Posts

Showing posts with the label pengguna

Handal Indah akan kedalikan myBAS Johor Bahru

Image
SPAD MEMETERAI KONTRAK myBAS JOHOR BAHRU 11 April 2018, Johor Bahru – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah memeterai kontrak bersama Handal Indah Sdn Bhd (Handal Indah) yang menandakan pra-pelancaran perkhidmatan myBAS Johor Bahru di bawah program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST). Kontrak tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi SPAD, Puan Qamar Wan Noor, dan Pengarah Urusan Handal Indah, En. Lim Han Weng. Pemeteraian kontrak tersebut telah disaksikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Sri Mohamed Khaled Nordin dan Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Isa Abdul Samad. Perkhidmatan myBAS di Johor Bahru akan memperkenalkan 27 laluan utama dan perantara yang mencecah jarak perjalanan 16.8 juta kilometer setahun, dengan kekerapan setiap 20 minit berbanding kekerapan setiap 30 minit sebelum ini. Ini akan membolehkan pengguna di Johor Bahru dan kawasan sekitar untuk menikmati perkhidmatan bas yang boleh dipercayai dan se...

Hak Pengguinan Tetap Menjadi Keutamaan SPAD

Image
KUALA LUMPUR, 27 MAC, 2018 – Pendirian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara. Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara. Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil. Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (...