Posts

Showing posts with the label bas ekspress

Pemandu, pengusaha teksi, bas, rel terima anugerah

Image
Lima pemandu teksi diberi penghargaan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana kejujuran memulangkan barangan berharga yang ditinggalkan oleh penumpang mereka. Ismail Md Rose, Chong Theam Kwai, Zamrod Adam, Megat Iskandar Megat Rusli dan Mohamad Harisham Jusoh masing-masing menerima sijil penghargaan pada majlis makan malam Simposium Industri Pengangkutan Awam Darat (LPT) di Kuala Lumpur, Ahad. Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Azharuddin Mat Sah. Ismail menerima penghargaan kerana kejujurannya memulangkan laptop dan beberapa barangan peribadi seorang penumpang yang menaiki teksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Manakala Chong pula memulangkan tripod kamera milik pengurus pasukan futsal Thailand semasa Kejohanan Sukan SEA yang lalu. Kisah Zamrol menjadi viral di media sosi apabila dia berusaha sendiri memulangkan dompet kepunyaan K...

Patuhi undang-undang ketika musim perayaan - SPAD

Image
SPAD MENGINGATKAN PENGENDALI SUPAYA MEMATUHI UNDANG-UNDANG SEMASA MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2017 – Sebagai inisiatif bagi memastikan keselamatan penumpang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan ketika perayaan Deepavali pada tahun ini. Suruhanjaya akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara intensif selama 10- hari bersama PDRM, JPJ, AADK, JKJR dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya dengan kerjasama pengendali, bermula daripada 12 Oktober sehingga 22 Oktober 2017. Ini termasuk operasi sepanjang 24-jam daripada 12 sehingga 14 Oktober, 17 sehingga 18 Oktober dan 21 sehingga 22 Oktober semasa pergerakan pengguna pengangkutan awam dijangkakan berada di tahap tertinggi. Hasil operasi yang dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017, 407 kesalahan telah dicatatkan, berbanding dengan 390 kesalahan pada 2016. Di antara aktiviti-aktiviti yang turut dilaksanakan dengan kerjasama polis dan penguatkuasa...

Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019

Image
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua sistem pengangkutan awan di negara ini akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch 'n Go menjelang tahun 2019. Beliau yang merupakan menteri yangbertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, setakat ini sistem tersebut telah dilaksanakan oleh Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT). "Tidak semua pembekal pengangkutan awam bersedia dengan sistem tersebut. Jadi kita menjangkakan semua bersedia menjelang 2019. "Penumpang akan menggunakan kaedah pembayaran tiket tunggal yang boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam termasuk bas," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Persatuan Antarabangsa Pengangkutan Awam Asia Pasifik (UITP) pada Isnin. Ia mengambil masa untuk menyelaraskan penggunaan sistem tersebut kerana ia difahamkan kos untuk memasang keperluan sistem tersebut agak tinggi dengan keperluan tekn...

Projek KVDT sudah 28 peratus dan siap 2019

Image
Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah mencapai 28 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.   Projek yang membabitkan kos RM1.4 billion itu telah bermula sejak pertengahan tahun lalu membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.   Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.   Azharuddin berkata demikian pada sidang media di tapak projek di Rawang, Selangor, Jumaat.   Menurut Azharuddin lagi, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana beberapa faktor, dia yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.   "Memang ada tergendala seketika kerana faktor cuaca dan teknikal tetapi saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastruc...

Siasatan Terhadap Dakwaan Pemanduan Bas Secara Berbahaya Bermula

Image
SPAD MEMULAKAN SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PEMANDUAN BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang didapati daripada Facebook yang dikongsikan oleh seorang pengadu mengenai perlakuan pemandu bas ekspres. Di dalam video yang dirakamkan oleh pengadu, pemandu dipaparkan telah menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit ketika sedang bertugas. SPAD sedang mengambil langkah segera bagi memastikan kesahihan fakta bagi mengambil tindakan yang sewajarnya. Setelah menghubungi pihak-pihak yang terlibat semalam, Pegawai Penguatkuasa SPAD telah bertemu pengarah syarikat Aerosystem Tour & Travel (M) Sdn Bhd yang mengendalikan bas Mayang Sari tersebut dan pemandu yang terlibat pada jam 9.30 pagi hari ini bagi mengambil keterangan mereka dan mengesahkan maklumat seperti mana yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang. SPAD juga telah bertemu pengadu pada 4.30 petang hari ini ...

SPAD tak boleh ramal kemalangan...

Image
Seperti biasa setiap kali selepas berlaku kemalangan membabitkan bas ekspres, kebanyakan jari dituding khususnya ke arah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).   Insiden terkini di mana SPAD turut dipersalahkan dalam kemalangan Sabtu lalu yang mengorbankan 14 nyawa dan 16 cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam di sebuah gaung di kilometer 137.3 Lebuhraya Utara-Selatan, di Kampung Jayor, Muar, Johor.   "Walaupun SPAD sudah meletakkan pelbagai syarat dan peraturan, masih ramai yang tidak mengendahkannya dan apabila berlaku tragedi yang disebabkan faktor manusia, kita juga dipersalahkan. Kita tak boleh meramalkan kemalangan," kata pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.   Begitupun kata Syed Hamid, SPAD tetap menerima kritikan dan pandangan semua pihak.   "Kita pandang ke hadapan dan tak perlulah menyalahkan mana-mana agensi. Rakyat kita selalu cepat melenting apabila tragedi berlaku.   "Ada yang mengatakan syarat dan peraturan ...

SPAD memulakan siasatan terhadap dakwaan pemanduan bas ekspress secara berbahaya

Image
SPAD MEMULAKAN SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PEMANDUAN BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang didapati daripada Facebook yang dikongsikan oleh seorang pengadu mengenai perlakuan pemandu bas ekspres. Di dalam video yang dirakamkan oleh pengadu, pemandu dipaparkan telah menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit ketika sedang bertugas. SPAD sedang mengambil langkah segera bagi memastikan kesahihan fakta bagi mengambil tindakan yang sewajarnya. Setelah menghubungi pihak-pihak yang terlibat semalam, Pegawai Penguatkuasa SPAD telah bertemu pengarah syarikat Aerosystem Tour & Travel (M) Sdn Bhd yang mengendalikan bas Mayang Sari tersebut dan pemandu yang terlibat pada jam 9.30 pagi hari ini bagi mengambil keterangan mereka dan mengesahkan maklumat seperti mana yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang. SPAD juga telah bertemu pengadu pada 4.30 petang hari ini b...

Syed Hamid - bukan SPAD yang sebabkan kemalangan

Image
Setiap kali berlaku kemalangan yang membabitkan bas, pasti ada pihak-pihak tertentu yang menyalahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sekali dua, kira okaylah. Tetapi kalau selalu sangat berlaku, kalau kita berada di  kerusi Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, kita pun akan berasa rimas. Pengerusi SPAD itu pun merasa musykil di mana logiknya apabila berlaku kemalangan, SPAD dipersalahkan sehinggakan ada pihak mendesak supaya suruhanjaya itu diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). "Saya lihat banyak sangat spekulasi. Ada orang bila berlaku kemalangan, salahkan SPAD. Kita nak memperbaiki sistem pengangkutan awam darat. "Adalah lebih baik kita tumpukan kepada masalah sebenar sama ada SPAD di bawah bidang kuasa siapa atau masalah kemalangan yang berlaku. Adakah kemalangan itu disebabkan kegagalan SPAD? "Saya fikir ini bukan isunya. Nak letak bawah siapa pun terpulang kepada Kerajaan. Bukan SPAD yang menentukan kita patut berada di bawah siapa....

SPAD tegas terhadap Qistna Express demi keselamatan pengguna

Image
SPAD MEMULAKAN PROSES PENGGANTUNGAN TERHADAP QISTNA EXPRESS Kuala Lumpur, 13 Julai 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd. sehubungan dengan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut pada 10 Julai 2016 di Km265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihak Suruhanjaya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan. SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa Suruhanjaya memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan ...