Posts

Showing posts with the label erl

Malaysia on Track to Expand Rail Mileage by 65% as Key Projects Unfold by 2027.

Image
KUALA LUMPUR (23 October, 2017) – Malaysia has recorded significant achievements in the land public transport sector since it was identified as a key agenda under the Government Transformation Plan (GTP) in 2010, through the inclusion of Urban Public Transport under the National Key Result Areas (NKRA).  Rail is earmarked as the backbone of Malaysia’s land public transport network, and under the 2013 National Land Public Transport Masterplan (NLPTM), the Government seeks to boost the carrying capacity of rail through a three-pronged strategy involving the construction of new lines, procurement of additional trains for existing lines, and upgrading the signaling system to increase service frequency.  The determination to make rail as the artery for the movement of people has borne tangible results. Over the past 7 years, the Government has significantly increased the urban rail network from 279km to 369km. Over the next few years, the urban rail network is exp...

Terima Kasih Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar

Image
SPAD MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA YBHG TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR ATAS SUMBANGAN DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM DARAT Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Anggota Suruhanjaya, pengurusan dan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, atas kepimpinan beliau selama tujuh tahun yang telah menjadikan SPAD sebagai agensi utama bagi menyelaraskan perancangan pengangkutan awam darat. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar bersara sebagai Pengerusi berkuatkuasa pada 3 Jun 2017. Sejak pelantikan beliau oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai Pengerusi SPAD pada Jun 2010, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menerajui perjalanan SPAD bagi melaksanakan transformasi di dalam industri pengangkutan awam darat, satu agenda kritikal di bawah Program Transformasi Nasional. Di bawah kepimpinan beliau, SPAD telah berja...

Sambutan Positif bagi Kaji Selidik Pasaran Bersama bagi Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Antara Kuala Lumpur Dan Singapura

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Malaysia (SPAD) dan Land Transport Authority, Singapura (LTA), telah menerima maklumbalas bagi kaji selidik pasaran ( market sensing exercise ) melalui kaedah Permintaan Maklumat (Request for Information - RFI) berkaitan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura. 1. Sehingga jam 6 petang pada hari Jumaat, 16 Oktober 2015, 150 syarikat dan konsortium telah mendaftarkan minat untuk mengambil bahagian dalam Kaji Selidik Pasaran Bersama bagi Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura yang telah dilancarkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Malaysia (SPAD) dan Land Transport Authority, Singapura (LTA) baru-baru ini. Pendaftaran telah diterima daripada syarikat dan konsortium daripada rangkaian nilai industri HSR yang berpusat di Malaysia, Singapura, Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Utara. 2. Syarikat-syarikat yang belum berkesempatan mendaftarkan mina...

Boleh guna kad kredit bayar kompaun SPAD

Image
Pemandu atau pengusaha pengangkutan awam darat yang mungkin “pening kepala” nak cari duit bayar kompaun kerana kantoi melakukan kesalahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kini boleh membayar menggunakan kad kredit. Perkhidmatan itu sudahpun bermula pada 25 Mei (Isnin) di kaunter-kaunter SPAD di seluruh negara. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata langkah itu adalah salah satu usaha pihaknya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang awam. “Kalau boleh kita mahu sampai ke tahap ke transaksi yang tidak menggunakan wang tunai. Kita juga tidak ada masalah untuk menimbangkan cara pembayaran atas talian (online) selepas ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pakaian seragam baharu kakitangan kaunter SPAD Kelana Jaya, pada Isnin. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Pembangunan, Dr Prodyut Dutt dan Ketua Bahagian Operasi SPAD, Halim Husain. Pejabat SPAD ...

MRT Sungai Buloh-Kajang siap 2017

Image
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pembinaan jajaran 1 MRT Sungai Buloh-Kajang adalah mengikut jadual dan kini 60 peratus siap dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang 2017. Katanya lagi, penyambungan LRT Jajaran Ampang pula sudah mencapai tahap 65 peratus dan LRT Kelana Jaya 77 peratus. Fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini dan fasa terakhir pada Mac 2016. “Pada masa akan datang, Kuala Lumpur akan mempunyai kesalinghubungan yang lebih baik apabila semua projek MRT, LRT dan keretapi laju KL-Singapura siap. Pada masa itu semua orang akan lebih suka menggunakan pengangkutan awam sebagai mod utama daripada memandu kenderaan sendiri,” katanya. Syed Hamid berkata demikian ketika melancarkan ikon baharu Express Rail Link (ERL) di Kuala Lumpur, pada Khamis. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor. Ikon terbahar...

Anugerah Pengangkutan Awam Darat - ERL dan Sani Express pengendali terbaik!

Image
Pengurusan yang cekap, menepati masa serta mengutamakan keselamatan dan keselesaan penumpang melayakkan Express Rail Link Berhad (ERL) menerima anugerah Pengendali Terbaik kategori Perkhidmatan Bandar dan Antarabandar sempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2014 pada Isnin. Kejayaan itu melayakkan ERL menerima piala dan sijil pengiktirafan dari pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dalam majlis gemilang yang diadakan di Kuala Lumpur. ERL mencatatkan markah tertinggi tahun ini di segi bilangan penumpang, ketepatan dan kebolehpercayaan. Perkhidmatan ERL Transit telah mencatatkan peningkatan 34.23 peratus di segi jumlah penumpang dibandingkan pada tahun lalu. Manakala ERL Express mencatatkan peningkatan 35.17 peratus. Di segi ketepatan masa ERL Transit mencatat 99.88 peratus dan ERL Express 99.89 peratus. Di segi kebolehpercayaan ERL Transit mencatatkan 97.86 peratus dan ERL Express 98.86 peratus. Sementara itu kategori bas ekspres dimenangi o...