Posts

Showing posts with the label bajet2016

Projek KVDT sudah 28 peratus dan siap 2019

Image
Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah mencapai 28 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.   Projek yang membabitkan kos RM1.4 billion itu telah bermula sejak pertengahan tahun lalu membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.   Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.   Azharuddin berkata demikian pada sidang media di tapak projek di Rawang, Selangor, Jumaat.   Menurut Azharuddin lagi, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana beberapa faktor, dia yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.   "Memang ada tergendala seketika kerana faktor cuaca dan teknikal tetapi saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastruc...

SPAD perkenal CTSS pantau pengagihan dan prestasi teksi

Image
*Gambar arkib Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati hanya 27% daripada jumlah teksi yang sedia ada, mempunyai sambungan melalui aplikasi tempahan teksi. Bagi mengisi kekurangan itu, SPAD akan melaksanakan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) yang berfungsi sebagai pusat bagi memantau pengagihan dan prestasi teksi. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menerusi kenyataannya kepada media, berkata CTSS akan diintegrasikan dengan sistem tempahan bagi meningkatkan mutu perjalanan yang dialami penumpang. "Dengan adanya pemadanan pelanggan dan pendapatan yang lebih baik ini, kami percaya pemandu teksi dapat memberikan perkhidmatan yang lebih menguntungkan pengguna," katanya Menurut Syed Hamid, SPAD telah melalukan pelbagai usaha bagi mengubah industri teksi Malaysia yang dikelolakan oleh kementerian-kementerian berlainan. Pada masa yang sama, katanya terdapat banyak negara yang mengamalkan kedua-dua sistem teksi di bawah pemilikan individu dan syarikat. ...

Ulasan Bajet 2016 S.P.A.D.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Bajet 2016 merupakan belanjawan yang menyeluruh yang akan memacu pertumbuhan negara menuju ke arah wawasan 2020. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat berbesar hati dengan komitmen berterusan Kerajaan bagi mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang dan seluruh negara. Dengan peruntukan yang signifikan bagi pembangunan sistem pengangkutan awam, terutamanya rel dan rangkaian bas, SPAD mampu meneruskan usaha di dalam membangunkan inisiatif-inisiatif utama sepertimana digariskan di dalam Rangka Kerja Nasional Pengangkutan Awam Darat (NLPTMP).  Kami teruja, terutamanya di dalam peruntukan sebanyak RM67 juta bagi operasi bas di kawasan luar bandar dan RM1 billion bagi Bas Rapid Transit (BRT) di Kota Kinabalu, serta peruntukan RM1.5 billion bagi BRT laluan KL-Klang. Sementara itu, MRT 1 & 2, LRT3 dan juga Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura akan meningkatkan salinghubun...