Posts

Showing posts from October, 2015

SPAD perkenal CTSS pantau pengagihan dan prestasi teksi

Image
*Gambar arkib Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati hanya 27% daripada jumlah teksi yang sedia ada, mempunyai sambungan melalui aplikasi tempahan teksi. Bagi mengisi kekurangan itu, SPAD akan melaksanakan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) yang berfungsi sebagai pusat bagi memantau pengagihan dan prestasi teksi. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menerusi kenyataannya kepada media, berkata CTSS akan diintegrasikan dengan sistem tempahan bagi meningkatkan mutu perjalanan yang dialami penumpang. "Dengan adanya pemadanan pelanggan dan pendapatan yang lebih baik ini, kami percaya pemandu teksi dapat memberikan perkhidmatan yang lebih menguntungkan pengguna," katanya Menurut Syed Hamid, SPAD telah melalukan pelbagai usaha bagi mengubah industri teksi Malaysia yang dikelolakan oleh kementerian-kementerian berlainan. Pada masa yang sama, katanya terdapat banyak negara yang mengamalkan kedua-dua sistem teksi di bawah pemilikan individu dan syarikat.

Ulasan Bajet 2016 S.P.A.D.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Bajet 2016 merupakan belanjawan yang menyeluruh yang akan memacu pertumbuhan negara menuju ke arah wawasan 2020. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat berbesar hati dengan komitmen berterusan Kerajaan bagi mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang dan seluruh negara. Dengan peruntukan yang signifikan bagi pembangunan sistem pengangkutan awam, terutamanya rel dan rangkaian bas, SPAD mampu meneruskan usaha di dalam membangunkan inisiatif-inisiatif utama sepertimana digariskan di dalam Rangka Kerja Nasional Pengangkutan Awam Darat (NLPTMP).  Kami teruja, terutamanya di dalam peruntukan sebanyak RM67 juta bagi operasi bas di kawasan luar bandar dan RM1 billion bagi Bas Rapid Transit (BRT) di Kota Kinabalu, serta peruntukan RM1.5 billion bagi BRT laluan KL-Klang. Sementara itu, MRT 1 & 2, LRT3 dan juga Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura akan meningkatkan salinghubungan

Perpindahan Operasi Bas Ekspres Koridor Utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bandar Tasik Selatan

Image
Perpindahan Operasi Bas Ekspres Koridor Utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bandar Tasik Selatan, Berkuatkuasa November 1, 2015 Kuala Lumpur, 20 Oktober, 2015 –Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini mengumumkan perpindahan operasi Bas Ekspres Koridor Utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) berkuatkuasa 1 November, 2015. Ini merangkumi perjalanan ke negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Keputusan bagi perpindahan dari Pudu ke TBS dilakukan selepas perbincangan bersama pihak berkepentingan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan pihak Pengendali Bas yang terlibat. Selain daripada menawarkan keselamatan dan keselesaan yang lebih baik, perpindahan operasi ke TBS akan dapat mengekang aktiviti ulat tiket yang berleluasa di Pudu Sentral. Dengan perpindahan ini, sebanyak 545 dari 635 bas ekspres koridor utara yang beroperasi di Pudu Sentral akan dialihkan daripada pusat bandar.  Ini aka

Sambutan Positif bagi Kaji Selidik Pasaran Bersama bagi Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Antara Kuala Lumpur Dan Singapura

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Malaysia (SPAD) dan Land Transport Authority, Singapura (LTA), telah menerima maklumbalas bagi kaji selidik pasaran ( market sensing exercise ) melalui kaedah Permintaan Maklumat (Request for Information - RFI) berkaitan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura. 1. Sehingga jam 6 petang pada hari Jumaat, 16 Oktober 2015, 150 syarikat dan konsortium telah mendaftarkan minat untuk mengambil bahagian dalam Kaji Selidik Pasaran Bersama bagi Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura yang telah dilancarkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Malaysia (SPAD) dan Land Transport Authority, Singapura (LTA) baru-baru ini. Pendaftaran telah diterima daripada syarikat dan konsortium daripada rangkaian nilai industri HSR yang berpusat di Malaysia, Singapura, Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Utara. 2. Syarikat-syarikat yang belum berkesempatan mendaftarkan mina

Pemandu teksi tagih berita baik Bajet 2016

Image
Pemandu-pemandu teksi menaruh harapan tinggi kepada Kerajaan supaya tidak mengetepikan kepentingan mereka dalam pembentangan Bajet pada 23 Oktober ini. Sehubungan itu Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) telah menghantar memorandum empat perkara kepada Perdana Menteri. Empat perkara berkenaan ialah pengurangan atau penundaan kenaikan harga NGV, pengurangan harga tol di dalam bandar dan pengurangan GST untuk pengangkutan awam. PETEKMA juga mahukan Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan oleh UBER, GrabCar dan seumpamanya. Memorandum berkenaan telah dihantar kepada Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, yang juga penasihat PETEKMA. Pengerusi PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz mengumumkan perkara berkenaan kepada wartawan selepas mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu di Kuala Lumpur pada Sabtu. Syahrir berkata, kenai

Stesen LRT Awan Besar akan mula beroperasi 31 Oktober ini.

Image
Gambar-gambar sekitar lawatan Pengerusi S.P.A.D, Tan Sri Syed Hamid Albar ketika melawat stesen LRT Awan Besar  yang akan mula beroperasi 31 Oktober ini. 8 Oktober 2015.

Kaji Selidik Pasaran Bersama Antara SPAD dan LTA bagi Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Antara Kuala Lumpur Dan Singapura

Image
           Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Malaysia (SPAD) dan Land Transport Authority, Singapura (LTA), hari ni telah melancarkan satu kaji selidik pasaran bersama (market sensing exercise) melalui kaedah Permintaan Maklumat (Request for Information - RFI) berkaitan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura. 2. Pada Februari 2013, kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura telah mengumumkan persetujuan untuk pembinaan HSR menghubungkan bandaraya Kuala Lumpur dan Singapura. Susulan daripada pengumuman ini, kedua-dua kerajaaan telah giat menjalankan perbincangan dua hala bagi membangunkan projek strategik merentasi sempadan ini. RFI ini merupakan penanda aras bagi fasa projek HSR yang seterusnya, yang dijangka menyaksikan penglibatan sektor swasta tempatan dan antarabangsa bagi mengenalpasti antara lainnya, minat serta pandangan pelabur-pelabur berkenaan berkaitan aspek-aspek komersial dan teknikal projek. Maklumbalas sektor swasta da

Pemandu teksi serah memorandum kepada SPAD

Image
Kisah segelintir pemandu teksi yang tak pernah berpuashati dan suka menyalahkan pihak lain di atas kesengsaraan mereka adalah satu perkara biasa. Manakala kisah pemimpin pembangkang menjadi batu api dan cuba menonjolkan diri sebagai hero atau pejuang kumpulan tertentu semakin menjadi satu KEBIASAAN. Apatah lagi kalau mereka sudah hilang modal atau populariti semakin pudar. Terkini, pada Rabu, kebiasaan itu diteruskan oleh Ahli Parlimen Kelang, Charles Santiago yang membawa hampir 100 pemandu teksi berdemo sebelum menyerahkan memorandum di depan pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Kelana Jaya. Santiago yang pernah dihalau keluar dari sidang dewan rakyat kerana mulut lancang dan biadap terhadap Speaker, cuba tunjuk hero kononnya dia prihatin dengan nasib pemandu teksi yang tergugat pendapatan kerana SPAD tak berbuat apa-apa untuk menyekat kegiatan GrabCar dan UBER. GrabCar dan UBER ialah perkhidmatan teksi menggunakan aplikasi MyTeksi di mana pemandun