Posts

Showing posts from June, 2013

Bas sekolah dan kilang boleh diguna sebagai bas tambahan Raya

Image
Pengusaha yang mahu memohon Lesen Perkhidmatan Sementara (LPS) untuk menyediakan bas-bas tambahan Hari Raya boleh menggunakan bas pelancongan, sekolah dan bas kilang. Bagaimanapun bas sekolah dan kilang yang digunakan sebagai bas tambahan, mestilah berusia 10 tahun ke bawah, berhawa dingin dan dalam keadaan baik. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata, bagi memastikan pengusaha mematuhi syarat itu, SPAD akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menjalankan pemantauan. Selain itu SPAD juga akan memohon kerjasama daripada PUSPAKOM untuk lebih teliti dan tegas ketika membuat penilaian ke atas kenderaan berkenaan. "Bas yang mahu digunakan itu seharusnya dihantar menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM. Kita tak mahulah bas yang tempat duduknya tidak senonoh dan berlubang diluluskan oleh PUSPAKOM. SPAD mahu memastikan bas-bas tambahan yang digunakan itu memberikan kepuasan kepada penumpang,"

SPAD Gesa Pengusaha Bas Ekspres Guna Sistem Jualan Tiket Secara Online

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa semua pengusaha bas ekspres menggunakan sistem penjualan tiket secara online bagi membanteras gejala ulat tiket, ketika musim perayaan. Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata melalui cara itu, pengusaha bas ekspres bukan sahaja membantu pihak berkuasa mengatasi masalah tersebut malah dapat mengelak pengguna daripada menjadi mangsa sindiket terbabit. "Saya tengok kebanyakan masalah timbul apabila syarikat bas ekspres tidak mempunyai kaunter jualan. "Syarikat bas seperti inilah yang selalu pakai ulat. Jadi kita perlu mengenal pasti dan mengeluarkan mereka daripada sistem," katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan tiket bas ekspres menjelang Hari Raya Aidilfitri di Hentian Putra, di sini Jumaat. Beliau juga berkata, isu ulat tiket dikesan semakin menjadi-jadi, apabila anggota penguat kuasa SPAD turut cuba diancam ketika sedang bertugas. "Yang pal

15 pemandu teksi dikesan lakukan kesalahan

KUALA LUMPUR 20 Jun - Tindakan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter dan mengenakan bayaran sehingga lima kali ganda akhirnya terbongkar dalam operasi bersepadu di ibu negara oleh beberapa agensi penguat kuasa malam tadi. Ketua Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, selain pihaknya, operasi bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat banyak rungutan dan aduan daripada pelanggan berhubung pemandu teksi yang enggan menggunakan meter selain mengenakan tambang berganda. Bagaimanapun, kegiatan mereka ini tumpas selepas sebanyak 15 pemandu teksi berusia 30 hingga 50 tahun di sekitar ibu negara ditahan atas kesalahan tidak menggunakan meter dan tiada permit. "Kejayaan itu berhasil selepas semua anggota dipec

PMBOA akur tambang bas tak naik 30 peratus

Image
Ashfar Ali KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) akur kepada ketetapan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menolak cadangan kenaikan 30 peratus tambang bas ekspres pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini. Presiden PMBOA, Datuk Ashfar Ali berkata, berdasarkan perbincangan yang dilakukan dengan pihak SPAD, sebarang kenaikan bagi tambang bas ekspres memerlukan kajian terperinci dan mengambil tempoh beberapa bulan. "SPAD telah menjelaskan bahawa satu kajian terperinci perlu dijalankan dahulu untuk dikemukakan kepada Kabinet," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Semalam, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan suruhanjaya itu menolak permintaan PMBOA untuk menaikkan tambang sebanyak 30 peratus pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini. Bagaimanapun, SPAD bersetuju untuk membenarkan pengusaha bas mengenakan caj tambahan (surcaj) sebanyak 10 peratus berkuat kuasa 8 Julai hingga 8 September untu