Selepas 6 tahun...PM cerita sebab pilih Syed Hamid jadi Pengerusi SPAD
Pada Jun 2010, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak mengumumkan perlantikan Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai
pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), terdengar juga
sosak-sosek dari pihak tertentu yang tidak puashati.
Sehingga kini masih ada yang mempertikaikan kononnya Syed Hamid tidak layak memegang jawatan itu dan tak kurang juga ada yang mendesaknya supaya meletak jawatan.
Tetapi ketika merasmikan Pameran dan Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin, Perdana Menteri telah mendedahkan mengapa Syed Hamid menjadi pilihannya.
"Idea menubuhkan SPAD berdasarkan bancian oleh PEMANDU yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala di mana kita mahu mengenalpasti bidang yang rakyat mahu kerajaan berikan fokus.
"Antara enam bidang yang dikenalpasti, pengangkutan awam yang paling mendapat perhatian. Rakat mahukan sistem pengangkutan yang boleh diharap dan dipercayai.
"Bila saya memikirkan siapa yang layak jadi pengerusi, saya memberitahu diri saya, sekiranya ada seseorang yang boleh mengendalikan pemimpin-pemimpin dunia yang sukar dibawa berbincang, sudah pasti orang itu boleh mengendalikan sistem pengangkutan awam darat.
"Maka dengan itu saya memilih Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai pengerusi SPAD. Dia telah menjalankan tugasnya dengan baik dan kini setelah hampir enam tahun, telah banyak yang dicapai oleh SPAD," katanya.
Najib berkata SPAD yang diletakkan di bawahnya sejak penubuhannya pada 2010 memikul mandat yang amat berat. Katanya lebih RM70 billion telah dilaburkan oleh kerajaan untuk memulih dan meningkatkan sistem dan mutu pengangkutan awam darat.
Katanya setakat ini dia amat berpuashati dengan kejayaan-kejayaan cemerlang perkhidmatan pengangkutan awam darat yang dipantau dan dikawalselia oleh SPAD seperti LRT, ERL, Rapid, Go-KL, ETS dan lain-lain.
Terdahulu Syed Hamid dalam ucapannya turut mendedahkan betapa terkejutnya dia apabila dipanggil menemui Perdana Menteri pada 2010.
"Apabila dia memanggil saya dan menawarkan jawatan sebagai pengerusi SPAD, saya amat terkejut. Daripada seorang peguam kepada pegawai bank, pembabitan saya dalam pengangkutan awam hanyalah sebagai pengguna atau penumpang.
"Malah saya kena belajar dari A sampai Z segala-galanya mengenai pengangkutan awam. Bertukar arah dari menjadi menteri kepada industri ini secara tiba-tiba terbukti satu pengalaman yang amat mencabar dan menarik.
"SPAD bermula dengan dua orang. Perdana Menteri memberitahu saya dia telah melantik Mohamed Nur Ismal Kamal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan kami berdua pasti dapat bekerjasama. Secara jujur, saya tak kenal siapa Mohamed Nur tetapi terbukti kami boleh bekerjasama," katanya.
Menurut Syed Hamid, selepas itu mereka disertai oleh Datuk Seri Shahrin Mokhtar sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Datuk Azmi Abdul Aziz.
"Kini semua personaliti yang saya sebut ini telah menjadi orang penting dalam pengangkutan awam yang menjadi kebanggaan SPAD. Dalam aspek ini SPAD bukan sahaja menjadi perintis dalam pengangkutan awam tetapi ia juga telah menjadi penyumbang kepada industri ini dari segi modal insan."- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Comments
Post a Comment