Posts

Showing posts with the label bas sekolah

Patuhi undang-undang ketika musim perayaan - SPAD

Image
SPAD MENGINGATKAN PENGENDALI SUPAYA MEMATUHI UNDANG-UNDANG SEMASA MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2017 – Sebagai inisiatif bagi memastikan keselamatan penumpang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan ketika perayaan Deepavali pada tahun ini. Suruhanjaya akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara intensif selama 10- hari bersama PDRM, JPJ, AADK, JKJR dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya dengan kerjasama pengendali, bermula daripada 12 Oktober sehingga 22 Oktober 2017. Ini termasuk operasi sepanjang 24-jam daripada 12 sehingga 14 Oktober, 17 sehingga 18 Oktober dan 21 sehingga 22 Oktober semasa pergerakan pengguna pengangkutan awam dijangkakan berada di tahap tertinggi. Hasil operasi yang dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017, 407 kesalahan telah dicatatkan, berbanding dengan 390 kesalahan pada 2016. Di antara aktiviti-aktiviti yang turut dilaksanakan dengan kerjasama polis dan penguatkuasa...

Projek KVDT sudah 28 peratus dan siap 2019

Image
Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah mencapai 28 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.   Projek yang membabitkan kos RM1.4 billion itu telah bermula sejak pertengahan tahun lalu membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.   Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.   Azharuddin berkata demikian pada sidang media di tapak projek di Rawang, Selangor, Jumaat.   Menurut Azharuddin lagi, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana beberapa faktor, dia yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.   "Memang ada tergendala seketika kerana faktor cuaca dan teknikal tetapi saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastruc...

SPAD tak boleh ramal kemalangan...

Image
Seperti biasa setiap kali selepas berlaku kemalangan membabitkan bas ekspres, kebanyakan jari dituding khususnya ke arah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).   Insiden terkini di mana SPAD turut dipersalahkan dalam kemalangan Sabtu lalu yang mengorbankan 14 nyawa dan 16 cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam di sebuah gaung di kilometer 137.3 Lebuhraya Utara-Selatan, di Kampung Jayor, Muar, Johor.   "Walaupun SPAD sudah meletakkan pelbagai syarat dan peraturan, masih ramai yang tidak mengendahkannya dan apabila berlaku tragedi yang disebabkan faktor manusia, kita juga dipersalahkan. Kita tak boleh meramalkan kemalangan," kata pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.   Begitupun kata Syed Hamid, SPAD tetap menerima kritikan dan pandangan semua pihak.   "Kita pandang ke hadapan dan tak perlulah menyalahkan mana-mana agensi. Rakyat kita selalu cepat melenting apabila tragedi berlaku.   "Ada yang mengatakan syarat dan peraturan ...

Kenyataan SPAD mengenai cadangan pengendali bas sekolah untuk meningkatkan tambang bas sekolah.

Image
MAKLUMBALAS SPAD KEPADA CADANGAN PENGENDALI UNTUK MENINGKATKAN TAMBANG BAS SEKOLAH  Kuala Lumpur, 20 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkenaan tambang bas sekolah bagi tahun hadapan. Isu yang dibangkitkan ini kerap kali timbul sebelum bermulanya setiap musim persekolahan.  Pada kali ini terdapat pengendali yang menyatakan bahawa penarikan subsidi diesel oleh Kerajaan telah meningkatkan kos operasi dan oleh itu kenaikan tambang perlu dilakukan. Mengikut pengamatan SPAD terhadap data yang dikumpulkan dahulu, pihak pengendali pernah juga memohon untuk meningkatkan tambang walaupun ketika subsidi minyak diesel masih diberikan oleh Kerajaan.  Susulan itu, tambang bas sekolah telah diliberalisasikan pada tahun 2015 dengan syarat pihak pengendali perlu mendapatkan persetujuan pihak sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru. Suruhanjaya berpendapat bahawa penetapan kadar tambang oleh ku...

Rapid KL siasat kejadian bas terbakar di Wangsa Maju

Image
Rapid Bus Sdn Bhd pengendali perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang ingin mengesahkan bahawa sebuah bas Rapid KL telah telah terbakar berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4 petang melibatkan bas laluan T521 (LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju). Insiden berlaku apabila bas berhenti secara tiba-tiba dan kapten bas terhidu bau asap. Lantas kapten bas menyuruh kesemua 6 penumpang di dalam untuk keluar dari bas tersebut. Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran ini telah menyebabkan kenderaan yang berada berhampiran lokasi turun rosak dijilat api. Rapid KL memohon kepada pemilik kenderaan yang terlibat untuk menghubungi kami di talian bantuan 03-7885 2525 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my bagi tujuan tuntutan pampasan. Rapid KL akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi menyiasat punca kejadian serta kos kerugian. Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutam...

Maklum balas SPAD berkaitan video viral yang memaparkan salah laku pemandu bas ekspres

Image
31 Januari, 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD atau ‘Suruhanjaya’) ingin merujuk kepada video yang telah dikongsikan di media sosial baru-baru ini berkaitan salah laku pemandu bas ekspres yang telah mengasari penumpang pada Januari 25, 2016 ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang.  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ingin merakamkan rasa kesal atas pengalaman buruk yang telah dialami oleh penumpang tersebut. SPAD memandang serius perkara ini dan telah berhubung dengan penumpang terlibat bagi merekodkan kenyataan beliau.  SPAD juga telah menggesa beliau untuk membuat laporan Polis dan susulan itu, laporan telah dibuat pada 28 Januari, 2016 di Balai Polis Melaka Tengah. SPAD akan terus menyokong dan berkongsi maklumat berkaitan pemandu dan pengendali terlibat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Ini adalah untuk memastikan tindakan tegas dan pantas dapat diambil terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab tersebut.  SPAD ...

SPAD jalankan Ops SERKAP bantu pengguna pengangkutan awam

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyita 55 kenderaan dan mengesan 89 kes kesalahan menggunakan kenderaan persendirian sebagai teksi sapu  di Lembah Klang sejak Oktober tahun lalu. Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai dan aduan pemandu-pemandu teksi berlesen yang pendapatan mereka terjejas berikutan aktiviti haram itu. Menurut beliau, ramai daripada pemandu kereta sapu haram itu menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan. "Menggunakan aplikasi pintar bukan bermakna mereka boleh menjadi pemandu teksi. Kenderaan ini haram dan tidak mempunyai permit yang dikeluarkan SPAD serta tidak menjamin perlindungan insuran untuk penumpang," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Serkap di Pudu Sentral, pada Khamis. Ops berkenaan bertumpu kepada pemeriksaan penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena cuti Aidilfitri. Dalam Ops be...

ETS KL-Padang Besar Belum Boleh Beroperasi - SPAD

Image
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar masih dalam proses pemeriksaan tren dan landasan dan belum boleh beroperasi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Beliau berkata ETS hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan SPAD. "Kita telah memberitahu mereka (penangguhan operasi). Tapi kalau mereka (KTMB) langgar undang-undang, kita terpaksa ambil tindakan. Kita perlu periksa beberapa landasan dan tren mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Operation Vehicles (MoVs) milik SPAD di Kuala Lumpur, Selasa,30 Jun 2015 Beliau berkata SPAD hanya akan memberi kelulusan untuk KTMB menjalankan operasi selepas menentukan bahawa keselamatan awam adalah terjamin ketika menggunakan perkhidmatan awam itu. Pada Khamis lepas, KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS sejauh 329 kilometer itu akan mula beroperasi esok dan boleh digunakan orang ramai yang ingin pulang ke utara bagi meny...

SPAD belum beri kelulusan operasi Tren Elektrik

Image
30 JUN:  Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ETS masih dalam proses pemeriksaan tren dan landasan dan belum boleh beroperasi. Menurut beliau, SPAD sudah memaklumkan mengenai penangguhan operasi kepada KTMB dan kelulusan hanya diberikan selepas pihaknya menentukan keselamatan awam yang menggunakan perkhidmatan itu. “Kita telah memberitahu mereka (penangguhan operasi). Tapi kalau mereka (KTMB) langgar undang-undang, kita terpaksa ambil tindakan. Kita perlu periksa beberapa landasan dan tren mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Operation Vehicles (MoVs) milik SPAD di sini Selasa. Khamis lalu, KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS sejauh 329 kilometer itu akan mula beroperasi esok dan boleh digunakan orang ramai yang ingin pulang ke utara bagi menyambut Aidilfitri. Mengenai dua unit MoVs yang ...

Boleh guna kad kredit bayar kompaun SPAD

Image
Pemandu atau pengusaha pengangkutan awam darat yang mungkin “pening kepala” nak cari duit bayar kompaun kerana kantoi melakukan kesalahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kini boleh membayar menggunakan kad kredit. Perkhidmatan itu sudahpun bermula pada 25 Mei (Isnin) di kaunter-kaunter SPAD di seluruh negara. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata langkah itu adalah salah satu usaha pihaknya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang awam. “Kalau boleh kita mahu sampai ke tahap ke transaksi yang tidak menggunakan wang tunai. Kita juga tidak ada masalah untuk menimbangkan cara pembayaran atas talian (online) selepas ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pakaian seragam baharu kakitangan kaunter SPAD Kelana Jaya, pada Isnin. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Pembangunan, Dr Prodyut Dutt dan Ketua Bahagian Operasi SPAD, Halim Husain. Pejabat SPAD ...

SPAD pakai treler angkut teksi!

Image
Sesudah beratus kali operasi dilakukan dan masih ramai pemandu teksi yang degil tak mahu gunakan meter, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kali ini mengambil langkah drastik menggunakan treler untuk mengangkut teksi yang disita "on-the-spot". Dalam satu operasi khas merangkumi kawasan Subang sampai ke Sungai Buloh dan Puchong, unit penguatkuasaan SPAD yang diketuai oleh Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad pada Rabu, 30 pemandu diberkas kerana melakukan pelbagai kesalahan. "Kesalahan paling banyak sekali ialah pemandu teksi tak guna meter di mana kita dapati 27 melakukan kesalahan itu. "Dua orang tidak ada kad pemandu dan satu lagi kad pemandunya mati dan tamat tempoh," kata Che Hasni kepada pemberita selepas tamat operasi. Che Hasni berkata operasi berkenaan dianggap kejayaan 100 peratus. "Kita hantar 30 pasukan penyamaran untuk membuat operasi. Kiranya kita dapat 100% mengena. "Kita sudah buat operasi sebegini kerapkali ...

SPAD tangkap 10 ulat bas dalam Ops Parasit/Serkap di Pudu Sentral.

Image
Sepuluh “ulat” yang cuba mendesak pelanggan membeli tiket bas berjaya ditahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Parasit/Serkap yang diadakan di Pudu Raya, bermula 10 pagi hingga lima petang, Rabu. Operasi berkenaan diketuai oleh Pengurus Besar Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, membabitkan 12 anggota dan seorang pegawai SPAD serta beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut Che Hasni, semua yang ditahan akan dakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM1 ribu dan tidak melebihi RM50 ribu atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. “Operasi ini diadakan memandangkan cuti panjang Krismas, SPAD mahu mempastikan tidak berlaku sebarang penipuan penjualan tiket. Kami juga mahu memastikan pengendali dan pemandu bas tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh APAD untuk memastikan keselamatan penumpang,” kata...

Pencerahan Mengenai Isu-isu Yang Dibangkitkan Oleh PERS1M Kepada SPRM

Image
SIARAN MEDIA PENCERAHAN MENGENAI ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PERS1M KEPADA SPRM PADA 19 DISEMBER 2014 KUALA LUMPUR (20 Disember 2014) – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan oleh PERS1M kepada SPRM pada 19 Disember 2014. Antara isu yang telah dibangkitkan adalah mengenai hukuman penjara yang telah dikenakan terhadap pemandu teksi disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah dan mengenai pengunaan aplikasi UBER. SPAD dengan ini mahu menjelaskan sungguhpun Kad Pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang.  Ini ternyata dengan kaitan kes-kes jenayah yang melibatkan teksi, di mana pemandu teksi tidak dapat dikenalpasti kerana ketiadaan Kad Pemandu ketika penumpang menaiki kenderaan. Di dalam kes yang melibatkan empat (4) pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai Kad Pemandu, SPAD telah mengeluarkan kompaun pada asaln...