Posts

Showing posts from May, 2013

Syed Hamid Albar – cabaran jadi pengerusi SPAD lebih dahsyat daripada jadi Menteri...

Image
Pada 3 Jun 2013 genaplah tiga tahun Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sepanjang tempoh itu pelbagai cabaran dan dugaan yang diharunginya memandangkan suruhanjaya yang dikemudinya itu sering menjadi sasaran kritikan orang awam, terutama pembangkang. Tetapi pengalaman Syed Hamid dalam pelbagai bidang banyak membantunya menepis segala cabaran. Mana tidaknya. Syed Hamid pernah menjadi magistret, peguam, pegawai bank dan Menteri Dalam Negeri, jadi setakat orang kritik sana sini, tak jadi hal baginya. Semasa bersembang dengannya baru-baru ini, Syed Hamid menceritakan, semasa Perdana Menteri serahkan tanggungjawab, dia telah beri amaran bahawa jawatan itu mencabar dan berprofil tinggi. Tetapi Syed Hamid tak pula menyangka SPAD akan sentiasa mencari sasaran kritikan, terutama dari pembangkang. “Saya ingat bila dah tak jadi menteri, saya tak payah berdepan dengan masalah orang ramai. Tetapi masalahnya lebih