Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan semula keputusan kabinet menangguhkan kenaikan tambang teksi. Presidennya, Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata, keputusan penangguhan itu memberikan beban kepada kehidupan pemandu teksi yang sangat memerlukan kenaikan itu bagi menanggung pelbagai kos, antaranya kos penyelenggaraan kenderaan, bahan api dan sara hidup. Katanya pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan ( GST) pada 1 April nanti akan menambahkan beban kepada pemandu teksi jika kenaikan tambang ditangguhkan kerana mereka terpaksa membayar GST kepada syarikat, PUSPAKOM dan kedai-kedai yang servis. “Jika GST dilaksanakan, semua barang seperti tayar, minyak hitam dan servis kereta sudah pasti akan naik. Contohnya, harga minyak hitam sudah naik daripada RM80 kepada RM130. “Kerajaan perlu memahami minyak petrol yang digunakan juga bila-bila masa b...