Sejuta orang guna LRT, monorel, bas Rapid dalam sehari
Prasarana Malaysia Berhad pada Khamis mencipta sejarah apabila berjaya mencapai sasaran sejuta pengguna sehari bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan. Jumlah itu dicapai melalui 265 ribu pengguna LRT Kelana Jaya, 195 ribu di Jajaran Ampang dan 72 ribu menggunakan monorel setiap hari. Selain itu perkhidmatan bas Rapid yang diuruskan Prasarana di Kuala Lumpur, Sunway, Perak dan Pulau Pinang digunakan oleh 365 ribu penumpang. Kejayaan itu diumumkan bersama oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz di stesen Kuala Lumpur Sentral, Khamis. Kedua-duanya telah melakukan walk-about di sekitar KL Sentral sebelum menaiki tren ke Pasar Seni dan meninjau perkhidmatan bas di situ, dan kemudiannya ke Stesen LRT Masjid Jamek LRT sebelum menaiki monorel ke KL Sentral. Syed Hamid Albar be...