Perpindahan Operasi Bas Ekspres Koridor Utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bandar Tasik Selatan
Perpindahan Operasi Bas Ekspres Koridor Utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bandar Tasik Selatan, Berkuatkuasa November 1, 2015 Kuala Lumpur, 20 Oktober, 2015 –Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini mengumumkan perpindahan operasi Bas Ekspres Koridor Utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) berkuatkuasa 1 November, 2015. Ini merangkumi perjalanan ke negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Keputusan bagi perpindahan dari Pudu ke TBS dilakukan selepas perbincangan bersama pihak berkepentingan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan pihak Pengendali Bas yang terlibat. Selain daripada menawarkan keselamatan dan keselesaan yang lebih baik, perpindahan operasi ke TBS akan dapat mengekang aktiviti ulat tiket yang berleluasa di Pudu Sentral. Dengan perpindahan ini, sebanyak 545 dari 635 bas ekspres koridor utara yang beroperasi di Pudu Sentral akan dialihkan daripada pusat bandar. Ini...