SPAD tak boleh ramal kemalangan...
Seperti biasa setiap kali selepas berlaku kemalangan membabitkan bas ekspres, kebanyakan jari dituding khususnya ke arah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Insiden terkini di mana SPAD turut dipersalahkan dalam kemalangan Sabtu lalu yang mengorbankan 14 nyawa dan 16 cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam di sebuah gaung di kilometer 137.3 Lebuhraya Utara-Selatan, di Kampung Jayor, Muar, Johor. "Walaupun SPAD sudah meletakkan pelbagai syarat dan peraturan, masih ramai yang tidak mengendahkannya dan apabila berlaku tragedi yang disebabkan faktor manusia, kita juga dipersalahkan. Kita tak boleh meramalkan kemalangan," kata pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Begitupun kata Syed Hamid, SPAD tetap menerima kritikan dan pandangan semua pihak. "Kita pandang ke hadapan dan tak perlulah menyalahkan mana-mana agensi. Rakyat kita selalu cepat melenting apabila tragedi berlaku. "Ada yang mengatakan syarat dan peraturan ...