Posts

Showing posts with the label tambang naik

Isu tambang teksi RM800, SPAD akan siasat dan bertindak tegas dalam hal ini

Image
MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA  Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara.  Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.  SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.  Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan. ...

Sejuta orang guna LRT, monorel, bas Rapid dalam sehari

Image
Prasarana Malaysia Berhad pada Khamis mencipta sejarah apabila berjaya mencapai sasaran sejuta pengguna sehari bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan. Jumlah itu dicapai melalui 265 ribu pengguna LRT Kelana Jaya, 195 ribu di Jajaran Ampang dan 72 ribu menggunakan monorel setiap hari. Selain itu perkhidmatan bas Rapid yang diuruskan Prasarana di Kuala Lumpur, Sunway, Perak dan Pulau Pinang digunakan oleh 365 ribu penumpang. Kejayaan itu diumumkan bersama oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz di stesen Kuala Lumpur Sentral, Khamis. Kedua-duanya telah melakukan walk-about di sekitar KL Sentral sebelum menaiki tren ke Pasar Seni dan meninjau perkhidmatan bas di situ, dan kemudiannya ke Stesen LRT Masjid Jamek LRT sebelum menaiki monorel ke KL Sentral. Syed Hamid Albar be...

Pemandu teksi tagih berita baik Bajet 2016

Image
Pemandu-pemandu teksi menaruh harapan tinggi kepada Kerajaan supaya tidak mengetepikan kepentingan mereka dalam pembentangan Bajet pada 23 Oktober ini. Sehubungan itu Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) telah menghantar memorandum empat perkara kepada Perdana Menteri. Empat perkara berkenaan ialah pengurangan atau penundaan kenaikan harga NGV, pengurangan harga tol di dalam bandar dan pengurangan GST untuk pengangkutan awam. PETEKMA juga mahukan Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan oleh UBER, GrabCar dan seumpamanya. Memorandum berkenaan telah dihantar kepada Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, yang juga penasihat PETEKMA. Pengerusi PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz mengumumkan perkara berkenaan kepada wartawan selepas mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu di Kuala Lumpur pada Sabtu. Syahrir berkata, kenai...

KABINET MELULUSKAN STRUKTUR TAMBANG BRT BAGI LEMBAH KLANG

Image
KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa Kabinet telah meluluskan struktur tambang Bas Rapid Transit (BRT) bagi Lembah Klang pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Julai, 2015. Kabinet telah meluluskan struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer, bermula dengan RM0.815 setiap kilometer bagi 6km pertama, RM0.513 setiap kilometer untuk perjalanan 6 hingga 12km, RM0.421 setiap kilometer untuk perjalanan 12 hingga 18km, RM0.282 untuk setiap kilometer bagi perjalanan 18 hingga 24 km dan RM0.212 setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 24km. Struktur ini menghadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT. Dengan itu pihak pengendali tidak dibenarkan mengenakan tambang melebihi kadar yang telah ditetapkan ini. Kabinet juga mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50% bagi pelajar, warga emas dan orang ku...

Permit Perjalanan Teksi Johor Bahru-Singapura

Image
Kuala Lumpur,1 Julai 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam memberi maklumbalas kepada laporan media mengenai permasalahan permit perjalanan teksi Johor Bahru-Singapura, ingin menjelaskan bahawa perkhidmatan teksi akan tetap diteruskan. Bagi memastikan kesinambungan di dalam perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada teksi dari Singapura telah diterima.  Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi daripada Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura. SPAD juga sedang bekerjasama dengan pihak POS Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia bagi mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Singapura pada 2 Julai (esok). Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka akan selesai dalam jangka masa 1 hingga 2 hari. SPAD akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin dan berharap ianya tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

SPAD rayu sediakan bas ekspres mencukupi

Image
30 JUN  :Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merayu kepada pengusaha bas ekspres supaya menyediakan perkhidmatan mencukupi bagi melancarkan perjalanan orang ramai balik kampung sempena Aidilfitri ini. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, SPAD telah menyediakan 400 permit untuk bas tambahan bagi menampung permintaan orang ramai sepanjang musim perayaan itu. “Saya faham masalah mereka tapi tolong beri kerjasama dengan kami dan sediakan bas kepada penumpang. “Kita telah sediakan 400 permit buat masa ini supaya pengguna dapat menggunakan perkhidmatan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran kenderaan operasi mudah alih (MoVS) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Selasa. Ketika ditanya mengenai pelaksanaan kadar tambang bagi perkhidmatan bas ekspres, Syed Hamid berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang perkembangan terkini daripada Kabinet berhubung perkara tersebut. “Belum ada lagi,” jawabnya ringkas. Beliau berkata, isu kena...

Perkhidmatan Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai Mula Beroperasi

Image
Bas henti-henti menghubungkan orang awam ketika perkhidmatan rel masih belum beroperasi 17 April 2015  – Berikutan perkhidmatan rel KTMB yang terjejas di Pantai Timur akibat banjir pada akhir tahun lalu, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (‘SKMK’) yang menggunakan jenama ‘CityLiner’ telah memulakan perkhidmatan bas berhenti-henti sejak 13 April, 2015 bagi membantu menghubungkan orang awam, termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai. Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama. Cityliner menyediakan 3 perjalanan sehari, daripada Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan dari Kuala Krai ke Dabong. CityLiner juga pada 14 April telah melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau operasi bas tersebut di Dabong. SPAD juga mendapatkan maklumbalas daripada pe...

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

Image
Pembinaan jajaran LRT3 yang bermula dari Bandar Utama dan berakhir di Klang dijangka bermula awal tahun hadapan dan siap menjelang 2020. Jajaran sejauh 36 kilomter itu akan mempunyai 25 buah stesen yang jarak di antaranya tidak melebihi dua kilometer. Pengarah  Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz, berkata, jajaran berkenaan akan bermla dari sambungan stesen LRT Sri Pentas Bandar Utama dan melalui kawasan Damansara Utama-Bandar Utama-Lebuhraya SPRINT – Tropicana –NKVE-Subang sebelum bertembung di laluan jajaran LRT Kelana Jaya yang sedang dalam pembinaan, iaitu Stesen Glenmarie. Menurutnya dari Glenmari, LRT itu akan terus ke Stadium Shah Alam dan melalui persisiran Lebuhraya Persekutuan-PKNS-ICT-UiTM sebelum menamatkan perjalanan di Stesen Johan Setia di Klang. Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, pada Khamis, Azmi berkata pihaknya juga akan berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan-kawasan yang masih belum dibangunkan berhampiran jajaran...

SPAD perkenal aplikasi MeterON tingkat mutu perkhidmatan teksi

Image
Dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Rabu melancarkan aplikasi "Meter On". Aplikasi Meter On sesuai digunakan untuk telefon bimbit Android dan iOS dan boleh dimuat-turun menerusi Google Play secara percuma. Aplikasi Meter On dilengkapi enam ciri utama, iaitu pengesahan pemandu, penjejak perjalanan, anggaran tambang, penilaian pemandu, isyarat kecemasan (SOS) dan maklum balas/aduan. Setakat ini lebih 50 ribu teksi di seluruh Semenanjung telah berdaftar dalam data aplikasi Meter On ini. Pelancaran Meter On disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Kamal, Ketua Pegawai Operasi, Halim Husain dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad. Menurut Syed Hamid, ciri pengesahan pemandu dalam aplikasi Meter On boleh memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. "Pengguna boleh membuat pemeriksaan sendiri samada pemandu t...

Rasional kenaikan tambang teksi.

Image
Pada 19 Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar mengumumkan kenaikan kadar tambang teksi dinaikkan berkuatkuasa serta-merta. Tetapi pengumuman itu telah membuat banyak pihak yang mungkin tidak peka dengan apa yang telah dibuat oleh suruhanjaya itu sejak ditubuhkan pada Jun 2010, mendakwa keputusan itu kononnya dibuat secara semborono. Ada pula yang bertindak keterlaluan dengan menuduh SPAD bertindak tanpa mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Tidak terkecuali juga yang mendakwa kononnya kenaikan itu akan membebankan rakyat apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan kelak, walhal kerajaan sudah berkali-kali mengumumkan pengguna pengangkutan awam darat tidak dikenakan GST. Ekoran desakan pelbagai sudut, dua hari selepas itu Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kabinet menangguhkan kenaikan itu. Pengumuman TPM itu telah membangkitkan rasa tidak puashati 130 ...

Kadar baru tambang teksi jalan terus...hanya bas ekspress dan rel tunda

Image
Para pemandu dan pemilik teksi boleh menarik nafas lega.Setelah pengumuman kadar baru tambang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Khamis lalu ditunda Sabtu...petang Isnin kerajaan putuskan perlaksanaanya diteruskan. Sebaliknya hanya kadar baru tambang bas ekspress dan rel sahaja akan ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Persatuan-persatuan pemandu teksi sebelum ini telah membuat rayuan agar kerajaan terus kadar baru tambang kerana ia sudah tertangguh sejak enam tahun lampau. Malah banyak juga pemandu dan pemilik teksi yang sudah tukar meter ikut kadar tambang baru sejurus pengumuman dibuat menerusi sidang akhbar Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar Khamis lalu. Sebelum ini ekoran bantahan orangramai pada kadar baru pengangkutan awam,kabinet dalam mesyuarat Jumaat lalu putuskan semua kadar baru tambang teksi,bas ekspres dan rel ditangguhkan. Ia diumum oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar di Muar pagi Sabtu. Petang Isni...

PETEKMA mohon PM timbang semula penangguhan kenaikan tambang teksi.

Image
Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan semula keputusan kabinet menangguhkan kenaikan tambang teksi. Presidennya, Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata, keputusan penangguhan itu memberikan beban kepada kehidupan pemandu teksi yang sangat memerlukan kenaikan itu bagi menanggung pelbagai kos, antaranya kos penyelenggaraan kenderaan, bahan api dan sara hidup. Katanya pelaksanaan  Cukai Perkhidmatan dan Barangan ( GST) pada 1 April nanti akan menambahkan beban kepada pemandu teksi jika kenaikan tambang ditangguhkan kerana mereka terpaksa membayar GST kepada syarikat, PUSPAKOM dan kedai-kedai yang servis. “Jika GST dilaksanakan, semua barang seperti tayar, minyak hitam dan servis kereta sudah pasti akan naik. Contohnya, harga minyak hitam sudah naik daripada RM80 kepada RM130. “Kerajaan perlu memahami minyak petrol yang digunakan juga bila-bila masa b...