Percepatkan kerja baikpulih landasan - SPAD



SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MEMPERCEPATKAN KERJA BAIK PULIH BAGI MEMASTIKAN SERVIS KEMBALI DI SEKTOR UTARA DAN SELATAN

28 Oktober 2016, Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi arahan kepada KTMB untuk mempercepatkan kerja baik pulih kerosakkan landasan kereta api berikutan insiden kemalangan tren kargo yang yang telah tergelincir di km 200.332 berdekatan Stesen Batu Gajah pada jam 3.15 pagi hari ini.

 Walaupun KTMB telah menyediakan perkhidmatan bas pengantara yang secukupnya untuk tujuan pemindahan penumpang antara stesen Kampar – Ipoh – Kampar dan seterusnya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, namun memandangkan ini adalah musim cuti perayaan Deepavali, KTMB telah diarahkan untuk berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan gerabak kereta api yang tergelincir dan mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera bagi membolehkan perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa.

 SPAD juga telah mengarahkan KTMB untuk mengeluarkan laporan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya juga akan menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

 SPAD turut menggesa KTMB untuk memperbaiki mutu penyelenggaraan serta operasi tren untuk mengurangkan insiden-insiden yang boleh membebankan pengguna.

 Untuk maklumat lanjut mengenai status pembukaan perkhidmatan, para pengguna dinasihatkan merujuk kepada www.ktmb.com.my atau menghubungi talian KTMB di 03-2267 1200.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia