR KUALA LUMPUR, 29 Disember 2014 -  Berikutan dengan bencana banjir yang telah melanda negara ini terutamanya di kawasan Pantai Timur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut  bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat.  Pada masa yang sama, SPAD akan terus berusaha untuk menyambungkan semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas bagi laluan Pantai Timur dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan. Sehingga kini, bencana banjir ini telah menyebabkan infrastruktur landasan keretapi mengalami kerosakan yang amat teruk.  Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan bila perkhidmatan tren KTMB di sektor Pantai Timur akan pulih seperti biasa disebabkan kerosakan infrastruktur yang terlibat masih belum dapat diakses sepenuhnya. SPAD dan pihak KTMB sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengenal pasti kerosakan yang ...

SPAD tangkap 10 ulat bas dalam Ops Parasit/Serkap di Pudu Sentral.

Image
Sepuluh “ulat” yang cuba mendesak pelanggan membeli tiket bas berjaya ditahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Parasit/Serkap yang diadakan di Pudu Raya, bermula 10 pagi hingga lima petang, Rabu. Operasi berkenaan diketuai oleh Pengurus Besar Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, membabitkan 12 anggota dan seorang pegawai SPAD serta beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut Che Hasni, semua yang ditahan akan dakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM1 ribu dan tidak melebihi RM50 ribu atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. “Operasi ini diadakan memandangkan cuti panjang Krismas, SPAD mahu mempastikan tidak berlaku sebarang penipuan penjualan tiket. Kami juga mahu memastikan pengendali dan pemandu bas tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh APAD untuk memastikan keselamatan penumpang,” kata...