Pemandu, pengusaha teksi, bas, rel terima anugerah
Lima pemandu teksi diberi penghargaan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana kejujuran memulangkan barangan berharga yang ditinggalkan oleh penumpang mereka. Ismail Md Rose, Chong Theam Kwai, Zamrod Adam, Megat Iskandar Megat Rusli dan Mohamad Harisham Jusoh masing-masing menerima sijil penghargaan pada majlis makan malam Simposium Industri Pengangkutan Awam Darat (LPT) di Kuala Lumpur, Ahad. Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Azharuddin Mat Sah. Ismail menerima penghargaan kerana kejujurannya memulangkan laptop dan beberapa barangan peribadi seorang penumpang yang menaiki teksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Manakala Chong pula memulangkan tripod kamera milik pengurus pasukan futsal Thailand semasa Kejohanan Sukan SEA yang lalu. Kisah Zamrol menjadi viral di media sosi apabila dia berusaha sendiri memulangkan dompet kepunyaan K...