Posts

Showing posts with the label SPAD

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

Image
MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGAMBILAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA 15 April 2018 – Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pemandu teksi terhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada 13 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka. Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di dalam lampiran di bawah. Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak. Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai...

Pemandu teksi pula dapat durian runtuh dari PM…

Image
Seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara dapat khabar gembira dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau mengumumkan pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang bernilai RM800. Ia merupakan kad prabayar yang boleh diguna untuk membeli petrol dan NGV Petronas. Pengumuman itu dibuat dalam himpunan bersama 10,000 warga teksi di MAEPS, Serdang pada Jumaat. Najib memberitahu pemberian kad berkenaan melibatkan dana RM53.6 juta. Kad berkenaan juga membolehkan mereka mendapat kemudahan lain di bawah program kesetiaan Mesra (Petronas) termasuk pelindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM50 ribu. "Saya percaya dengan penggunaan kad ini pemandu teksi dapat mengurangkan kos operasi harian, dan dengan itu meningkatkan pendapatan" katanya. Satu lagi berita gembira yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada majlis itu ialah pemandu teksi yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi gagal kerana berdaftar sebagai pemilik s...

Handal Indah akan kedalikan myBAS Johor Bahru

Image
SPAD MEMETERAI KONTRAK myBAS JOHOR BAHRU 11 April 2018, Johor Bahru – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah memeterai kontrak bersama Handal Indah Sdn Bhd (Handal Indah) yang menandakan pra-pelancaran perkhidmatan myBAS Johor Bahru di bawah program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST). Kontrak tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi SPAD, Puan Qamar Wan Noor, dan Pengarah Urusan Handal Indah, En. Lim Han Weng. Pemeteraian kontrak tersebut telah disaksikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Sri Mohamed Khaled Nordin dan Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Isa Abdul Samad. Perkhidmatan myBAS di Johor Bahru akan memperkenalkan 27 laluan utama dan perantara yang mencecah jarak perjalanan 16.8 juta kilometer setahun, dengan kekerapan setiap 20 minit berbanding kekerapan setiap 30 minit sebelum ini. Ini akan membolehkan pengguna di Johor Bahru dan kawasan sekitar untuk menikmati perkhidmatan bas yang boleh dipercayai dan se...

Hak Pengguinan Tetap Menjadi Keutamaan SPAD

Image
KUALA LUMPUR, 27 MAC, 2018 – Pendirian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara. Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara. Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil. Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (...

Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu dilaksanakan lebih awal daripada jangkaan.

Image
Bagi mendapatkan maklumat terkini yang lebih terperinci mengenai perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu, orang ramai boleh melayari www.maralinergroup.my atau melalui Facebook.com/MARALinerSdnBhd atau Twitter @MaralinerGroup.

Laluan MYBAS Ipoh disusun semula demi keselesaan pengguna

Image
Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan myBAS Ipoh orang ramai boleh menghubungi pengendali Perak Transit ( peraktransit.com.my ) di talian 05-545 5318 atau emel kepada enquiry@peraktransit.com.my atau layari laman Facebook www.facebook.com/PerakTransit/ .

Malaysia bakal ada perkhidmatan tram…di Putrajaya,Bangi dan Kajang

Image
Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang bakal dilengkapi dengan sistem perkhidmatan tram dalam jangkamasa tiga tahun akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata pihaknya akan mengemukakan Permohonan Cadangan (RFP) kepada kerajaan tidak lama lagi. "Sistem pengangkutan ini lebih cekap dan mesra alam sekitar. Kos pembinaannya pula 30 peratus lebih murah berbanding perkhidmatan monorel. "RFP bagi projek berkenaan dijangka siap antara tiga dan enam bulan. Manakala projek ini akan mengambil masa tiga tahun untuk dilaksanakan," katanya. Menurutnya, sistem tram yang bakal digunakan adalah lebih baharu, moden dan senyap daripada yang terdapat di Amerika Syarikat, Taiwan, China dan Eropah. Katanya fasa pertama tram berkenaan sejauh 53 kilometer akan meliputi Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang. Sistem itu akan bersalinghubung dengan sistem LRT, MRT, Monorel, ERL dan HSR. Mohd Azharuddin berkata ...

Perkhidmatan rel bandar semakin popular

Image
Nampaknya segala usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengembangkan rangkaian pengangkutan awam darat di Lembah Kelang telah menerima sambutan positif daripada rakyat. Jumlah penumpang harian bagi pengangkutan rel dan bas di Lembah Kelang pada tahun lalu berjumlah 1,206,111, meningkat 3.7 peratus daripada tahun 2016, iaitu 1,162,717. Jumlah penumpang harian bagi pengangkutan rel bandar pada tahun lalu mencatatkan peningkatan 7.5 peratus, iaitu 694,057 berbanding 645,601 pada 2016. Faktor utama peningkatan ini ialah pembukaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah mengumumkan demikian pada majlis taklimat kepada media di Kuala Lumpur, Selasa. Beliau berkata, jumlah penumpang harian perkhidmatan KTM Komuter bagaimanapun menurun 14.5 peratus disebabkan kerja-kerja pembaikpulihan trek berganda Lembah Klang (KVDT). Begitu juga jumlah penumpang harian mono...

KTMB, SPAD teliti tata cara operasi koc wanita

Image
Pelekat menandakan koc wanita ketika tinjauan lelaki duduk di koc khas wanita dalam KTM komuter di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.  - UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA KUALA LUMPUR 23 Feb. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang meneliti semula tata cara pengoperasian koc wanita dalam perkhidmatan KTM-Komuter bagi memastikan penggunaan kemudahan itu dapat dikhaskan untuk wanita sahaja. Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, usaha menangani isu pencerobohan koc wanita melalui usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai etika penggunaan koc berkenaan dimulakan sejak Khamis lalu melibatkan polis bantuan KTMB dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). “Selain penguatkuasaan, kami menyeru orang ramai supaya lebih sensitif dengan saling memperingati antara satu sama lain tentang kepentingan koc itu untuk keselesaan kaum wanita. Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan pencerobohan koc wanita perkhidmatan KTMB oleh pengg...

Sultan Johor perkenan jambatan lurus JB-Singapura untuk projek RTS

Image
Sultan Johor telah beri perkenan baginda bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus ke Woodlands,Singapura untuk projek Rapid Transit System (RTS) Link.   Baginda beri perkenaan itu dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Bin Mat Sah bersama pegawai-pegawai kanan beliau di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 15 November.   Sebelum ini Sultan Johor yang menyambut baik projek RTS Link bagaimanapun  tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.   Satu kenyataan SPAD kata  dalam pertemuan dengan baginda SPAD telah mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS.   Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m. Menurut kenyataan SPAD Sultan Johor juga menekankan kepentingan mema...

SPAD teruju dengan perhatian kerajaan dalam Bajet 2018

Image
 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melahirkan teruja dengan perhatian kerajaan yang ingin menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan untuk menyokong pembangunan tenaga kerja mahir dalam industri keretapi.  Pusat yang akan diseliakan SPAD itu akan memainkan peranan mengenalpasti, melatih dan mengiktiraf kakitangan untuk pekerjaan mahir dalam sektor keretapi.  "Malaysia Rail Link Sdn Bhd (yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan) akan bekerjasama dengan universiti awam untuk melatih 3000 orang daripada golongan profesional untuk Projek Keretapi Pantai Timur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.  Tambahnya lagi, MRT yang dikenali sebagai Circle Line, yang bakal siap pada 2025 iaitu dua tahun lebih awal dari yang dianggarkan, akan menjadi perkara penting kepada usaha SPAD untuk mencapai bahagian modal yang disasarkan sebanyak 40 peratus di kawasan bandar menjelang 2030.  Selain itu, peruntukkan sebanyak RM45 juta untuk memperkenalkan inisiati...

Usaha S.P.A.D Diiktiraf

Image
LAND PUBLIC TRANSPORT COMMISSION RECOGNISED BY INTERNATIONAL ASSOCIATION OF TRANSPORTATION REGULATORS Mr Matthew Daus of IATR (left) presenting the award to SPAD CEO Encik Mohd Azharuddin Mat Sah KUALA LUMPUR, 26 OCTOBER, 2017: The Land Public Transport Commission (SPAD) has been honoured with the first ever International Best Practices Award for Transportation Innovation, Reform, and Multi-Modal Planning by the International Association of Transportation Regulators (IATR). Into its 30th year, International Association of Transportation Regulators ("IATR"), is a nonprofit educational and advocacy organisation dedicated to improving the practice of licensing, enforcement and administration of transportation through the sharing of information and resources. The award was presented by Matthew Daus, board member of US-based IATR, to SPAD CEO, Mohd Azharuddin Mat Sah at the sidelines of the Land Public Transport Symposium 2017 here on Monday (October 23). In the cit...

Kemalangan Bas Kilang di Juru : Permit Pengendali Digantung

Image
SPAD MENGGANTUNG PERMIT KENDERAAN PENGENDALI BAS PEKERJA BERIKUTAN TRAGEDI DI JURU, BUKIT MERTAJAM KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menzahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas bas pekerja yang mengorbankan lapan nyawa di kilometer 147, berhampiran Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam baru-baru ini.  Berikutan tragedi tersebut, Suruhanjaya telah menggantung permit setiap kenderaan milik kedua-dua pengendali tersebut – KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd – pada 24 Oktober 2017 bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Bahagian Pematuhan dan Audit Keselamatan SPAD ke atas kedua-dua pengendali berdasarkan piawaian Kod Amalan Keselamatan Industri (Industrial Code of Practice atau ICOP).  SPAD akan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD 2010) ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.  Keselamatan pe...

Malaysia on Track to Expand Rail Mileage by 65% as Key Projects Unfold by 2027.

Image
KUALA LUMPUR (23 October, 2017) – Malaysia has recorded significant achievements in the land public transport sector since it was identified as a key agenda under the Government Transformation Plan (GTP) in 2010, through the inclusion of Urban Public Transport under the National Key Result Areas (NKRA).  Rail is earmarked as the backbone of Malaysia’s land public transport network, and under the 2013 National Land Public Transport Masterplan (NLPTM), the Government seeks to boost the carrying capacity of rail through a three-pronged strategy involving the construction of new lines, procurement of additional trains for existing lines, and upgrading the signaling system to increase service frequency.  The determination to make rail as the artery for the movement of people has borne tangible results. Over the past 7 years, the Government has significantly increased the urban rail network from 279km to 369km. Over the next few years, the urban rail network is exp...

Patuhi undang-undang ketika musim perayaan - SPAD

Image
SPAD MENGINGATKAN PENGENDALI SUPAYA MEMATUHI UNDANG-UNDANG SEMASA MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2017 – Sebagai inisiatif bagi memastikan keselamatan penumpang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan ketika perayaan Deepavali pada tahun ini. Suruhanjaya akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara intensif selama 10- hari bersama PDRM, JPJ, AADK, JKJR dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya dengan kerjasama pengendali, bermula daripada 12 Oktober sehingga 22 Oktober 2017. Ini termasuk operasi sepanjang 24-jam daripada 12 sehingga 14 Oktober, 17 sehingga 18 Oktober dan 21 sehingga 22 Oktober semasa pergerakan pengguna pengangkutan awam dijangkakan berada di tahap tertinggi. Hasil operasi yang dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017, 407 kesalahan telah dicatatkan, berbanding dengan 390 kesalahan pada 2016. Di antara aktiviti-aktiviti yang turut dilaksanakan dengan kerjasama polis dan penguatkuasa...

Pemandu ugut penumpang diberkas

Image
SPAD MENGENALPASTI DAN MEMBERKAS SUSPEK YANG TERLIBAT DALAM KES PEMERASAN PENUMPANG Kuala Lumpur, 8 Oktober 2017  – Satu pasukan khas dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengenalpasti pemandu yang terlibat dalam suatu kes pemerasan penumpang yang dilaporkan kepada polis pada 18 September 2017.  Pemandu tersebut diberkas oleh SPAD pada 5 Oktober 2017.  Pihak SPAD telah mengarahkan pemandu dan pengendali yang terlibat untuk memberi keterangan di Pejabat SPAD. Teksi yang berkenaan juga telah disita untuk membantu siasatan. Pemandu tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Manakala pengendali teksi yang terlibat sedang disiasat di bawah Seksyen 22 Akta tersebut, dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000...

Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019

Image
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua sistem pengangkutan awan di negara ini akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch 'n Go menjelang tahun 2019. Beliau yang merupakan menteri yangbertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, setakat ini sistem tersebut telah dilaksanakan oleh Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT). "Tidak semua pembekal pengangkutan awam bersedia dengan sistem tersebut. Jadi kita menjangkakan semua bersedia menjelang 2019. "Penumpang akan menggunakan kaedah pembayaran tiket tunggal yang boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam termasuk bas," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Persatuan Antarabangsa Pengangkutan Awam Asia Pasifik (UITP) pada Isnin. Ia mengambil masa untuk menyelaraskan penggunaan sistem tersebut kerana ia difahamkan kos untuk memasang keperluan sistem tersebut agak tinggi dengan keperluan tekn...

Qamar Wan Noor dilantik Ketua Pegawai Operasi SPAD yang baru

Image
SPAD MELANTIK KETUA PEGAWAI OPERASI BARU KUALA LUMPUR, 5 September 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melantik Qamar Wan Noor sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang baru berkuatkuasa 5 September 2017.  Qamar adalah penerima aunugerah magna cum laude Sarjana Muda di dalam bidang Sains Kejuruteraan Kimia dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York pada tahun 1990 dan telah memulakan kerjayanya sebagai seorang ahli teknologi penapisan di Shell pada tahun 1990. Sepanjang kerjayanya selama 26 tahun bersama Shell, beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi ahli pengurusan kanan di Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah.  Beliau juga telah mengetuai pasukan Bekalan dan Pengedaran Pemasaran yangmemastikan penggunaan aset secara selamat dan cekap di terminal-terminal darat dan logistik marin di Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan kemudiannya di Malaysia serta Singapura.  “Kepimpinan dan pengalaman beliau yang luas dan men...