Posts

Showing posts with the label demo

SPAD MEMBERI MAKLUM BALAS BERIKUTAN DEMONSTRASI PEMANDU TEKSI DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Image
Kuala Lumpur, 29 Mac 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima laporan berkaitan demonstrasi oleh pemandu teksi di sekitar kawasan Bukit Bintang yang mahukan aplikasi Uber dan GrabCar diharamkan.  SPAD sehubungan itu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan bagi mengawal keadaan serta mengurangkan kesulitan yang dialami oleh orang awam.  Kenderaan yang digunakan oleh aplikasi Uber dan GrabCar tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa seperti SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Suruhanjaya sedang mengambil langkah bagi memastikan aplikasi seperti Uber dan GrabCar dapat dikawal selia di bawah undang-undang dan tidak mengugat industri teksi yang sedia ada. Namun begitu, usaha tersebut memerlukan masa.  Suruhanjaya prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi dan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai bagi ...

Kami bukan alien!... Kami rakyat Malaysia – keluhan pemandu teksi

Image
Amran Jan, Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB)  Sebelum ini Persatuan Transformasi Teksi Malaysia (PERSIM) dan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) seringkali tidak sebulu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Apa sahaja yang dilakukan oleh SPAD seringkali tidak kena pada mata mereka. Tetapi apabila kabinet memutuskan untuk menanggguhkan kenaikan kadar tambang baharu teksi, kedua-dua organisasi ini telah bersatu hati menyuarakan sokongan kepada suruhanjaya berkenaan setelah menyedari tidak ada pihak yang mengambilberat masalah mereka. Pagi Ahad mereka mengadakan sidang media di Kuala Lumpur untuk menyuarkan rasa tidak puashati dengan keputusan kabinet menangguhkan kenaikan kadar tambang itu dan mempertahankan SPAD. Kira-kira 80 pemandu teksi berdaftar dari seluruh Kuala Lumpur dan Selangor hadir memberi sokongan pada sidang media itu. “Saya berpendapat sebenarnya kadar kenaikan tambang ini perlu dikekalkan. Hampir enam tahun k...

SPAD tangkap 10 ulat bas dalam Ops Parasit/Serkap di Pudu Sentral.

Image
Sepuluh “ulat” yang cuba mendesak pelanggan membeli tiket bas berjaya ditahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Parasit/Serkap yang diadakan di Pudu Raya, bermula 10 pagi hingga lima petang, Rabu. Operasi berkenaan diketuai oleh Pengurus Besar Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, membabitkan 12 anggota dan seorang pegawai SPAD serta beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut Che Hasni, semua yang ditahan akan dakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM1 ribu dan tidak melebihi RM50 ribu atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. “Operasi ini diadakan memandangkan cuti panjang Krismas, SPAD mahu mempastikan tidak berlaku sebarang penipuan penjualan tiket. Kami juga mahu memastikan pengendali dan pemandu bas tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh APAD untuk memastikan keselamatan penumpang,” kata...

Pencerahan Mengenai Isu-isu Yang Dibangkitkan Oleh PERS1M Kepada SPRM

Image
SIARAN MEDIA PENCERAHAN MENGENAI ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PERS1M KEPADA SPRM PADA 19 DISEMBER 2014 KUALA LUMPUR (20 Disember 2014) – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan oleh PERS1M kepada SPRM pada 19 Disember 2014. Antara isu yang telah dibangkitkan adalah mengenai hukuman penjara yang telah dikenakan terhadap pemandu teksi disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah dan mengenai pengunaan aplikasi UBER. SPAD dengan ini mahu menjelaskan sungguhpun Kad Pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang.  Ini ternyata dengan kaitan kes-kes jenayah yang melibatkan teksi, di mana pemandu teksi tidak dapat dikenalpasti kerana ketiadaan Kad Pemandu ketika penumpang menaiki kenderaan. Di dalam kes yang melibatkan empat (4) pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai Kad Pemandu, SPAD telah mengeluarkan kompaun pada asaln...

SPAD akan bertindak tegas terhadap pemandu teksi yang melanggar undang-undang.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan terhadap 33 pemandu teksi yang telah dikenalpasti menyertai demonstrasi pada hari Rabu lepas di Bukit Bintang.  Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, dalam kenyataan kepada media, berkata pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengenalpasti pemandu-pemandu lain yang turut serta dalam demonstrasi tersebut sehingga menghalang lalulintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan dan mengganggu ketenteraman awam. Dalam hal ini, katanya SPAD memandang serius akan sikap  pemandu pemandu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi tersebut.  Mohd Nur berkata, SPAD ingin menegaskan kepada semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi yang menyalahi undang undang. -7/6/14.