Posts

Showing posts from November, 2016

Undang-undang berkaitan E-Hailing akan dipinda demi masa depan.

TINDAKAN SEDANG DIAMBIL UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI MENGAWAL SELIA APLIKASI E-HAILING Kuala Lumpur, 18 November 2016 – Dalam usaha melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi (TITP), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model Pajak. Sejak 1 September 2016, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif ini terus mendapat sambutan baik daripada pemandu teksi kerana ianya memberikan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa hadapan.  Bagi aplikasi e-hailing, Suruhanjaya telah mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan. Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum di