Posts

Showing posts with the label syed hamid

Terima Kasih Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar

Image
SPAD MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA YBHG TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR ATAS SUMBANGAN DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM DARAT Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Anggota Suruhanjaya, pengurusan dan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, atas kepimpinan beliau selama tujuh tahun yang telah menjadikan SPAD sebagai agensi utama bagi menyelaraskan perancangan pengangkutan awam darat. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar bersara sebagai Pengerusi berkuatkuasa pada 3 Jun 2017. Sejak pelantikan beliau oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai Pengerusi SPAD pada Jun 2010, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menerajui perjalanan SPAD bagi melaksanakan transformasi di dalam industri pengangkutan awam darat, satu agenda kritikal di bawah Program Transformasi Nasional. Di bawah kepimpinan beliau, SPAD telah berja...

Pengusaha teksi perlu terima e-hailing...

Image
Pengusaha dan pemandu teksi perlu berhenti merungut, sebaliknya menerima perubahan masa dan menggunakan teknologi seperti perkhidmatan e-hailing seperti yang dibuat oleh UBER dan Grabcar.   Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pihaknya menyedari ramai dalam kalangan pemandu teksi merungut apabila UBER dan Grabcar beroperasi kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, namun SPAD tidak boleh menghalang perkhidmatan berkenaan kerana ia mempunyai permintaan dan turut digunakan di beberapa negara maju lain.   Syed Hamid Albar berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu kepada 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka di Subang Jaya, Jumaat.   "Satu perkara yang kita tak dapat tahan ialah perubahan. Bila kita berdepan dengan perubahan kita sama ada boleh melihat dan merungut atau kita mengambil pendekatan untuk mencari ruang yang terbaik untuk mendapat faedah dari...

Jangan politikkan projek ECRL kerana ia untuk kebaikan negara dan keselesaan rakyat - PM

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta supaya Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak dipolitikkan kerana ia adalah untuk kebaikan negara dan keselesaan rakyat.   Malah katanya ECRL juga selain menguntungkan negara boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan ekonomi serta mengubah kehidupan dan taraf hidup penduduk di negeri-negeri Pantai Timur.   "Saya musykil bila projek ini begitu menguntungkan negara khususnya negeri-negeri Pantai Timur, dan diakui boleh menjadi "game-changer", boleh mengubah gaya hidup kita menjadi lebih moden, lebih progresif, tapi ada pula orang yang cuba menidakkan usaha ini kononnya kita menjual kedaulatan negara.   "Memang kita buat hubungan dengan China dengan mendapat pinjaman dari Exim Bank. Dengan China juga kita wujudkan kerjasama antarabangsa. Sudah tentu ia mengukuhkan hubungan antara negara.   "Projek ini sebagai pemangkin mengubah cara hidup kita. Bila masa pengangkutan rel bermaksud ju...

Kerajaan susun semula sistem lesen PSV

Image
Kerajaan akan meneliti untuk menyusun semula sistem lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) merangkumi aspek harga dan kaedah kelulusannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, harga PSV yang tinggi dan kaedah kelulusan agak rumit merupakan antara faktor menyebabkan kekurangan kapten bas ekspres yang menjadi salah satu penyumbang kepada terjadinya kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam itu. “Antara sebab lain adalah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka. “Semua perkara ini perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara,” katanya kepada pemberita dalam pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspres pada Isnin. Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkuta...

Isu tambang teksi RM800, SPAD akan siasat dan bertindak tegas dalam hal ini

Image
MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA  Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara.  Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.  SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.  Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan. ...

Percepatkan kerja baikpulih landasan - SPAD

Image
SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MEMPERCEPATKAN KERJA BAIK PULIH BAGI MEMASTIKAN SERVIS KEMBALI DI SEKTOR UTARA DAN SELATAN 28 Oktober 2016, Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi arahan kepada KTMB untuk mempercepatkan kerja baik pulih kerosakkan landasan kereta api berikutan insiden kemalangan tren kargo yang yang telah tergelincir di km 200.332 berdekatan Stesen Batu Gajah pada jam 3.15 pagi hari ini.  Walaupun KTMB telah menyediakan perkhidmatan bas pengantara yang secukupnya untuk tujuan pemindahan penumpang antara stesen Kampar – Ipoh – Kampar dan seterusnya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, namun memandangkan ini adalah musim cuti perayaan Deepavali, KTMB telah diarahkan untuk berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan gerabak kereta api yang tergelincir dan mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera bagi membolehkan perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa.  SPAD juga telah mengarahkan KTMB unt...

Selepas 6 tahun...PM cerita sebab pilih Syed Hamid jadi Pengerusi SPAD

Image
Pada Jun 2010, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), terdengar juga sosak-sosek dari pihak tertentu yang tidak puashati. Sehingga kini masih ada yang mempertikaikan kononnya Syed Hamid tidak layak memegang jawatan itu dan tak kurang juga ada yang mendesaknya supaya meletak jawatan. Tetapi ketika merasmikan Pameran dan Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin, Perdana Menteri telah mendedahkan mengapa Syed Hamid menjadi pilihannya. "Idea menubuhkan SPAD berdasarkan bancian oleh PEMANDU yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala di mana kita mahu mengenalpasti bidang yang rakyat mahu kerajaan berikan fokus. "Antara enam bidang yang dikenalpasti, pengangkutan awam yang paling mendapat perhatian. Rakat mahukan sistem pengangkutan yang boleh diharap dan dipercayai. "Bila say...

Naik 'bullet train' di KLCC... Sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam

Image
Teringin nak merasai pengalaman menaiki keretapi laju atau 'bullet train'? Jika ya, anda tidak boleh melepaskan peluang pergi ke Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2016 kerana terdapat pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk simulator keretapi laju. Simposium LPT 2016  kali kelima ini bertemakan “Public Transport: Transforming the Nation” akan disempurnakan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Selain merasai pengalaman menaiki keretapi laju, pengunjung juga dapat melihat bahan pameran interaktif yang telah disediakan mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat. Pameran ini akan mengilustrasikan sedikit sebanyak sejarah serta kesalinghubungan masa kini dan perancangan masa depan di Malaysia. Pameran kerjaya turut diadakan kepada para pengunjung bagi mempamerkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket...

11 Program Untuk Majukan Industri Teksi

Image
SPAD MEMPERKENALKAN PERANCANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN INDUSTRI TEKSI Kerajaan meluluskan pelan pembaharuan untuk mengawal selia ‘e-hailing’ dan menyediakan teksi yang sedia dengan ruang untuk berkembang dan kekal mampan di dalam era persaingan terkini KUALA LUMPUR (16 OGOS 2016) - Kabinet telah meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang menggunakan pendekatan inklusif dan menyeluruh untuk menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri dengan memperkenalkan pembaharuan bagi seluruh industri yang bertujuan mewujudkan persekitaran industri yang adil bagi pemandu, pengendali dan pengguna. TITP berasaskan empat (4) prinsip utama, iaitu: memanfaatkan penggunaan teknologi, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi; meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu dan menyemak semula kadar tambang teksi; ini akan dilaksanakan melalui sebelas (11) program. Pembaharuan yang telah diluluskan oleh Kerajaan, menunjukkan arah tuju masa hadapan bagi industri t...

Malaysia-Singapura tandangani MoU projek HSR

Image
Bayangkan - dalam masa 10 tahun lagi, tak mustahil kita bersarapan di Kuala Lumpur, makan tengahari di Singapura dan sempat kembali untuk makan malam di Kuala Lumpur! Itulah yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas menyaksikan majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Putrajaya, Selasa. Turut bersama menjadi saksi ialah rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong. Menandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras Infrastruktur dan juga Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Hwan. Dalam ucapannya, Najib berkata,  termeterainya MoU itu membuktikan kesungguhan kedua-dua negara untuk menjadikan projek berkenaan satu kenyataan dan pada masa yang sama memperatkan hubungan. Najib berkata, MoU itu akan dijadikan garis panduan untuk Perjanjian Dua Hala yang sah antara kedua-dua...

Syed Hamid - bukan SPAD yang sebabkan kemalangan

Image
Setiap kali berlaku kemalangan yang membabitkan bas, pasti ada pihak-pihak tertentu yang menyalahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sekali dua, kira okaylah. Tetapi kalau selalu sangat berlaku, kalau kita berada di  kerusi Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, kita pun akan berasa rimas. Pengerusi SPAD itu pun merasa musykil di mana logiknya apabila berlaku kemalangan, SPAD dipersalahkan sehinggakan ada pihak mendesak supaya suruhanjaya itu diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). "Saya lihat banyak sangat spekulasi. Ada orang bila berlaku kemalangan, salahkan SPAD. Kita nak memperbaiki sistem pengangkutan awam darat. "Adalah lebih baik kita tumpukan kepada masalah sebenar sama ada SPAD di bawah bidang kuasa siapa atau masalah kemalangan yang berlaku. Adakah kemalangan itu disebabkan kegagalan SPAD? "Saya fikir ini bukan isunya. Nak letak bawah siapa pun terpulang kepada Kerajaan. Bukan SPAD yang menentukan kita patut berada di bawah siapa....

Isu Uber...Pemandu teksi jangan bertindak sesuka hati - SPAD

Image
Pemandu teksi dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri dan bertindak di luar batasan terutama berkaitan UBER.   Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pihaknya sedang mencari cara terbaik untuk menyelesaikan persengketaan antara pemandu teksi dan UBER.   "Sebagai rakyat Malaysia yang dikenali kerana pelbagai bangsa boleh hidup aman damai, kita tidak boleh sesuka hati mengambil tindakan," katanya kepada wartawan selepas majlis berbuka puasa SPAD di Kuala Lumpur, Khamis.   Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden sekumpulan 50 lelaki dipercayai pemandu teksi yang bertindak keterlaluan dengan menyerang beberapa orang pengguna perkhidmatan UBER, termasuk pelancong, di KL Sentral baru-baru ini.   Beliau berkata pemandu teksi tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana ia akan menjejaskan perkhidmatan mereka.   "Kejadian itu membabit...

Penambahbaikkan Laluan Bas di Sekitar Sungai Besi berkuatkuasa 7 April 2016

Image
PENYELARASAN SEMULA LALUAN BAS 501, 540, 570 DAN T571 DI BAWAH BNR BAGI KORIDOR SUNGAI BESI BERKUATKUASA 7 APRIL, 2016  Penyelarasan semula ini juga melibatkan Laluan 502 dan Laluan 541.  Kuala Lumpur, 6 April 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyelaraskan semula empat laluan bas bagi Koridor Sungai Besi untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi penumpang di kawasan yang terlibat.  Penyelarasan semula ini merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusan oleh Suruhanjaya untuk menstabilkan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (BNR).  Penyelarasan laluan ini dilakukan selepas penilaian SPAD terhadap pengendali bas, Metrobus yang gagal mematuhi piawaian minima yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya.  Laluan yang diselaraskan adalah seperti berikut:  1. Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh Nadi Putra. Waktu operasi bermula d...

SPAD MEMBERI MAKLUM BALAS BERIKUTAN DEMONSTRASI PEMANDU TEKSI DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Image
Kuala Lumpur, 29 Mac 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima laporan berkaitan demonstrasi oleh pemandu teksi di sekitar kawasan Bukit Bintang yang mahukan aplikasi Uber dan GrabCar diharamkan.  SPAD sehubungan itu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan bagi mengawal keadaan serta mengurangkan kesulitan yang dialami oleh orang awam.  Kenderaan yang digunakan oleh aplikasi Uber dan GrabCar tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa seperti SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Suruhanjaya sedang mengambil langkah bagi memastikan aplikasi seperti Uber dan GrabCar dapat dikawal selia di bawah undang-undang dan tidak mengugat industri teksi yang sedia ada. Namun begitu, usaha tersebut memerlukan masa.  Suruhanjaya prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi dan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai bagi ...

SPAD sedia lulus permohonan KTM tutup sebahagian landasan jika penuhi syarat

Image
Permohonan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk menaiktaraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) akan diluluskan jika ia dapat memberi jaminan keselamatan pengguna dan perkhidmatan tidak akan tergendala. "KTM hendaklah mengutamakan soal keselamatan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan sistem bagi KVDT. "Selain itu KTM harus memastikan kekerapan perkhidmatan tren antara-bandar setiap 15 minit pada waktu puncak tidak terjejas dengan kerja-kerja naiktaraf berkenaan," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. "Jarak kerja-kerja naik taraf itu akan membabitkan laluan sejauh 42 kilometer. Oleh itu kami boleh terima sekiranya perkhidmatan bukan waktu puncak akan terjejas daripada kebiasan setiap setengah jam kepada 45 minit. "Bagaimanapun KTM mesti memastikan perkhidmatan waktu puncak dikekalkan, iaitu setiap 15 minit,...

1 April - MyBAS akan mula beroperasi di Perak

Image
Mulai 1 April ini rakyat Perak boleh menikmati perkhidmatan bas henti-henti baru yang lebih selesa dan canggih apabila myBAS mula operasi di beberapa kawasan di negeri itu. "Perkhidmatan di bawah jenama myBAS ini akan menawarkan pengangkutan awam yang lebih bersepadu, liputan rangkaian laluan yang lebih baik, laluan baharu serta perkhidmatan yang boleh dipercayai," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara SPAD dengan The Combined Bus Services Sdn Bhd (TCBS). Syed Hamid berkata myBAS adalah sebahagian daripada program Transfornasi Perkhidmatan Henti-Henti (SBST) yang dibiaya oleh Kerajaan. Pada majlis menandatangi perjanjian itu, SPAD diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah dan TCBS diwakili Pengarah Urusan, Dato Seri Cheong Fong Fitt. Syed Hamid menjadi saksi bagi pihak SPAD manakala TCBS diwakili Pengarah Ek...