Posts

Showing posts with the label meter

Usaha S.P.A.D Diiktiraf

Image
LAND PUBLIC TRANSPORT COMMISSION RECOGNISED BY INTERNATIONAL ASSOCIATION OF TRANSPORTATION REGULATORS Mr Matthew Daus of IATR (left) presenting the award to SPAD CEO Encik Mohd Azharuddin Mat Sah KUALA LUMPUR, 26 OCTOBER, 2017: The Land Public Transport Commission (SPAD) has been honoured with the first ever International Best Practices Award for Transportation Innovation, Reform, and Multi-Modal Planning by the International Association of Transportation Regulators (IATR). Into its 30th year, International Association of Transportation Regulators ("IATR"), is a nonprofit educational and advocacy organisation dedicated to improving the practice of licensing, enforcement and administration of transportation through the sharing of information and resources. The award was presented by Matthew Daus, board member of US-based IATR, to SPAD CEO, Mohd Azharuddin Mat Sah at the sidelines of the Land Public Transport Symposium 2017 here on Monday (October 23). In the cit...

Pengusaha teksi perlu terima e-hailing...

Image
Pengusaha dan pemandu teksi perlu berhenti merungut, sebaliknya menerima perubahan masa dan menggunakan teknologi seperti perkhidmatan e-hailing seperti yang dibuat oleh UBER dan Grabcar.   Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pihaknya menyedari ramai dalam kalangan pemandu teksi merungut apabila UBER dan Grabcar beroperasi kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, namun SPAD tidak boleh menghalang perkhidmatan berkenaan kerana ia mempunyai permintaan dan turut digunakan di beberapa negara maju lain.   Syed Hamid Albar berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu kepada 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka di Subang Jaya, Jumaat.   "Satu perkara yang kita tak dapat tahan ialah perubahan. Bila kita berdepan dengan perubahan kita sama ada boleh melihat dan merungut atau kita mengambil pendekatan untuk mencari ruang yang terbaik untuk mendapat faedah dari...

Undang-undang berkaitan E-Hailing akan dipinda demi masa depan.

TINDAKAN SEDANG DIAMBIL UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI MENGAWAL SELIA APLIKASI E-HAILING Kuala Lumpur, 18 November 2016 – Dalam usaha melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi (TITP), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model Pajak. Sejak 1 September 2016, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif ini terus mendapat sambutan baik daripada pemandu teksi kerana ianya memberikan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa hadapan.  Bagi aplikasi e-hailing, Suruhanjaya telah mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan. Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada Kabinet sebelu...

Syed Hamid - bukan SPAD yang sebabkan kemalangan

Image
Setiap kali berlaku kemalangan yang membabitkan bas, pasti ada pihak-pihak tertentu yang menyalahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sekali dua, kira okaylah. Tetapi kalau selalu sangat berlaku, kalau kita berada di  kerusi Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, kita pun akan berasa rimas. Pengerusi SPAD itu pun merasa musykil di mana logiknya apabila berlaku kemalangan, SPAD dipersalahkan sehinggakan ada pihak mendesak supaya suruhanjaya itu diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). "Saya lihat banyak sangat spekulasi. Ada orang bila berlaku kemalangan, salahkan SPAD. Kita nak memperbaiki sistem pengangkutan awam darat. "Adalah lebih baik kita tumpukan kepada masalah sebenar sama ada SPAD di bawah bidang kuasa siapa atau masalah kemalangan yang berlaku. Adakah kemalangan itu disebabkan kegagalan SPAD? "Saya fikir ini bukan isunya. Nak letak bawah siapa pun terpulang kepada Kerajaan. Bukan SPAD yang menentukan kita patut berada di bawah siapa....

SPAD MEMBERI MAKLUM BALAS BERIKUTAN DEMONSTRASI PEMANDU TEKSI DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Image
Kuala Lumpur, 29 Mac 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima laporan berkaitan demonstrasi oleh pemandu teksi di sekitar kawasan Bukit Bintang yang mahukan aplikasi Uber dan GrabCar diharamkan.  SPAD sehubungan itu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan bagi mengawal keadaan serta mengurangkan kesulitan yang dialami oleh orang awam.  Kenderaan yang digunakan oleh aplikasi Uber dan GrabCar tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa seperti SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Suruhanjaya sedang mengambil langkah bagi memastikan aplikasi seperti Uber dan GrabCar dapat dikawal selia di bawah undang-undang dan tidak mengugat industri teksi yang sedia ada. Namun begitu, usaha tersebut memerlukan masa.  Suruhanjaya prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi dan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai bagi ...

PM lanjutkan kontrak Syed Hamid sebagai pengerusi SPAD

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melanjutkan kontrak Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tempoh dua tahun lagi, berkuatkuasa 4 Jun, 2015. Lanjutan kontrak itu memberi lebih masa kepada Syed Hamid untuk meneruskan usahanya mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat di negara ini. Menurut kenyataan yang disebarkan kepada media, ini adalah kali kedua kontrak Syed Hamid dilanjutkan sejak dia dilantik sebagai pengerusi suruhanjaya itu sebaik penubuhannya pada 3 Jun, 2010.

SPAD perkenal aplikasi MeterON tingkat mutu perkhidmatan teksi

Image
Dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Rabu melancarkan aplikasi "Meter On". Aplikasi Meter On sesuai digunakan untuk telefon bimbit Android dan iOS dan boleh dimuat-turun menerusi Google Play secara percuma. Aplikasi Meter On dilengkapi enam ciri utama, iaitu pengesahan pemandu, penjejak perjalanan, anggaran tambang, penilaian pemandu, isyarat kecemasan (SOS) dan maklum balas/aduan. Setakat ini lebih 50 ribu teksi di seluruh Semenanjung telah berdaftar dalam data aplikasi Meter On ini. Pelancaran Meter On disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Kamal, Ketua Pegawai Operasi, Halim Husain dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad. Menurut Syed Hamid, ciri pengesahan pemandu dalam aplikasi Meter On boleh memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. "Pengguna boleh membuat pemeriksaan sendiri samada pemandu t...

Kami bukan alien!... Kami rakyat Malaysia – keluhan pemandu teksi

Image
Amran Jan, Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB)  Sebelum ini Persatuan Transformasi Teksi Malaysia (PERSIM) dan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) seringkali tidak sebulu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Apa sahaja yang dilakukan oleh SPAD seringkali tidak kena pada mata mereka. Tetapi apabila kabinet memutuskan untuk menanggguhkan kenaikan kadar tambang baharu teksi, kedua-dua organisasi ini telah bersatu hati menyuarakan sokongan kepada suruhanjaya berkenaan setelah menyedari tidak ada pihak yang mengambilberat masalah mereka. Pagi Ahad mereka mengadakan sidang media di Kuala Lumpur untuk menyuarkan rasa tidak puashati dengan keputusan kabinet menangguhkan kenaikan kadar tambang itu dan mempertahankan SPAD. Kira-kira 80 pemandu teksi berdaftar dari seluruh Kuala Lumpur dan Selangor hadir memberi sokongan pada sidang media itu. “Saya berpendapat sebenarnya kadar kenaikan tambang ini perlu dikekalkan. Hampir enam tahun k...

Taxi Fare Revision Due to Overall Cost's Demand

Image

Tambang teksi dan bas ekspres naik

Image
Setelah kali terakhir semakan dibuat pada tahun 2009...tambang teksi naik mulai hari ini manakala bas ekspres pula akan berkuatkusa pada 15 Mei. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang mengumumkan kadar baru itu dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Khamis, berkata ini berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans. "Setakat hari ini kos penyelenggaraan teksi dan bas telah meningkat 33% di mana NGV sahaja naik 11.3%. Kita juga kena mengambilkira susut nilai dan kenaikan gaji," katanya. "SPAD mahu mengimbangi tambang teksi dengan koa penyelenggaraan serta keseimbangan antara kebajikan penumpang dan kesan ekonomi kepada pengendali teksi. "Keputusan ini bukan dibuat semalam tetapi setelah melalui proses interaksi bersama kumpulan sasaran selama beberapa tahun iaitu pengendali teksi, pemandu teksi dan pengguna. Syed Hamid menegaskan perubahan tambang teksi ini hanya menyentuh kadar ja...

Hukuman pada teksi sapu lebih dahsyat!

Image
   Awas pemandu teksi sapu! Jika tertangkap dalam operasi yang dijalankan oleh unit penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), anda bukan sahaja dikenakan denda, tetapi kenderaan anda juga mungkin akan dilucut hak!   Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata, pemandu teksi sapu boleh dicaj di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi  RM10 ribu atau penjara tiak lebih setahun. SPAD juga boleh memohon kepada mahkamah supaya kenderaan itu dilucut hak.  Che Hasni berkata demikian kepada pemberita selepas tamat Operasi Teksi Tak Guna Meter (Ops TGM) di perkarangan Stadium Merdeka, pada Rabu.  Dalam operasi itu, unit beliau telah menyita 25 buah teksi.  Daripada jumlah itu, terdapat sebuah teksi sapu yang menukar permit teksinya yang sudah mati tukar menjadi teksi sapu, serta dua teksi lagi disita kerana pemandu-pemandunya ...

SPAD umum kenaikan tambang teksi pada Khamis

Image
Pemandu dan pengusaha teksi bakal tersenyum lebar apabila penantian dan kesabaran mereka selama lima tahun bakal membuahkan hasil. Ini kerana pagi Khamis ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijangka akan mengumumkan kenaikan kadar baru tambang teksi, setelah hampir dua tahun membuat kajian dan mengumpul maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan. Sejak dua tahun lalu persatuan-persatuan teksi dan SPAD mengadakan rundingan demi rundingan mengenai kadar baharu tambang teksi. Beberapa cadangan dikemukakan oleh pengendali teksi diikuti beberapa cadangan balas dari SPAD. Dengar cerita SPAD akhirnya bersetuju mengambil jalan tengah yang dirasakan dapat menghasilkan situasi menang-menang. Pada ketika pengusaha dan pemandu teksi tersenyum lebar mendengar berita ini,  mungkin ada juga beberapa pihak yang tidak senang hati. Tetapi pihak-pihak ini perlu ingat bahawa pemandu dan pengendali teksi juga adalah rakyat dan mempunyai hak yang sama dengan pengguna teksi. ...