SPAD jalankan Ops SERKAP bantu pengguna pengangkutan awam
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyita 55 kenderaan dan mengesan 89 kes kesalahan menggunakan kenderaan persendirian sebagai teksi sapu di Lembah Klang sejak Oktober tahun lalu. Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai dan aduan pemandu-pemandu teksi berlesen yang pendapatan mereka terjejas berikutan aktiviti haram itu. Menurut beliau, ramai daripada pemandu kereta sapu haram itu menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan. "Menggunakan aplikasi pintar bukan bermakna mereka boleh menjadi pemandu teksi. Kenderaan ini haram dan tidak mempunyai permit yang dikeluarkan SPAD serta tidak menjamin perlindungan insuran untuk penumpang," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Serkap di Pudu Sentral, pada Khamis. Ops berkenaan bertumpu kepada pemeriksaan penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena cuti Aidilfitri. Dalam Ops be...