Posts

Showing posts with the label lori tanah

Patuhi undang-undang ketika musim perayaan - SPAD

Image
SPAD MENGINGATKAN PENGENDALI SUPAYA MEMATUHI UNDANG-UNDANG SEMASA MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2017 – Sebagai inisiatif bagi memastikan keselamatan penumpang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan ketika perayaan Deepavali pada tahun ini. Suruhanjaya akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara intensif selama 10- hari bersama PDRM, JPJ, AADK, JKJR dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya dengan kerjasama pengendali, bermula daripada 12 Oktober sehingga 22 Oktober 2017. Ini termasuk operasi sepanjang 24-jam daripada 12 sehingga 14 Oktober, 17 sehingga 18 Oktober dan 21 sehingga 22 Oktober semasa pergerakan pengguna pengangkutan awam dijangkakan berada di tahap tertinggi. Hasil operasi yang dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017, 407 kesalahan telah dicatatkan, berbanding dengan 390 kesalahan pada 2016. Di antara aktiviti-aktiviti yang turut dilaksanakan dengan kerjasama polis dan penguatkuasa...

SPAD sedia lulus permohonan KTM tutup sebahagian landasan jika penuhi syarat

Image
Permohonan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk menaiktaraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) akan diluluskan jika ia dapat memberi jaminan keselamatan pengguna dan perkhidmatan tidak akan tergendala. "KTM hendaklah mengutamakan soal keselamatan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan sistem bagi KVDT. "Selain itu KTM harus memastikan kekerapan perkhidmatan tren antara-bandar setiap 15 minit pada waktu puncak tidak terjejas dengan kerja-kerja naiktaraf berkenaan," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. "Jarak kerja-kerja naik taraf itu akan membabitkan laluan sejauh 42 kilometer. Oleh itu kami boleh terima sekiranya perkhidmatan bukan waktu puncak akan terjejas daripada kebiasan setiap setengah jam kepada 45 minit. "Bagaimanapun KTM mesti memastikan perkhidmatan waktu puncak dikekalkan, iaitu setiap 15 minit,...

Perkhidmatan Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai Mula Beroperasi

Image
Bas henti-henti menghubungkan orang awam ketika perkhidmatan rel masih belum beroperasi 17 April 2015  – Berikutan perkhidmatan rel KTMB yang terjejas di Pantai Timur akibat banjir pada akhir tahun lalu, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (‘SKMK’) yang menggunakan jenama ‘CityLiner’ telah memulakan perkhidmatan bas berhenti-henti sejak 13 April, 2015 bagi membantu menghubungkan orang awam, termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai. Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama. Cityliner menyediakan 3 perjalanan sehari, daripada Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan dari Kuala Krai ke Dabong. CityLiner juga pada 14 April telah melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau operasi bas tersebut di Dabong. SPAD juga mendapatkan maklumbalas daripada pe...

Laluan Merah dan Biru Bas GO KL disusun semula demi keselesaan.

Image
PENAMBAHBAIKAN LALUAN MERAH DAN LALUAN BIRU BAGI PERKHIDMATAN BAS BANDAR GO KL KUALA LUMPUR: 23 September 2014  –Mulai 1hb Oktober 2014, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) akan menambahbaik Laluan Merah dan Laluan Biru perkhidmatan bas Bandar GO KL. Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas kedua-dua laluan ini semenjak mula beroperasi, S.P.A.D telah mengambil keputusan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan laluan Merah dan Biru ini demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan ke tahap yang optima. Langkah penambahbaikan ini merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, penambahan perkhidmatan ke destinasi tumpuan orang ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan pengguna Go KL. Untuk makluman, perkhidmatan bas Bandar GO KL ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Ogos 2012 dengan dua (2) laluan sahaja iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungu dan kemudiannya Laluan Merah dan Laluan biru pada...

Ops Hippo SPAD tahan 25 lori bawa lebih muatan.

Image
Awal pagi Jumaat, sementara peminat bolasepak di seluruh negara khusyuk menonton siaran langsung perlawanan pembukaan Piala Dunia, sekumpulan pemandu lori juga sibuk beroperasi di sekitar Puchong dengan membawa muatan lebih daripada had yang dibenarkan. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur ke tanah jua! Pemandu-pemandu lori berkenaan tidak menyedari ketika itu unit penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menjalankan Ops Hippo sekitar Puchong. Lantas 25 lori ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan. Daripada jumlah itu 12 lori didapati membawa lebih muatan, 12 mengubahsuai panel sisi dan sebuah kerana melakukan halangan jalanraya. Di badan lori jelas tertera berat yang dibenarkan adalah 30 tan, tetapi muatan yang dibawa melebihi antara 100 hingga 160 peratus! Ops Hippo itu diketuai oleh Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad yang dibantu oleh lapan pegawai dan 27 anggota. Ia bermula jam 4 pagi...