300 pemandu teksi dapat lesen individu
Seramai 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka, menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pada Jumaat. Kumpulan penerima itu adalah sebahagian daripada 3.007 pemohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016 di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Kesemua 300 penerima Lesen Individu itu juga menerima geran tunai Kerajaan berjumlah RM5 ribu untuk membeli kenderaan baharu. Geran berkenaan adalah sebahagian daripada RM150 juta yang diperuntukkan Kerajaan dalam Bajet 2017. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pemberian lesen individu itu adalah salah satu langkah Kerajaan untuk membantu pemandu dan pengusaha teksi untuk keluar dari sistem pajak. "Saya harap dengan pemberian surat tawaran kelulusan ini, kita dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan berdaya saing pada ketika industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi ...