Isu Uber...Pemandu teksi jangan bertindak sesuka hati - SPAD
Pemandu teksi dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri dan bertindak di luar batasan terutama berkaitan UBER. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pihaknya sedang mencari cara terbaik untuk menyelesaikan persengketaan antara pemandu teksi dan UBER. "Sebagai rakyat Malaysia yang dikenali kerana pelbagai bangsa boleh hidup aman damai, kita tidak boleh sesuka hati mengambil tindakan," katanya kepada wartawan selepas majlis berbuka puasa SPAD di Kuala Lumpur, Khamis. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden sekumpulan 50 lelaki dipercayai pemandu teksi yang bertindak keterlaluan dengan menyerang beberapa orang pengguna perkhidmatan UBER, termasuk pelancong, di KL Sentral baru-baru ini. Beliau berkata pemandu teksi tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana ia akan menjejaskan perkhidmatan mereka. "Kejadian itu membabit...