Posts

Showing posts with the label stesen

Teksi motorsikal: Syed Hamid suka idea orang muda tapi...

Image
Teksi motosikal mungkin baru di Kuala Lumpur... tapi di Jakarta ia perkhidmatan yang sudah lama diperkenalkan, dikenali sebagai 'ojek' dan menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah untuk ke sana sini. Dalam kes di Malaysia, di mana perkhidmatan ini dipertikaikan samada ikut undang-undang atau tidak. Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengekang kegiatan teksi motosikal Dego Ride yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana masih tiada peruntukan undang-undang mengenainya. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penguasa perkhidmatan tersebut perlu lebih peka dan bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang lain kerana khidmat yang diberikan itu beroperasi tanpa lesen. "Dalam kes teksi motosikal ini, saya suka dengan kreativiti yang ditunjukkan dan mereka menyatakan bahawa ini (teksi motosikal) adalah untuk golongan pendapatan rendah dan idea itu datang dari golongan muda juga. "Ap...

Penambahbaikkan Laluan Bas di Sekitar Sungai Besi berkuatkuasa 7 April 2016

Image
PENYELARASAN SEMULA LALUAN BAS 501, 540, 570 DAN T571 DI BAWAH BNR BAGI KORIDOR SUNGAI BESI BERKUATKUASA 7 APRIL, 2016  Penyelarasan semula ini juga melibatkan Laluan 502 dan Laluan 541.  Kuala Lumpur, 6 April 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyelaraskan semula empat laluan bas bagi Koridor Sungai Besi untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi penumpang di kawasan yang terlibat.  Penyelarasan semula ini merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusan oleh Suruhanjaya untuk menstabilkan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (BNR).  Penyelarasan laluan ini dilakukan selepas penilaian SPAD terhadap pengendali bas, Metrobus yang gagal mematuhi piawaian minima yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya.  Laluan yang diselaraskan adalah seperti berikut:  1. Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh Nadi Putra. Waktu operasi bermula d...

Beli tiket secara online ketika musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan dan kesulitan - SPAD

Image
PENGGUNA BAS EKSPRES DINASIHATKAN MENDAPATKAN TIKET MELALUI SISTEM ATAS TALIAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL DAN HARI KRISMAS Kuala Lumpur, 22 Disember 2015: Pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang ingin menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM).  Bagi senarai portal dan laman sesawang syarikat-syarikat bas ekspres yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian, pengguna boleh melayari http://www.spad.gov.my/ms/tiketBE .  Bagi pengguna yang menuju ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling, mereka masih boleh membeli tiket secara atas talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian tersebut.  Pembelian tiket secara awal, menggunakan TVM di TBS-BTS dan secara atas talian...

Perpindahan Operasi Bas Ekspres Koridor Utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bandar Tasik Selatan

Image
Perpindahan Operasi Bas Ekspres Koridor Utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bandar Tasik Selatan, Berkuatkuasa November 1, 2015 Kuala Lumpur, 20 Oktober, 2015 –Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini mengumumkan perpindahan operasi Bas Ekspres Koridor Utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) berkuatkuasa 1 November, 2015. Ini merangkumi perjalanan ke negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Keputusan bagi perpindahan dari Pudu ke TBS dilakukan selepas perbincangan bersama pihak berkepentingan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan pihak Pengendali Bas yang terlibat. Selain daripada menawarkan keselamatan dan keselesaan yang lebih baik, perpindahan operasi ke TBS akan dapat mengekang aktiviti ulat tiket yang berleluasa di Pudu Sentral. Dengan perpindahan ini, sebanyak 545 dari 635 bas ekspres koridor utara yang beroperasi di Pudu Sentral akan dialihkan daripada pusat bandar.  Ini...

Stesen LRT Awan Besar akan mula beroperasi 31 Oktober ini.

Image
Gambar-gambar sekitar lawatan Pengerusi S.P.A.D, Tan Sri Syed Hamid Albar ketika melawat stesen LRT Awan Besar  yang akan mula beroperasi 31 Oktober ini. 8 Oktober 2015.