Ini sebabnya kerajaan letak transformasi pengangkutan awam sebagai agenda utama...- PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata Agenda Transformasi Pengangkutan Awam Darat bukan sekadar membina projek infrastruktur mega, tetapi bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan taraf hidup rakyat Malaysia. Katanya, dalam tempoh jangkamasa panjang, rangkaian pengangkutan awam yang moden dan mampan akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti persekitaran. "Atas sebab inilah kita meletakkan transformasi pengangkutan awam sebagai agenda utama di bawah Program Transformasi Nasional (NTP)," katanya. Najib berkata demikian ketika menutup Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017 di Kuala Lumpur, Isnin. Najib berkata untuk melaksanakan visi itu maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan pada 2010. Pada 2013 SPAD telah menghasilkan Pelan Utama Transformasi Pengangkutan Awam Darat. "Hasil usaha keras kami sejak tujuh tahun lalu untuk memodenkan rangkaian rel, memperbaiki perkhidmatan bas dan mo...