Posts

Showing posts with the label ktm

KTMB, SPAD teliti tata cara operasi koc wanita

Image
Pelekat menandakan koc wanita ketika tinjauan lelaki duduk di koc khas wanita dalam KTM komuter di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.  - UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA KUALA LUMPUR 23 Feb. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang meneliti semula tata cara pengoperasian koc wanita dalam perkhidmatan KTM-Komuter bagi memastikan penggunaan kemudahan itu dapat dikhaskan untuk wanita sahaja. Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, usaha menangani isu pencerobohan koc wanita melalui usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai etika penggunaan koc berkenaan dimulakan sejak Khamis lalu melibatkan polis bantuan KTMB dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). “Selain penguatkuasaan, kami menyeru orang ramai supaya lebih sensitif dengan saling memperingati antara satu sama lain tentang kepentingan koc itu untuk keselesaan kaum wanita. Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan pencerobohan koc wanita perkhidmatan KTMB oleh pengg...

Operasi tren kargo sepanjang laluan Rawang – Salak Selatan digantung - SPAD

Image
SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MENGGANTUNG OPERASI TREN KARGO SEPANJANG LALUAN RAWANG - SALAK SELATAN BERIKUTAN KEGELINCIRAN  KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius kejadian kegelinciran tren kargo KTMB di stesen Bank Negara yang telah mengakibatkan ramai pengguna KTM mengalami gangguan perkhidmatan.  Suruhanjaya menganggap bahawa kejadian itu tidak boleh diterima dan dengan itu telah mengarahkan KTMB bagi mempercepatkan siasatan serta mengemukakan laporan penuh mengenai insiden tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kegelinciran.  Sebagai langkah berjaga-jaga yang segera, SPAD telah mengarahkan KTMB untuk menggantung perkhidmatan kargo di sepanjang laluan Rawang-Salak Selatan sehingga siasatan dimuktamadkan. Di samping itu, SPAD telah menegaskan kepada KTMB untuk mengkaji semula dan memperbaiki prosedur pengendalian gerabaknya bagi memastikan keselamatan terjamin.  Suruhanjaya juga telah mengarahka...

Sultan Johor perkenan jambatan lurus JB-Singapura untuk projek RTS

Image
Sultan Johor telah beri perkenan baginda bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus ke Woodlands,Singapura untuk projek Rapid Transit System (RTS) Link.   Baginda beri perkenaan itu dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Bin Mat Sah bersama pegawai-pegawai kanan beliau di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 15 November.   Sebelum ini Sultan Johor yang menyambut baik projek RTS Link bagaimanapun  tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.   Satu kenyataan SPAD kata  dalam pertemuan dengan baginda SPAD telah mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS.   Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m. Menurut kenyataan SPAD Sultan Johor juga menekankan kepentingan mema...

Pemandu, pengusaha teksi, bas, rel terima anugerah

Image
Lima pemandu teksi diberi penghargaan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana kejujuran memulangkan barangan berharga yang ditinggalkan oleh penumpang mereka. Ismail Md Rose, Chong Theam Kwai, Zamrod Adam, Megat Iskandar Megat Rusli dan Mohamad Harisham Jusoh masing-masing menerima sijil penghargaan pada majlis makan malam Simposium Industri Pengangkutan Awam Darat (LPT) di Kuala Lumpur, Ahad. Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Azharuddin Mat Sah. Ismail menerima penghargaan kerana kejujurannya memulangkan laptop dan beberapa barangan peribadi seorang penumpang yang menaiki teksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Manakala Chong pula memulangkan tripod kamera milik pengurus pasukan futsal Thailand semasa Kejohanan Sukan SEA yang lalu. Kisah Zamrol menjadi viral di media sosi apabila dia berusaha sendiri memulangkan dompet kepunyaan K...

Terima Kasih Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar

Image
SPAD MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA YBHG TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR ATAS SUMBANGAN DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM DARAT Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Anggota Suruhanjaya, pengurusan dan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, atas kepimpinan beliau selama tujuh tahun yang telah menjadikan SPAD sebagai agensi utama bagi menyelaraskan perancangan pengangkutan awam darat. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar bersara sebagai Pengerusi berkuatkuasa pada 3 Jun 2017. Sejak pelantikan beliau oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai Pengerusi SPAD pada Jun 2010, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menerajui perjalanan SPAD bagi melaksanakan transformasi di dalam industri pengangkutan awam darat, satu agenda kritikal di bawah Program Transformasi Nasional. Di bawah kepimpinan beliau, SPAD telah berja...

Projek KVDT sudah 28 peratus dan siap 2019

Image
Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah mencapai 28 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.   Projek yang membabitkan kos RM1.4 billion itu telah bermula sejak pertengahan tahun lalu membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.   Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.   Azharuddin berkata demikian pada sidang media di tapak projek di Rawang, Selangor, Jumaat.   Menurut Azharuddin lagi, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana beberapa faktor, dia yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.   "Memang ada tergendala seketika kerana faktor cuaca dan teknikal tetapi saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastruc...

Memorandum of Understanding is a Major Milestone for the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail Project

Image
Joint SPAD - LTA Press Release   Memorandum of Understanding is a Major Milestone for the  Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail Project    1. Malaysia’s Land Public Transport Commission (SPAD) and Singapore’s Land Transport Authority (LTA) welcome today's signing of the Memorandum of Understanding (MOU) between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Singapore on the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR) Project, by YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Malaysia’s Minister in the Prime Minister's Department and H.E. Minister Khaw Boon Wan, Singapore’s Coordinating Minister for Infrastructure and Minister for Transport. The signing ceremony, which was witnessed by Malaysia’s Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak and Singapore’s Prime Minister Lee Hsien Loong, signifies Malaysia and Singapore’s firmest commitment yet to this iconic project.    2. The MOU reflects the outcome of extensive discussi...

Malaysia-Singapura tandangani MoU projek HSR

Image
Bayangkan - dalam masa 10 tahun lagi, tak mustahil kita bersarapan di Kuala Lumpur, makan tengahari di Singapura dan sempat kembali untuk makan malam di Kuala Lumpur! Itulah yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas menyaksikan majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Putrajaya, Selasa. Turut bersama menjadi saksi ialah rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong. Menandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras Infrastruktur dan juga Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Hwan. Dalam ucapannya, Najib berkata,  termeterainya MoU itu membuktikan kesungguhan kedua-dua negara untuk menjadikan projek berkenaan satu kenyataan dan pada masa yang sama memperatkan hubungan. Najib berkata, MoU itu akan dijadikan garis panduan untuk Perjanjian Dua Hala yang sah antara kedua-dua...

SPAD sedia lulus permohonan KTM tutup sebahagian landasan jika penuhi syarat

Image
Permohonan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk menaiktaraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) akan diluluskan jika ia dapat memberi jaminan keselamatan pengguna dan perkhidmatan tidak akan tergendala. "KTM hendaklah mengutamakan soal keselamatan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan sistem bagi KVDT. "Selain itu KTM harus memastikan kekerapan perkhidmatan tren antara-bandar setiap 15 minit pada waktu puncak tidak terjejas dengan kerja-kerja naiktaraf berkenaan," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. "Jarak kerja-kerja naik taraf itu akan membabitkan laluan sejauh 42 kilometer. Oleh itu kami boleh terima sekiranya perkhidmatan bukan waktu puncak akan terjejas daripada kebiasan setiap setengah jam kepada 45 minit. "Bagaimanapun KTM mesti memastikan perkhidmatan waktu puncak dikekalkan, iaitu setiap 15 minit,...

Kaji Selidik Pasaran Bersama Antara SPAD dan LTA bagi Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Antara Kuala Lumpur Dan Singapura

Image
           Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Malaysia (SPAD) dan Land Transport Authority, Singapura (LTA), hari ni telah melancarkan satu kaji selidik pasaran bersama (market sensing exercise) melalui kaedah Permintaan Maklumat (Request for Information - RFI) berkaitan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura. 2. Pada Februari 2013, kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura telah mengumumkan persetujuan untuk pembinaan HSR menghubungkan bandaraya Kuala Lumpur dan Singapura. Susulan daripada pengumuman ini, kedua-dua kerajaaan telah giat menjalankan perbincangan dua hala bagi membangunkan projek strategik merentasi sempadan ini. RFI ini merupakan penanda aras bagi fasa projek HSR yang seterusnya, yang dijangka menyaksikan penglibatan sektor swasta tempatan dan antarabangsa bagi mengenalpasti antara lainnya, minat serta pandangan pelabur-pelabur berkenaan berkaitan aspek-aspek komersial dan teknikal projek....

SPAD selesaikan secepat mungkin isu permit teksi Johor Baharu-Singapura

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjelaskan isu permit perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura akan diselesaikan secepat mungkin dan perkhidmatan itu akan tetap diteruskan.   Dalam satu kenyataan, SPAD menarik perhatian bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan POS Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura pada 2 Julai. "Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka selesai dalam jangka masa satu hingga dua hari," menurut kenyataan 1 Julai 2015 itu. SPAD berkata bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada pihak teksi Singapura telah diterima. "Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi dari Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura," katanya. Perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura dilaporkan terjejas berikutan masalah permit yang tama...

ETS KL-Padang Besar Belum Boleh Beroperasi - SPAD

Image
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar masih dalam proses pemeriksaan tren dan landasan dan belum boleh beroperasi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Beliau berkata ETS hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan SPAD. "Kita telah memberitahu mereka (penangguhan operasi). Tapi kalau mereka (KTMB) langgar undang-undang, kita terpaksa ambil tindakan. Kita perlu periksa beberapa landasan dan tren mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Operation Vehicles (MoVs) milik SPAD di Kuala Lumpur, Selasa,30 Jun 2015 Beliau berkata SPAD hanya akan memberi kelulusan untuk KTMB menjalankan operasi selepas menentukan bahawa keselamatan awam adalah terjamin ketika menggunakan perkhidmatan awam itu. Pada Khamis lepas, KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS sejauh 329 kilometer itu akan mula beroperasi esok dan boleh digunakan orang ramai yang ingin pulang ke utara bagi meny...

SPAD belum beri kelulusan operasi Tren Elektrik

Image
30 JUN:  Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ETS masih dalam proses pemeriksaan tren dan landasan dan belum boleh beroperasi. Menurut beliau, SPAD sudah memaklumkan mengenai penangguhan operasi kepada KTMB dan kelulusan hanya diberikan selepas pihaknya menentukan keselamatan awam yang menggunakan perkhidmatan itu. “Kita telah memberitahu mereka (penangguhan operasi). Tapi kalau mereka (KTMB) langgar undang-undang, kita terpaksa ambil tindakan. Kita perlu periksa beberapa landasan dan tren mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Operation Vehicles (MoVs) milik SPAD di sini Selasa. Khamis lalu, KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS sejauh 329 kilometer itu akan mula beroperasi esok dan boleh digunakan orang ramai yang ingin pulang ke utara bagi menyambut Aidilfitri. Mengenai dua unit MoVs yang ...

Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu–Krai dan Pembukaan Penuh Ipoh–Padang Besar dan Seremban–Gemas

Image
Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu–Krai dan Pembukaan Penuh Ipoh–Padang Besar dan Seremban–Gemas  26 Jun, 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum kenyataan media daripada KTMB baru-baru ini mengenai pengoperasian semula perkhidmatan keretapi antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Krai serta pembukaan landasan Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas.     Walaupun cadangan KTMB untuk memulakan perkhidmatan tersebut menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri dialu-alukan oleh SPAD, namun faktor keselamatan penumpang tidak boleh diabaikan. Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Krai KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai cadangan kerja baikpulih landasan di antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Krai untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap yang selamat bagi penggunaan dan operasi keretapi     Sejurus itu KTMB merancang untuk memulakan operasi secara...

Perkhidmatan Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai Mula Beroperasi

Image
Bas henti-henti menghubungkan orang awam ketika perkhidmatan rel masih belum beroperasi 17 April 2015  – Berikutan perkhidmatan rel KTMB yang terjejas di Pantai Timur akibat banjir pada akhir tahun lalu, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (‘SKMK’) yang menggunakan jenama ‘CityLiner’ telah memulakan perkhidmatan bas berhenti-henti sejak 13 April, 2015 bagi membantu menghubungkan orang awam, termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai. Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama. Cityliner menyediakan 3 perjalanan sehari, daripada Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan dari Kuala Krai ke Dabong. CityLiner juga pada 14 April telah melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau operasi bas tersebut di Dabong. SPAD juga mendapatkan maklumbalas daripada pe...

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

Image
Pembinaan jajaran LRT3 yang bermula dari Bandar Utama dan berakhir di Klang dijangka bermula awal tahun hadapan dan siap menjelang 2020. Jajaran sejauh 36 kilomter itu akan mempunyai 25 buah stesen yang jarak di antaranya tidak melebihi dua kilometer. Pengarah  Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz, berkata, jajaran berkenaan akan bermla dari sambungan stesen LRT Sri Pentas Bandar Utama dan melalui kawasan Damansara Utama-Bandar Utama-Lebuhraya SPRINT – Tropicana –NKVE-Subang sebelum bertembung di laluan jajaran LRT Kelana Jaya yang sedang dalam pembinaan, iaitu Stesen Glenmarie. Menurutnya dari Glenmari, LRT itu akan terus ke Stadium Shah Alam dan melalui persisiran Lebuhraya Persekutuan-PKNS-ICT-UiTM sebelum menamatkan perjalanan di Stesen Johan Setia di Klang. Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, pada Khamis, Azmi berkata pihaknya juga akan berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan-kawasan yang masih belum dibangunkan berhampiran jajaran...

Sultan Selangor diberi taklimat mengenai kemudahan LRT, Monorel

Image
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli melakukan kunjungan terhadap sistem pengangkutan rel LRT Rapid KL dan Monorel. Baginda memulakan lawatan dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral. Ketibaan baginda di Stesen KL Sentral akan disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed Salim Din. Kemudian baginda menaiki Monorel di Stesen KL Sentral dan turun di Stesen Monorel Bukit Nanas. Menurut jurucakap Istana Selangor, lawatan Sultan Sharafuddin berdasarkan titah baginda di Dewan Undangan Negeri Selangor yang ingin mengalami sendiri perkhidmatan rel yang bakal melibatkan Selangor dalam projek LRT Line 3. Dalam titah tersebut, Sultan Sharafuddin berharap rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang sekaligus dapat mengatasi masalah alam sekitar. Pada sidang media selepas itu pengerusi Prasarana, Tan Sri Isma...