Posts

Showing posts with the label kemalangan

Kemalangan Bas Kilang di Juru : Permit Pengendali Digantung

Image
SPAD MENGGANTUNG PERMIT KENDERAAN PENGENDALI BAS PEKERJA BERIKUTAN TRAGEDI DI JURU, BUKIT MERTAJAM KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menzahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas bas pekerja yang mengorbankan lapan nyawa di kilometer 147, berhampiran Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam baru-baru ini.  Berikutan tragedi tersebut, Suruhanjaya telah menggantung permit setiap kenderaan milik kedua-dua pengendali tersebut – KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd – pada 24 Oktober 2017 bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Bahagian Pematuhan dan Audit Keselamatan SPAD ke atas kedua-dua pengendali berdasarkan piawaian Kod Amalan Keselamatan Industri (Industrial Code of Practice atau ICOP).  SPAD akan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD 2010) ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.  Keselamatan pe...

Projek KVDT sudah 28 peratus dan siap 2019

Image
Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah mencapai 28 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.   Projek yang membabitkan kos RM1.4 billion itu telah bermula sejak pertengahan tahun lalu membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.   Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.   Azharuddin berkata demikian pada sidang media di tapak projek di Rawang, Selangor, Jumaat.   Menurut Azharuddin lagi, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana beberapa faktor, dia yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.   "Memang ada tergendala seketika kerana faktor cuaca dan teknikal tetapi saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastruc...

SPAD tingkatkan peguatkuasaan sempena Tahun Baru Cina

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dijang pada 28 Januari ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, aktiviti penguatkuasaan akan melibatkan kawasan di  terminal  bas,  lapangan terbang,  pusat  bandar  dan  lebuhraya. "Ini  bagi  memastikan  pengguna pengangkutan  awam  darat  menikmati  perjalanan  yang  selesa  dan selamat tiba ke destinasi mereka. "Anggota SPAD turut melakukan operasi penyamaran bagi memantau pemahutan keselamatan dan tingkah laku pemandu bas ekspress," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Tambahnya, SPAD akan bekerjasama dengan agensi pengautkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Bersepadu Khas Tahun Baru Cina. "Operasi yang bermula pada 21 Janu...

Syed Hamid - bukan SPAD yang sebabkan kemalangan

Image
Setiap kali berlaku kemalangan yang membabitkan bas, pasti ada pihak-pihak tertentu yang menyalahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sekali dua, kira okaylah. Tetapi kalau selalu sangat berlaku, kalau kita berada di  kerusi Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, kita pun akan berasa rimas. Pengerusi SPAD itu pun merasa musykil di mana logiknya apabila berlaku kemalangan, SPAD dipersalahkan sehinggakan ada pihak mendesak supaya suruhanjaya itu diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). "Saya lihat banyak sangat spekulasi. Ada orang bila berlaku kemalangan, salahkan SPAD. Kita nak memperbaiki sistem pengangkutan awam darat. "Adalah lebih baik kita tumpukan kepada masalah sebenar sama ada SPAD di bawah bidang kuasa siapa atau masalah kemalangan yang berlaku. Adakah kemalangan itu disebabkan kegagalan SPAD? "Saya fikir ini bukan isunya. Nak letak bawah siapa pun terpulang kepada Kerajaan. Bukan SPAD yang menentukan kita patut berada di bawah siapa....

SPAD tegas terhadap Qistna Express demi keselamatan pengguna

Image
SPAD MEMULAKAN PROSES PENGGANTUNGAN TERHADAP QISTNA EXPRESS Kuala Lumpur, 13 Julai 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd. sehubungan dengan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut pada 10 Julai 2016 di Km265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihak Suruhanjaya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan. SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa Suruhanjaya memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan ...