Posts

Showing posts with the label grabcar

Pengusaha teksi perlu terima e-hailing...

Image
Pengusaha dan pemandu teksi perlu berhenti merungut, sebaliknya menerima perubahan masa dan menggunakan teknologi seperti perkhidmatan e-hailing seperti yang dibuat oleh UBER dan Grabcar.   Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pihaknya menyedari ramai dalam kalangan pemandu teksi merungut apabila UBER dan Grabcar beroperasi kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, namun SPAD tidak boleh menghalang perkhidmatan berkenaan kerana ia mempunyai permintaan dan turut digunakan di beberapa negara maju lain.   Syed Hamid Albar berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu kepada 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka di Subang Jaya, Jumaat.   "Satu perkara yang kita tak dapat tahan ialah perubahan. Bila kita berdepan dengan perubahan kita sama ada boleh melihat dan merungut atau kita mengambil pendekatan untuk mencari ruang yang terbaik untuk mendapat faedah dari...

Teksi motorsikal: Syed Hamid suka idea orang muda tapi...

Image
Teksi motosikal mungkin baru di Kuala Lumpur... tapi di Jakarta ia perkhidmatan yang sudah lama diperkenalkan, dikenali sebagai 'ojek' dan menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah untuk ke sana sini. Dalam kes di Malaysia, di mana perkhidmatan ini dipertikaikan samada ikut undang-undang atau tidak. Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengekang kegiatan teksi motosikal Dego Ride yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana masih tiada peruntukan undang-undang mengenainya. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penguasa perkhidmatan tersebut perlu lebih peka dan bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang lain kerana khidmat yang diberikan itu beroperasi tanpa lesen. "Dalam kes teksi motosikal ini, saya suka dengan kreativiti yang ditunjukkan dan mereka menyatakan bahawa ini (teksi motosikal) adalah untuk golongan pendapatan rendah dan idea itu datang dari golongan muda juga. "Ap...

SPAD MEMBERI MAKLUM BALAS BERIKUTAN DEMONSTRASI PEMANDU TEKSI DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Image
Kuala Lumpur, 29 Mac 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima laporan berkaitan demonstrasi oleh pemandu teksi di sekitar kawasan Bukit Bintang yang mahukan aplikasi Uber dan GrabCar diharamkan.  SPAD sehubungan itu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan bagi mengawal keadaan serta mengurangkan kesulitan yang dialami oleh orang awam.  Kenderaan yang digunakan oleh aplikasi Uber dan GrabCar tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa seperti SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Suruhanjaya sedang mengambil langkah bagi memastikan aplikasi seperti Uber dan GrabCar dapat dikawal selia di bawah undang-undang dan tidak mengugat industri teksi yang sedia ada. Namun begitu, usaha tersebut memerlukan masa.  Suruhanjaya prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi dan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai bagi ...

Pemandu teksi tagih berita baik Bajet 2016

Image
Pemandu-pemandu teksi menaruh harapan tinggi kepada Kerajaan supaya tidak mengetepikan kepentingan mereka dalam pembentangan Bajet pada 23 Oktober ini. Sehubungan itu Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) telah menghantar memorandum empat perkara kepada Perdana Menteri. Empat perkara berkenaan ialah pengurangan atau penundaan kenaikan harga NGV, pengurangan harga tol di dalam bandar dan pengurangan GST untuk pengangkutan awam. PETEKMA juga mahukan Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan oleh UBER, GrabCar dan seumpamanya. Memorandum berkenaan telah dihantar kepada Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, yang juga penasihat PETEKMA. Pengerusi PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz mengumumkan perkara berkenaan kepada wartawan selepas mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu di Kuala Lumpur pada Sabtu. Syahrir berkata, kenai...

Pemandu teksi serah memorandum kepada SPAD

Image
Kisah segelintir pemandu teksi yang tak pernah berpuashati dan suka menyalahkan pihak lain di atas kesengsaraan mereka adalah satu perkara biasa. Manakala kisah pemimpin pembangkang menjadi batu api dan cuba menonjolkan diri sebagai hero atau pejuang kumpulan tertentu semakin menjadi satu KEBIASAAN. Apatah lagi kalau mereka sudah hilang modal atau populariti semakin pudar. Terkini, pada Rabu, kebiasaan itu diteruskan oleh Ahli Parlimen Kelang, Charles Santiago yang membawa hampir 100 pemandu teksi berdemo sebelum menyerahkan memorandum di depan pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Kelana Jaya. Santiago yang pernah dihalau keluar dari sidang dewan rakyat kerana mulut lancang dan biadap terhadap Speaker, cuba tunjuk hero kononnya dia prihatin dengan nasib pemandu teksi yang tergugat pendapatan kerana SPAD tak berbuat apa-apa untuk menyekat kegiatan GrabCar dan UBER. GrabCar dan UBER ialah perkhidmatan teksi menggunakan aplikasi MyTeksi di mana pemandun...