Posts

Showing posts with the label tambang

Isu tambang teksi RM800, SPAD akan siasat dan bertindak tegas dalam hal ini

Image
MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA  Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara.  Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.  SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.  Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan. ...

Sejuta orang guna LRT, monorel, bas Rapid dalam sehari

Image
Prasarana Malaysia Berhad pada Khamis mencipta sejarah apabila berjaya mencapai sasaran sejuta pengguna sehari bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan. Jumlah itu dicapai melalui 265 ribu pengguna LRT Kelana Jaya, 195 ribu di Jajaran Ampang dan 72 ribu menggunakan monorel setiap hari. Selain itu perkhidmatan bas Rapid yang diuruskan Prasarana di Kuala Lumpur, Sunway, Perak dan Pulau Pinang digunakan oleh 365 ribu penumpang. Kejayaan itu diumumkan bersama oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz di stesen Kuala Lumpur Sentral, Khamis. Kedua-duanya telah melakukan walk-about di sekitar KL Sentral sebelum menaiki tren ke Pasar Seni dan meninjau perkhidmatan bas di situ, dan kemudiannya ke Stesen LRT Masjid Jamek LRT sebelum menaiki monorel ke KL Sentral. Syed Hamid Albar be...

SPAD akan ambil tindakan terhadap pemandu bas kasari penumpang

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen seorang pemandu bas yang didakwa mengasari seorang penumpang dalam kejadian pada 25 Jan lepas.     Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bagaimanapun tindakan itu akan diambil setelah siasatan terperinci mengenai kejadian itu selesai dijalankan oleh polis.   "Biarlah (polis) selesaikan siasatan terlebih dahulu dan selepas itu baru kita ambil tindakan termasuk membatalkan lesen pengusaha bas berkenaan.   "Polis akan mengambil tindakan terhadap pemandu bas tersebut. Pihak SPAD akan mengambil tindakan terhadap pengusaha bas serta pemandu bas berdasarkan siasatan yang dilakukan polis," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Terminal Bas Amanjaya di Ipoh,Selasa 2 Februari     Katanya perbuatan pemandu bas itu adalah tidak beretika kerana ia tidak menggambarkan budaya rakyat di negara ini.   Mengulas lanjut, Syed Hamid berk...

Maklum balas SPAD berkaitan video viral yang memaparkan salah laku pemandu bas ekspres

Image
31 Januari, 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD atau ‘Suruhanjaya’) ingin merujuk kepada video yang telah dikongsikan di media sosial baru-baru ini berkaitan salah laku pemandu bas ekspres yang telah mengasari penumpang pada Januari 25, 2016 ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang.  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ingin merakamkan rasa kesal atas pengalaman buruk yang telah dialami oleh penumpang tersebut. SPAD memandang serius perkara ini dan telah berhubung dengan penumpang terlibat bagi merekodkan kenyataan beliau.  SPAD juga telah menggesa beliau untuk membuat laporan Polis dan susulan itu, laporan telah dibuat pada 28 Januari, 2016 di Balai Polis Melaka Tengah. SPAD akan terus menyokong dan berkongsi maklumat berkaitan pemandu dan pengendali terlibat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Ini adalah untuk memastikan tindakan tegas dan pantas dapat diambil terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab tersebut.  SPAD ...

Pemandu teksi tagih berita baik Bajet 2016

Image
Pemandu-pemandu teksi menaruh harapan tinggi kepada Kerajaan supaya tidak mengetepikan kepentingan mereka dalam pembentangan Bajet pada 23 Oktober ini. Sehubungan itu Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) telah menghantar memorandum empat perkara kepada Perdana Menteri. Empat perkara berkenaan ialah pengurangan atau penundaan kenaikan harga NGV, pengurangan harga tol di dalam bandar dan pengurangan GST untuk pengangkutan awam. PETEKMA juga mahukan Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan oleh UBER, GrabCar dan seumpamanya. Memorandum berkenaan telah dihantar kepada Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, yang juga penasihat PETEKMA. Pengerusi PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz mengumumkan perkara berkenaan kepada wartawan selepas mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu di Kuala Lumpur pada Sabtu. Syahrir berkata, kenai...

Diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar

Image
KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2015 – Mulai 1 September 2015, diskaun 30% akan diberikan kepada pengguna bas yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Ini merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban Rakyat bagi mengurangkan perbelanjaan kos sara hidup mereka. Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam bagi tujuan kemudahan dan keselesaan Rakyat. Ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di Kuala Lumpur, ianya juga secara langsung akan menggalakkan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam dan membantu ia menjadi mod pilihan mereka. Diskaun ini disediakan untuk 3 laluan utama iaitu Seremban – Kuala Lumpur, Klang – Kuala Lumpur dan Rawang – Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Expressway Transit 5 dan 6 (BET). Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan dengan kadar diskaun tersebut melalui pembelian pa...