Operasi tren kargo sepanjang laluan Rawang – Salak Selatan digantung - SPAD
SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MENGGANTUNG OPERASI TREN KARGO SEPANJANG LALUAN RAWANG - SALAK SELATAN BERIKUTAN KEGELINCIRAN KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius kejadian kegelinciran tren kargo KTMB di stesen Bank Negara yang telah mengakibatkan ramai pengguna KTM mengalami gangguan perkhidmatan. Suruhanjaya menganggap bahawa kejadian itu tidak boleh diterima dan dengan itu telah mengarahkan KTMB bagi mempercepatkan siasatan serta mengemukakan laporan penuh mengenai insiden tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kegelinciran. Sebagai langkah berjaga-jaga yang segera, SPAD telah mengarahkan KTMB untuk menggantung perkhidmatan kargo di sepanjang laluan Rawang-Salak Selatan sehingga siasatan dimuktamadkan. Di samping itu, SPAD telah menegaskan kepada KTMB untuk mengkaji semula dan memperbaiki prosedur pengendalian gerabaknya bagi memastikan keselamatan terjamin. Suruhanjaya juga telah mengarahka...