Posts

Showing posts with the label easy taxi

Lesen individu... hadiah raya 300 pemandu teksi daripada SPAD

Image
Seramai 300 pemandu teksi dan kereta sewa akan memyambut kedatangan Hari Raya dengan berlapang dada apabila mereka menerima lesen individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada satu majlis ringkas di ibupejabat suruhanya itu, Rabu. Pemandu-pemandu berkenaan adalah kumpulan kedua yang menerima lesen individu di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) setelah masing-masing telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang menyempurnakan majlis itu, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Katanya pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini. Menurutnya lagi, kumpulan...

300 pemandu teksi dapat lesen individu

Image
Seramai 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka, menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pada Jumaat. Kumpulan penerima itu adalah sebahagian daripada 3.007 pemohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016 di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Kesemua 300 penerima Lesen Individu itu juga menerima geran tunai Kerajaan berjumlah RM5 ribu untuk membeli kenderaan baharu. Geran berkenaan adalah sebahagian daripada RM150 juta yang diperuntukkan Kerajaan dalam Bajet 2017. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pemberian lesen individu itu adalah salah satu langkah Kerajaan untuk membantu pemandu dan pengusaha teksi untuk keluar dari sistem pajak. "Saya harap dengan pemberian surat tawaran kelulusan ini, kita dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan berdaya saing pada ketika industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi ...

Projek KVDT sudah 28 peratus dan siap 2019

Image
Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah mencapai 28 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.   Projek yang membabitkan kos RM1.4 billion itu telah bermula sejak pertengahan tahun lalu membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.   Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.   Azharuddin berkata demikian pada sidang media di tapak projek di Rawang, Selangor, Jumaat.   Menurut Azharuddin lagi, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana beberapa faktor, dia yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.   "Memang ada tergendala seketika kerana faktor cuaca dan teknikal tetapi saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastruc...

Teksi motorsikal: Syed Hamid suka idea orang muda tapi...

Image
Teksi motosikal mungkin baru di Kuala Lumpur... tapi di Jakarta ia perkhidmatan yang sudah lama diperkenalkan, dikenali sebagai 'ojek' dan menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah untuk ke sana sini. Dalam kes di Malaysia, di mana perkhidmatan ini dipertikaikan samada ikut undang-undang atau tidak. Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengekang kegiatan teksi motosikal Dego Ride yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana masih tiada peruntukan undang-undang mengenainya. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penguasa perkhidmatan tersebut perlu lebih peka dan bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang lain kerana khidmat yang diberikan itu beroperasi tanpa lesen. "Dalam kes teksi motosikal ini, saya suka dengan kreativiti yang ditunjukkan dan mereka menyatakan bahawa ini (teksi motosikal) adalah untuk golongan pendapatan rendah dan idea itu datang dari golongan muda juga. "Ap...

Undang-undang berkaitan E-Hailing akan dipinda demi masa depan.

TINDAKAN SEDANG DIAMBIL UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI MENGAWAL SELIA APLIKASI E-HAILING Kuala Lumpur, 18 November 2016 – Dalam usaha melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi (TITP), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model Pajak. Sejak 1 September 2016, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif ini terus mendapat sambutan baik daripada pemandu teksi kerana ianya memberikan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa hadapan.  Bagi aplikasi e-hailing, Suruhanjaya telah mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan. Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada Kabinet sebelu...

Transformasi Industri Teksi Kian Hampir

Image
   TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI KIAN HAMPIR Penyelesaian akan menjurus kepada mewujudkan persaingan yang adil pada masa hadapan KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara. Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah dan adalah sukar bagi mendapatkan jawapan yang akan memuaskan kesemua pihak. Dengan itu, di dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan. Cadangan yang dikemukakan turu...

SPAD MEMBERI MAKLUM BALAS BERIKUTAN DEMONSTRASI PEMANDU TEKSI DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Image
Kuala Lumpur, 29 Mac 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima laporan berkaitan demonstrasi oleh pemandu teksi di sekitar kawasan Bukit Bintang yang mahukan aplikasi Uber dan GrabCar diharamkan.  SPAD sehubungan itu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan bagi mengawal keadaan serta mengurangkan kesulitan yang dialami oleh orang awam.  Kenderaan yang digunakan oleh aplikasi Uber dan GrabCar tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa seperti SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Suruhanjaya sedang mengambil langkah bagi memastikan aplikasi seperti Uber dan GrabCar dapat dikawal selia di bawah undang-undang dan tidak mengugat industri teksi yang sedia ada. Namun begitu, usaha tersebut memerlukan masa.  Suruhanjaya prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi dan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai bagi ...

SPAD jalankan Ops SERKAP bantu pengguna pengangkutan awam

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyita 55 kenderaan dan mengesan 89 kes kesalahan menggunakan kenderaan persendirian sebagai teksi sapu  di Lembah Klang sejak Oktober tahun lalu. Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai dan aduan pemandu-pemandu teksi berlesen yang pendapatan mereka terjejas berikutan aktiviti haram itu. Menurut beliau, ramai daripada pemandu kereta sapu haram itu menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan. "Menggunakan aplikasi pintar bukan bermakna mereka boleh menjadi pemandu teksi. Kenderaan ini haram dan tidak mempunyai permit yang dikeluarkan SPAD serta tidak menjamin perlindungan insuran untuk penumpang," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Serkap di Pudu Sentral, pada Khamis. Ops berkenaan bertumpu kepada pemeriksaan penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena cuti Aidilfitri. Dalam Ops be...

80 kenderaan tanpa permit diberkas sejak Oktober

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberkas 80 kenderaan daripada pelbagai syarikat sejak Oktober tahun lalu kerana menjalankan perkhidmatan tanpa permit. Antara kenderaan yang dikenalpasti adalah dari syarikat UBER, Black Lane, Black Car, Easy Taxi dan lain-lain. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata daripada jumlah itu 52 kenderaan telah dilucut hak. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ops Revus yang dijalankan sekitar Petaling Jaya, Bangsar dan sekitar Kuala Lumpur, pada Rabu. Pada operasi berkenaan yang memakan masa lebih dua jam,  24 anggota penguatkuasa SPAD yang bertugas telah menahan enam kenderaan kerana memberikan perkhidmatan tanpa permit sah dan sebuah teksi yang tidak menggunakan meter. "Kenderaan-kenderaan ini akan disiasat dengan lebih teliti dan kami akan mengambil tindakan di bawah sekayen 16 Akta Pengangkutan Awam (APAD). "Jika sabit kesalahan, pemilik kenderaan boleh ...