Posts

Showing posts with the label teksi motosikal

Lesen individu... hadiah raya 300 pemandu teksi daripada SPAD

Image
Seramai 300 pemandu teksi dan kereta sewa akan memyambut kedatangan Hari Raya dengan berlapang dada apabila mereka menerima lesen individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada satu majlis ringkas di ibupejabat suruhanya itu, Rabu. Pemandu-pemandu berkenaan adalah kumpulan kedua yang menerima lesen individu di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) setelah masing-masing telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang menyempurnakan majlis itu, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Katanya pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini. Menurutnya lagi, kumpulan...

Pengusaha teksi perlu terima e-hailing...

Image
Pengusaha dan pemandu teksi perlu berhenti merungut, sebaliknya menerima perubahan masa dan menggunakan teknologi seperti perkhidmatan e-hailing seperti yang dibuat oleh UBER dan Grabcar.   Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pihaknya menyedari ramai dalam kalangan pemandu teksi merungut apabila UBER dan Grabcar beroperasi kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, namun SPAD tidak boleh menghalang perkhidmatan berkenaan kerana ia mempunyai permintaan dan turut digunakan di beberapa negara maju lain.   Syed Hamid Albar berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu kepada 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka di Subang Jaya, Jumaat.   "Satu perkara yang kita tak dapat tahan ialah perubahan. Bila kita berdepan dengan perubahan kita sama ada boleh melihat dan merungut atau kita mengambil pendekatan untuk mencari ruang yang terbaik untuk mendapat faedah dari...

300 pemandu teksi dapat lesen individu

Image
Seramai 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka, menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pada Jumaat. Kumpulan penerima itu adalah sebahagian daripada 3.007 pemohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016 di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Kesemua 300 penerima Lesen Individu itu juga menerima geran tunai Kerajaan berjumlah RM5 ribu untuk membeli kenderaan baharu. Geran berkenaan adalah sebahagian daripada RM150 juta yang diperuntukkan Kerajaan dalam Bajet 2017. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pemberian lesen individu itu adalah salah satu langkah Kerajaan untuk membantu pemandu dan pengusaha teksi untuk keluar dari sistem pajak. "Saya harap dengan pemberian surat tawaran kelulusan ini, kita dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan berdaya saing pada ketika industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi ...

Kerajaan susun semula sistem lesen PSV

Image
Kerajaan akan meneliti untuk menyusun semula sistem lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) merangkumi aspek harga dan kaedah kelulusannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, harga PSV yang tinggi dan kaedah kelulusan agak rumit merupakan antara faktor menyebabkan kekurangan kapten bas ekspres yang menjadi salah satu penyumbang kepada terjadinya kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam itu. “Antara sebab lain adalah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka. “Semua perkara ini perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara,” katanya kepada pemberita dalam pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspres pada Isnin. Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkuta...

Kabinet setuju keputusan haramkan teksi motosikal

Image
Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal 'Dego Ride' di atas faktor keselamatan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya diminta  memberi penerangan kepada orang ramai tentang faktor perkhidmatan itu perlu dihentikan. "Kita tidak akan membenarkan perkhidmatan itu (Dego Ride) terus beroperasi dan saya harap mereka akan menghentikan perkhidmatan ini," katanya ketika ditemui pemberita di kementeriannya selepas menghadiri mesyuarat Kabinet, pada Rabu. Ditanya sama ada beliau sedia untuk bertemu dengan wakil syarikat Dego Ride, Tiong Lai berkata beliau terbuka untuk bertemu namun tetap dengan pendirian untuk mengharamkan perkhidmatan itu atas faktor keselamatan penumpang. Katanya, setakat ini tiada wakil Dego Ride berjumpa dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan saman yang dikeluarkan terhadap pemilik motosikal yang menyediakan perkhidmatan itu. "JPJ telah ...

Teksi motorsikal: Syed Hamid suka idea orang muda tapi...

Image
Teksi motosikal mungkin baru di Kuala Lumpur... tapi di Jakarta ia perkhidmatan yang sudah lama diperkenalkan, dikenali sebagai 'ojek' dan menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah untuk ke sana sini. Dalam kes di Malaysia, di mana perkhidmatan ini dipertikaikan samada ikut undang-undang atau tidak. Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengekang kegiatan teksi motosikal Dego Ride yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana masih tiada peruntukan undang-undang mengenainya. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penguasa perkhidmatan tersebut perlu lebih peka dan bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang lain kerana khidmat yang diberikan itu beroperasi tanpa lesen. "Dalam kes teksi motosikal ini, saya suka dengan kreativiti yang ditunjukkan dan mereka menyatakan bahawa ini (teksi motosikal) adalah untuk golongan pendapatan rendah dan idea itu datang dari golongan muda juga. "Ap...

Pengusaha teksi motosikal jangan cabar kerajaan... - Liow

Image
Pihak syarikat yang menjalankan perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride diingatkan untuk tidak mencabar kerajaan dengan mendakwa tiada peruntukkan undang-undang yang menghalang untuk menawarkan khidmat tersebut. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kerajaan mempunyai undang-undang khas terhadap pihak yang menjalankan Dego Ride. "Di bawah Akta Pengangkutan Seksyen 23 memperuntukkan lesen motorsikal tidak boleh membawa penumpang bagi tujuan komersial. "Selain itu, di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Seksyen 16 dan 47 turut memperuntukkan perkara yang sama dan kenderaan yang ingin dikomersialkan perlu mendapatkan lesen dari pihak SPAD," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan 1MOT Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada Isnin. Pada majlis yang sama Tiong Lai turut mengambil peluang meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama kakitangan keme...