Posts

Showing posts with the label tiket online

Patuhi undang-undang ketika musim perayaan - SPAD

Image
SPAD MENGINGATKAN PENGENDALI SUPAYA MEMATUHI UNDANG-UNDANG SEMASA MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2017 – Sebagai inisiatif bagi memastikan keselamatan penumpang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan ketika perayaan Deepavali pada tahun ini. Suruhanjaya akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara intensif selama 10- hari bersama PDRM, JPJ, AADK, JKJR dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya dengan kerjasama pengendali, bermula daripada 12 Oktober sehingga 22 Oktober 2017. Ini termasuk operasi sepanjang 24-jam daripada 12 sehingga 14 Oktober, 17 sehingga 18 Oktober dan 21 sehingga 22 Oktober semasa pergerakan pengguna pengangkutan awam dijangkakan berada di tahap tertinggi. Hasil operasi yang dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017, 407 kesalahan telah dicatatkan, berbanding dengan 390 kesalahan pada 2016. Di antara aktiviti-aktiviti yang turut dilaksanakan dengan kerjasama polis dan penguatkuasa...

Transformasi Industri Teksi Kian Hampir

Image
   TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI KIAN HAMPIR Penyelesaian akan menjurus kepada mewujudkan persaingan yang adil pada masa hadapan KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara. Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah dan adalah sukar bagi mendapatkan jawapan yang akan memuaskan kesemua pihak. Dengan itu, di dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan. Cadangan yang dikemukakan turu...

Sejuta orang guna LRT, monorel, bas Rapid dalam sehari

Image
Prasarana Malaysia Berhad pada Khamis mencipta sejarah apabila berjaya mencapai sasaran sejuta pengguna sehari bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan. Jumlah itu dicapai melalui 265 ribu pengguna LRT Kelana Jaya, 195 ribu di Jajaran Ampang dan 72 ribu menggunakan monorel setiap hari. Selain itu perkhidmatan bas Rapid yang diuruskan Prasarana di Kuala Lumpur, Sunway, Perak dan Pulau Pinang digunakan oleh 365 ribu penumpang. Kejayaan itu diumumkan bersama oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz di stesen Kuala Lumpur Sentral, Khamis. Kedua-duanya telah melakukan walk-about di sekitar KL Sentral sebelum menaiki tren ke Pasar Seni dan meninjau perkhidmatan bas di situ, dan kemudiannya ke Stesen LRT Masjid Jamek LRT sebelum menaiki monorel ke KL Sentral. Syed Hamid Albar be...

Penambahbaikkan 7 laluan RapidKL dan Nadi Putra bermula 1 Februari 2016

Image
Kuala Lumpur, 29 Januari 2016 – Dalam usaha berterusan untuk menambahbaik perkhidmatan laluan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR), SPAD akan mengatur semula 7 laluan bas di koridor Sungai Besi dan koridor Jalan Klang Lama yang kini dikendalikan oleh Metrobus kepada Nadi Putra dan RapidKL berkuatkuasa 1 Februari 2016.  Langkah ini telah diambil bagi memastikan penumpang di kawasan permintaan tinggi di koridor Sungai Besi dan koridor Jalan Klang Lama akan menerima perkhidmatan yang lebih baik.  Pengaturan semula laluan bas adalah seperti berikut:  1. Laluan 523 (Dengkil - IOI City Mall melalui Putrajaya/Cyberjaya) akan dikendalikan oleh Nadi Putra dan disusun semula sebagai Laluan 521 yang bermula dari Dengkil ke IOI City Mall melalui Putrajaya. Perkhidmatan ini akan beroperasi dari pukul 6:30 pagi hingga 11:00 malam dengan kekerapan 30 minit.  2. Laluan 608 (IOI Mall Puchong - Dengkil melalui Pulau Meranti) akan dikendalikan ol...

Beli tiket secara online ketika musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan dan kesulitan - SPAD

Image
PENGGUNA BAS EKSPRES DINASIHATKAN MENDAPATKAN TIKET MELALUI SISTEM ATAS TALIAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL DAN HARI KRISMAS Kuala Lumpur, 22 Disember 2015: Pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang ingin menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM).  Bagi senarai portal dan laman sesawang syarikat-syarikat bas ekspres yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian, pengguna boleh melayari http://www.spad.gov.my/ms/tiketBE .  Bagi pengguna yang menuju ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling, mereka masih boleh membeli tiket secara atas talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian tersebut.  Pembelian tiket secara awal, menggunakan TVM di TBS-BTS dan secara atas talian...