Perkhidmatan rel bandar semakin popular
Nampaknya segala usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengembangkan rangkaian pengangkutan awam darat di Lembah Kelang telah menerima sambutan positif daripada rakyat. Jumlah penumpang harian bagi pengangkutan rel dan bas di Lembah Kelang pada tahun lalu berjumlah 1,206,111, meningkat 3.7 peratus daripada tahun 2016, iaitu 1,162,717. Jumlah penumpang harian bagi pengangkutan rel bandar pada tahun lalu mencatatkan peningkatan 7.5 peratus, iaitu 694,057 berbanding 645,601 pada 2016. Faktor utama peningkatan ini ialah pembukaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah mengumumkan demikian pada majlis taklimat kepada media di Kuala Lumpur, Selasa. Beliau berkata, jumlah penumpang harian perkhidmatan KTM Komuter bagaimanapun menurun 14.5 peratus disebabkan kerja-kerja pembaikpulihan trek berganda Lembah Klang (KVDT). Begitu juga jumlah penumpang harian mono...