Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu–Krai dan Pembukaan Penuh Ipoh–Padang Besar dan Seremban–Gemas
Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu–Krai dan Pembukaan Penuh Ipoh–Padang Besar dan Seremban–Gemas 26 Jun, 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum kenyataan media daripada KTMB baru-baru ini mengenai pengoperasian semula perkhidmatan keretapi antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Krai serta pembukaan landasan Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas. Walaupun cadangan KTMB untuk memulakan perkhidmatan tersebut menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri dialu-alukan oleh SPAD, namun faktor keselamatan penumpang tidak boleh diabaikan. Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Krai KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai cadangan kerja baikpulih landasan di antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Krai untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap yang selamat bagi penggunaan dan operasi keretapi Sejurus itu KTMB merancang untuk memulakan operasi secara...