Posts

Showing posts with the label anugerah

Terima Kasih Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar

Image
SPAD MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA YBHG TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR ATAS SUMBANGAN DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM DARAT Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Anggota Suruhanjaya, pengurusan dan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, atas kepimpinan beliau selama tujuh tahun yang telah menjadikan SPAD sebagai agensi utama bagi menyelaraskan perancangan pengangkutan awam darat. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar bersara sebagai Pengerusi berkuatkuasa pada 3 Jun 2017. Sejak pelantikan beliau oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai Pengerusi SPAD pada Jun 2010, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menerajui perjalanan SPAD bagi melaksanakan transformasi di dalam industri pengangkutan awam darat, satu agenda kritikal di bawah Program Transformasi Nasional. Di bawah kepimpinan beliau, SPAD telah berja...

300 pemandu teksi dapat lesen individu

Image
Seramai 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka, menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pada Jumaat. Kumpulan penerima itu adalah sebahagian daripada 3.007 pemohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016 di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Kesemua 300 penerima Lesen Individu itu juga menerima geran tunai Kerajaan berjumlah RM5 ribu untuk membeli kenderaan baharu. Geran berkenaan adalah sebahagian daripada RM150 juta yang diperuntukkan Kerajaan dalam Bajet 2017. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pemberian lesen individu itu adalah salah satu langkah Kerajaan untuk membantu pemandu dan pengusaha teksi untuk keluar dari sistem pajak. "Saya harap dengan pemberian surat tawaran kelulusan ini, kita dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan berdaya saing pada ketika industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi ...

SPAD hargai pemandu teksi

Image
Dalam setandan pisang bukan semuanya busuk. Begitulah halnya dalam isu pemandu teksi yang kebelakangan ini tercalar imej kerana sikap buruk segelintir rakan-rakan mereka. Pada Selasa malam, 13 orang pemandu teksi diberi pengiktirafan pada majlis Anugerah Industri yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pada malam itu, pemandu Teksi, Hanizan Mohamed Radzi, yang menjumpai seorang kanak-kanak yang diculik dan seterusnya mengembalikan anak tersebut kepada ibu bapanya telah diberikan Anugerah Khas oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Kes Hanizan menjadi viral apabila dia menemui kanak-kanak itu di tepi jalan dan mengecamnya selepas kes penculikan itu dilaporkan secara meluas di media sosial. Turut menerima Anugerah Khas untuk pemandu teksi adalah Tamil Nesan Shanmugam dan Abdul Wahid Tahir kerana bersikap kejujuran mereka memulangkan barangan penumpang yang tertinggal di dalam teksi. Lebih menarik lagi, ini adalah kali pertama SPAD memberi anugerah ...