Posts

Showing posts from 2014

SPAD akan berusaha sambung semula perkhidmatan pengangkutan awam di laluan Pantai Timur

Image
SPAD AKAN BERUSAHA SAMBUNG SEMULA PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI LALUAN PANTAI TIMUR YANG TERGENDALA EKORAN BANJIR KUALA LUMPUR, 29 Disember 2014 -  Berikutan dengan bencana banjir yang telah melanda negara ini terutamanya di kawasan Pantai Timur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut  bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat.  Pada masa yang sama, SPAD akan terus berusaha untuk menyambungkan semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas bagi laluan Pantai Timur dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan. Sehingga kini, bencana banjir ini telah menyebabkan infrastruktur landasan keretapi mengalami kerosakan yang amat teruk.  Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan bila perkhidmatan tren KTMB di sektor Pantai Timur akan pulih seperti biasa disebabkan kerosakan infrastruktur yang terlibat masih belum dapat diakses sepenuhnya. SPAD dan pihak KTMB sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengenal pasti kerosakan yang berlaku dan seterus

SPAD tangkap 10 ulat bas dalam Ops Parasit/Serkap di Pudu Sentral.

Image
Sepuluh “ulat” yang cuba mendesak pelanggan membeli tiket bas berjaya ditahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Parasit/Serkap yang diadakan di Pudu Raya, bermula 10 pagi hingga lima petang, Rabu. Operasi berkenaan diketuai oleh Pengurus Besar Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, membabitkan 12 anggota dan seorang pegawai SPAD serta beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut Che Hasni, semua yang ditahan akan dakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM1 ribu dan tidak melebihi RM50 ribu atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. “Operasi ini diadakan memandangkan cuti panjang Krismas, SPAD mahu mempastikan tidak berlaku sebarang penipuan penjualan tiket. Kami juga mahu memastikan pengendali dan pemandu bas tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh APAD untuk memastikan keselamatan penumpang,” kata

Kenyataan SPAD mengenai Operasi Penguatkuasaan terhadap kenderaan persendirian yang menjalankan operasi UBER di Johor Bahru

Image
    JOHOR BAHRU (23 Disember 2014):  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan terhadap kenderaan persendirian yang menjalankan operasi UBER hari ini. Melalui operasi ini, S.P.A.D telah berjaya menahan lima (5) kenderaan milik individu yang akan dituduh di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Kenderaan yang ditahan ini telah disita dibawah Seksyen 80 & Seksyen 81 APAD. Untuk makluman, Operasi Penguatkuasaan ini telah dijalankan dikawasan tumpuan penumpang di sekitar Johor Bahru seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail, Legoland dan Pasir Gudang. S.P.A.D ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi Uber itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, kenderaan yang digunakan haruslah kenderaan yang berlesen. S.P.A.D. tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang serta syarat-syarat pelesenan pengendali terutamanya yang menggunakan kenderaan persendirian untuk menjalankan ope

Pencerahan Mengenai Isu-isu Yang Dibangkitkan Oleh PERS1M Kepada SPRM

Image
SIARAN MEDIA PENCERAHAN MENGENAI ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PERS1M KEPADA SPRM PADA 19 DISEMBER 2014 KUALA LUMPUR (20 Disember 2014) – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan oleh PERS1M kepada SPRM pada 19 Disember 2014. Antara isu yang telah dibangkitkan adalah mengenai hukuman penjara yang telah dikenakan terhadap pemandu teksi disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah dan mengenai pengunaan aplikasi UBER. SPAD dengan ini mahu menjelaskan sungguhpun Kad Pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang.  Ini ternyata dengan kaitan kes-kes jenayah yang melibatkan teksi, di mana pemandu teksi tidak dapat dikenalpasti kerana ketiadaan Kad Pemandu ketika penumpang menaiki kenderaan. Di dalam kes yang melibatkan empat (4) pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai Kad Pemandu, SPAD telah mengeluarkan kompaun pada asalnya,

SPAD teruskan Skim Insurans Murid Sekolah

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2014 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa murid-murid sekolah yang menaiki bas sekolah berdaftar, akan terus menikmati perlindungan Skim Insurans Murid Sekolah pada 2015.  Skim insurans ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa sesi pembentangan Bajet 2013 di mana kerajaan telah melantik SPAD sebagai agensi penyelaras skim ini. SPAD dalam kenyataan medianya hari ini mengatakan kerajaan telah meluluskan penerusan perlaksanaan skim insurans ini berdasarkan kepada keperluan dan sambutan baik oleh ibubapa, pengurusan sekolah dan pengusaha bas sekolah.  Skim insurans ini merupakan suatu langkah SPAD dalam mempertingkatkan perkhidmatan industri bas sekolah dan pada masa yang sama membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga. Untuk makluman juga, bantuan khas juga telah diberikan kepada pengusaha bas sekolah yang ingin menggantikan bas sekolah lama kepada bas baru melalui Skim Penggantian Bas Sekol

ETS ke Padang Besar siap tahun hadapan

Image
Kerja-kerja menyiapkan trek berganda untuk Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dari Ipoh hingga Padang Besar telah hampir siap dan dijangka akan beroperasi tahun hadapan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata, setelah projek ETS ke Padang Besar itu siap, tumpuan akan beralih pula ke laluan Gemas-Johor Bahru. Katanya SPAD juga sedang meninjau peluang meningkatkan kemudahan sedia ada dan memperluaskan perkhidmatan rel antara Pantai Timur dan Barat. "Jika kita lihat di bahagian Pantai Timur, trek Wakaf Baru-Gemas-Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan antara Timur ke Barat masih belum ada landasan-landasan baharu. "Ini adalah peluang-peluang baru yang boleh kita jadikan salah satu daripada penghubung di antara negeri dan bandar di dalam Malaysia samada di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak," katanya. Syed Hamid berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Simposium Pengangkutan Awa

Anugerah Pengangkutan Awam Darat - ERL dan Sani Express pengendali terbaik!

Image
Pengurusan yang cekap, menepati masa serta mengutamakan keselamatan dan keselesaan penumpang melayakkan Express Rail Link Berhad (ERL) menerima anugerah Pengendali Terbaik kategori Perkhidmatan Bandar dan Antarabandar sempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2014 pada Isnin. Kejayaan itu melayakkan ERL menerima piala dan sijil pengiktirafan dari pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dalam majlis gemilang yang diadakan di Kuala Lumpur. ERL mencatatkan markah tertinggi tahun ini di segi bilangan penumpang, ketepatan dan kebolehpercayaan. Perkhidmatan ERL Transit telah mencatatkan peningkatan 34.23 peratus di segi jumlah penumpang dibandingkan pada tahun lalu. Manakala ERL Express mencatatkan peningkatan 35.17 peratus. Di segi ketepatan masa ERL Transit mencatat 99.88 peratus dan ERL Express 99.89 peratus. Di segi kebolehpercayaan ERL Transit mencatatkan 97.86 peratus dan ERL Express 98.86 peratus. Sementara itu kategori bas ekspres dimenangi o

SPAD komited atasi masalah parkir lori, bas - Nancy

  Setiap permohonan bagi mendapatkan permit kenderaan barangan perlu disertakan cadangan kawasan parkir untuk mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).   Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata syarat itu bagi mengelak kenderaan barangan iaitu lori dan bas diletak di tempat yang tidak sepatutnya, khususnya kawasan perumahan.   Beliau berkata di pihak SPAD, suruhanjaya itu sentiasa berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewujudkan kawasan parkir atau terminal sementara bagi kenderaan terbabit. "Kawasan parkir ini tertakluk kepada tanggungjawab PBT. Sebab itu SPAD bincang dengan mereka untuk minta kawasan yang sesuai. Kita sedar agak sukar bila melibatkan kawasan perumahan sebab ada penduduk yang tidak akan setuju.   "Di sinilah penguatkuasaan perlu dilaksanakan dengan efektif," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin.

SPAD akan perkenal sistem kad prabayar untuk pengguna bas di lima negeri

     Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan sistem kad prabayar untuk perkhidmatan bas awam pada Mac tahun depan, kata Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar. Beliau berkata sebagai permulaan sistem itu akan dilaksanakan di lima ibu negeri iaitu Kuching, Sarawak; Kangar, Perlis; Seremban, Negeri Sembilan; Kuala Terengganu, Terengganu serta Ipoh, Perak. "Ini merupakan antara langkah kerajaan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam negara," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Terminal Bas Amanjaya di Ipoh, Jumaat. Bernama melaporkan Syed Hamid berkata tender hanya akan diberikan kepada perkhidmatan syarikat bas yang memiliki bas paling banyak di kawasan terlibat. "Tujuan kita gunakan sistem itu adalah untuk menjadikan perjalanan menggunakan pengangkutan awam lebih mudah kerana penumpang tidak perlu menukar wang kecil untuk membayar tambang bas," katanya. Syed Hamid berkata teknologi baharu diperlukan dalam

SPAD kemuka cadangan naik tambang pengangkutan awam

Image
Gambar Arkib Selepas desakan berbagai persatuan yang jaga kepentingan pengangkutan awam, pada Ahad Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya sudah kemuka cadangan kenaikan tambang kepada kerajaan. Menurutnya cadangan tersebut dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kadar tambang untuk pengangkutan awam darat. Jelas Syed Hamid kenaikan tambang adalah wajar. "Kita faham masalah yang dihadapi syarikat pengangkutan awam dan bersetuju terdapat keperluan untuk menaikkan kadar tambang termasuk untuk teksi. "Kajian semula mengenai kadar tambang baharu itu berada di peringkat akhir. Saya harap syarikat pengangkutan awam termasuk teksi boleh bersabar," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Pemandu Lori Berat Johor di Galeri Pameran Truck Nation Malaysia Sdn Bhd, di Johor Bahru Ahad. Sebelum ini lebih 200 pemandu teksi ulang alik JB-Singa

Malaysia bakal memuktamadkan projek 'bullet train' ke Singapura tahun depan

Malaysia akan mula memuktamadkan butiran projek Keretapi Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura suku pertama tahun depan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata demikian kepada wartawan Malaysia dan Singapura pada Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi 2014 di Tokyo pada Rabu. Persidangan itu diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-50 Tokaido Shinkansen atau 'bullet train'. "Berhubung dengan kajian kemungkinan, kami telah mengemukakannya kepada kerajaan dan mereka telah menerimanya. Ia akan dikemukakan kepada Perdana Menteri (Malaysia dan Singapura). "Dua jawatankuasa telahpun ditubuhkan - jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa bersama peringkat menteri," kata beliau. Singapura masih dalam proses menjalankan kajian kemungkinan dan dijangka menyiapkannya pada awal tahun depan. Syed Hamid berkata, kerajaan pada masa ini sedang membuat penilaian mengenai sistem Kereta Api Berkelajuan Ti