Posts

Showing posts with the label taxi fare

Isu tambang teksi RM800, SPAD akan siasat dan bertindak tegas dalam hal ini

Image
MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA  Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara.  Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.  SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.  Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan. ...

Undang-undang berkaitan E-Hailing akan dipinda demi masa depan.

TINDAKAN SEDANG DIAMBIL UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI MENGAWAL SELIA APLIKASI E-HAILING Kuala Lumpur, 18 November 2016 – Dalam usaha melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi (TITP), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model Pajak. Sejak 1 September 2016, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif ini terus mendapat sambutan baik daripada pemandu teksi kerana ianya memberikan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa hadapan.  Bagi aplikasi e-hailing, Suruhanjaya telah mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan. Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada Kabinet sebelu...

Transformasi Industri Teksi Kian Hampir

Image
   TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI KIAN HAMPIR Penyelesaian akan menjurus kepada mewujudkan persaingan yang adil pada masa hadapan KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara. Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah dan adalah sukar bagi mendapatkan jawapan yang akan memuaskan kesemua pihak. Dengan itu, di dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan. Cadangan yang dikemukakan turu...

Pemandu teksi tagih berita baik Bajet 2016

Image
Pemandu-pemandu teksi menaruh harapan tinggi kepada Kerajaan supaya tidak mengetepikan kepentingan mereka dalam pembentangan Bajet pada 23 Oktober ini. Sehubungan itu Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) telah menghantar memorandum empat perkara kepada Perdana Menteri. Empat perkara berkenaan ialah pengurangan atau penundaan kenaikan harga NGV, pengurangan harga tol di dalam bandar dan pengurangan GST untuk pengangkutan awam. PETEKMA juga mahukan Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan oleh UBER, GrabCar dan seumpamanya. Memorandum berkenaan telah dihantar kepada Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, yang juga penasihat PETEKMA. Pengerusi PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz mengumumkan perkara berkenaan kepada wartawan selepas mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu di Kuala Lumpur pada Sabtu. Syahrir berkata, kenai...

SPAD selesaikan secepat mungkin isu permit teksi Johor Baharu-Singapura

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjelaskan isu permit perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura akan diselesaikan secepat mungkin dan perkhidmatan itu akan tetap diteruskan.   Dalam satu kenyataan, SPAD menarik perhatian bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan POS Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura pada 2 Julai. "Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka selesai dalam jangka masa satu hingga dua hari," menurut kenyataan 1 Julai 2015 itu. SPAD berkata bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada pihak teksi Singapura telah diterima. "Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi dari Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura," katanya. Perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura dilaporkan terjejas berikutan masalah permit yang tama...

80 kenderaan tanpa permit diberkas sejak Oktober

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberkas 80 kenderaan daripada pelbagai syarikat sejak Oktober tahun lalu kerana menjalankan perkhidmatan tanpa permit. Antara kenderaan yang dikenalpasti adalah dari syarikat UBER, Black Lane, Black Car, Easy Taxi dan lain-lain. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata daripada jumlah itu 52 kenderaan telah dilucut hak. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ops Revus yang dijalankan sekitar Petaling Jaya, Bangsar dan sekitar Kuala Lumpur, pada Rabu. Pada operasi berkenaan yang memakan masa lebih dua jam,  24 anggota penguatkuasa SPAD yang bertugas telah menahan enam kenderaan kerana memberikan perkhidmatan tanpa permit sah dan sebuah teksi yang tidak menggunakan meter. "Kenderaan-kenderaan ini akan disiasat dengan lebih teliti dan kami akan mengambil tindakan di bawah sekayen 16 Akta Pengangkutan Awam (APAD). "Jika sabit kesalahan, pemilik kenderaan boleh ...

Sultan Selangor diberi taklimat mengenai kemudahan LRT, Monorel

Image
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli melakukan kunjungan terhadap sistem pengangkutan rel LRT Rapid KL dan Monorel. Baginda memulakan lawatan dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral. Ketibaan baginda di Stesen KL Sentral akan disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed Salim Din. Kemudian baginda menaiki Monorel di Stesen KL Sentral dan turun di Stesen Monorel Bukit Nanas. Menurut jurucakap Istana Selangor, lawatan Sultan Sharafuddin berdasarkan titah baginda di Dewan Undangan Negeri Selangor yang ingin mengalami sendiri perkhidmatan rel yang bakal melibatkan Selangor dalam projek LRT Line 3. Dalam titah tersebut, Sultan Sharafuddin berharap rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang sekaligus dapat mengatasi masalah alam sekitar. Pada sidang media selepas itu pengerusi Prasarana, Tan Sri Isma...

SPAD perkenal aplikasi MeterON tingkat mutu perkhidmatan teksi

Image
Dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Rabu melancarkan aplikasi "Meter On". Aplikasi Meter On sesuai digunakan untuk telefon bimbit Android dan iOS dan boleh dimuat-turun menerusi Google Play secara percuma. Aplikasi Meter On dilengkapi enam ciri utama, iaitu pengesahan pemandu, penjejak perjalanan, anggaran tambang, penilaian pemandu, isyarat kecemasan (SOS) dan maklum balas/aduan. Setakat ini lebih 50 ribu teksi di seluruh Semenanjung telah berdaftar dalam data aplikasi Meter On ini. Pelancaran Meter On disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Kamal, Ketua Pegawai Operasi, Halim Husain dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad. Menurut Syed Hamid, ciri pengesahan pemandu dalam aplikasi Meter On boleh memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. "Pengguna boleh membuat pemeriksaan sendiri samada pemandu t...

Rasional kenaikan tambang teksi.

Image
Pada 19 Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar mengumumkan kenaikan kadar tambang teksi dinaikkan berkuatkuasa serta-merta. Tetapi pengumuman itu telah membuat banyak pihak yang mungkin tidak peka dengan apa yang telah dibuat oleh suruhanjaya itu sejak ditubuhkan pada Jun 2010, mendakwa keputusan itu kononnya dibuat secara semborono. Ada pula yang bertindak keterlaluan dengan menuduh SPAD bertindak tanpa mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Tidak terkecuali juga yang mendakwa kononnya kenaikan itu akan membebankan rakyat apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan kelak, walhal kerajaan sudah berkali-kali mengumumkan pengguna pengangkutan awam darat tidak dikenakan GST. Ekoran desakan pelbagai sudut, dua hari selepas itu Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kabinet menangguhkan kenaikan itu. Pengumuman TPM itu telah membangkitkan rasa tidak puashati 130 ...