Posts

Showing posts with the label teksi larkin

Transformasi Industri Teksi Kian Hampir

Image
   TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI KIAN HAMPIR Penyelesaian akan menjurus kepada mewujudkan persaingan yang adil pada masa hadapan KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara. Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah dan adalah sukar bagi mendapatkan jawapan yang akan memuaskan kesemua pihak. Dengan itu, di dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan. Cadangan yang dikemukakan turu...

Berbincang lebih baik dari berdemo – Tan Sri Syed Hamid

Image
Rancangan segelintir pengusaha teksi  untuk mengadakan demo pada Rabu ini nampaknya tidak mendapat sambutan daripada rakan-rakan dalam industri itu sendiri. Selain gagal mendapatkan permit daripada pihak berwajib, usaha mereka juga tidak mendapat restu daripada beberapa persatuan teksi yang beranggapan tindakan itu tidak membawa faedah.     Bukti ini semakin terserlah pada Sabtu apabila lebih daripada 1,000 pengusaha dan pemandu teksi dari seluruh Lembah Kelang hadir pada Majlis Perjumpaan Ramah Mesra bersama  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).  Golongan ini membuktikan perbincangan secara damai adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan industri berkenaan.     Untuk menambah garam kepada luka pengangjur demo itu, pengusaha dan pemandu teksi yang hadir pada majlis berkenaan siap mengumumkan empat resolusi, iaitu berikrar untuk berganding bahu dengan SPAD dalam memajukan industri teksi negara, mematuhi s...

Toyota Innova jadi TEKS1M tak ada kena mengena dengan politik.

Image
Keputusan penggunaan Toyota Innova adalah sebagai model tambahan bagi Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dan bukannya menggantikan Exora yang digunakan sebelum ini. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata, keputusan itu dibuat bukan atas kehendak suruhanjaya tetapi atas permintaan pengusaha dan pemandu teksi supaya mereka mempunyai pilhan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Toyota Innova sebagai TEKS1M di Petaling Jaya, pada Selasa. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. Syed Hamid turut menafikan keputusan itu ada kena mengena dengan senario politik sekarang di mana berlaku pergeseran antara pengerusi proton, Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri. "Saya tak terfikir pun. Kita mengambil masa yang amat panjang memikirkan perkara ink. Kita menyokong industri kereta nasional. Kita tidak boleh menggantikan Exora dengan Toyota. Ini adalah pengelebaran bekalan...

Sekitar Majlis Berbuka Puasa anjuran S.P.A.D.

Image
Sekitar Majlis Berbuka Puasa anjuran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2 Julai 2015 Kuala Lumpur Golf and Country Club.

Permit Perjalanan Teksi Johor Bahru-Singapura

Image
Kuala Lumpur,1 Julai 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam memberi maklumbalas kepada laporan media mengenai permasalahan permit perjalanan teksi Johor Bahru-Singapura, ingin menjelaskan bahawa perkhidmatan teksi akan tetap diteruskan. Bagi memastikan kesinambungan di dalam perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada teksi dari Singapura telah diterima.  Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi daripada Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura. SPAD juga sedang bekerjasama dengan pihak POS Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia bagi mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Singapura pada 2 Julai (esok). Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka akan selesai dalam jangka masa 1 hingga 2 hari. SPAD akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin dan berharap ianya tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.