Posts

Showing posts with the label bukit bintang

SPAD jalankan Ops SERKAP bantu pengguna pengangkutan awam

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyita 55 kenderaan dan mengesan 89 kes kesalahan menggunakan kenderaan persendirian sebagai teksi sapu  di Lembah Klang sejak Oktober tahun lalu. Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai dan aduan pemandu-pemandu teksi berlesen yang pendapatan mereka terjejas berikutan aktiviti haram itu. Menurut beliau, ramai daripada pemandu kereta sapu haram itu menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan. "Menggunakan aplikasi pintar bukan bermakna mereka boleh menjadi pemandu teksi. Kenderaan ini haram dan tidak mempunyai permit yang dikeluarkan SPAD serta tidak menjamin perlindungan insuran untuk penumpang," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Serkap di Pudu Sentral, pada Khamis. Ops berkenaan bertumpu kepada pemeriksaan penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena cuti Aidilfitri. Dalam Ops be...

SPAD selesaikan secepat mungkin isu permit teksi Johor Baharu-Singapura

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjelaskan isu permit perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura akan diselesaikan secepat mungkin dan perkhidmatan itu akan tetap diteruskan.   Dalam satu kenyataan, SPAD menarik perhatian bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan POS Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura pada 2 Julai. "Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka selesai dalam jangka masa satu hingga dua hari," menurut kenyataan 1 Julai 2015 itu. SPAD berkata bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada pihak teksi Singapura telah diterima. "Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi dari Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura," katanya. Perkhidmatan teksi Johor Baharu-Singapura dilaporkan terjejas berikutan masalah permit yang tama...

Sultan Selangor diberi taklimat mengenai kemudahan LRT, Monorel

Image
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli melakukan kunjungan terhadap sistem pengangkutan rel LRT Rapid KL dan Monorel. Baginda memulakan lawatan dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral. Ketibaan baginda di Stesen KL Sentral akan disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed Salim Din. Kemudian baginda menaiki Monorel di Stesen KL Sentral dan turun di Stesen Monorel Bukit Nanas. Menurut jurucakap Istana Selangor, lawatan Sultan Sharafuddin berdasarkan titah baginda di Dewan Undangan Negeri Selangor yang ingin mengalami sendiri perkhidmatan rel yang bakal melibatkan Selangor dalam projek LRT Line 3. Dalam titah tersebut, Sultan Sharafuddin berharap rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang sekaligus dapat mengatasi masalah alam sekitar. Pada sidang media selepas itu pengerusi Prasarana, Tan Sri Isma...

Rasional kenaikan tambang teksi.

Image
Pada 19 Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar mengumumkan kenaikan kadar tambang teksi dinaikkan berkuatkuasa serta-merta. Tetapi pengumuman itu telah membuat banyak pihak yang mungkin tidak peka dengan apa yang telah dibuat oleh suruhanjaya itu sejak ditubuhkan pada Jun 2010, mendakwa keputusan itu kononnya dibuat secara semborono. Ada pula yang bertindak keterlaluan dengan menuduh SPAD bertindak tanpa mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Tidak terkecuali juga yang mendakwa kononnya kenaikan itu akan membebankan rakyat apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan kelak, walhal kerajaan sudah berkali-kali mengumumkan pengguna pengangkutan awam darat tidak dikenakan GST. Ekoran desakan pelbagai sudut, dua hari selepas itu Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kabinet menangguhkan kenaikan itu. Pengumuman TPM itu telah membangkitkan rasa tidak puashati 130 ...

Kadar baru tambang teksi jalan terus...hanya bas ekspress dan rel tunda

Image
Para pemandu dan pemilik teksi boleh menarik nafas lega.Setelah pengumuman kadar baru tambang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Khamis lalu ditunda Sabtu...petang Isnin kerajaan putuskan perlaksanaanya diteruskan. Sebaliknya hanya kadar baru tambang bas ekspress dan rel sahaja akan ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Persatuan-persatuan pemandu teksi sebelum ini telah membuat rayuan agar kerajaan terus kadar baru tambang kerana ia sudah tertangguh sejak enam tahun lampau. Malah banyak juga pemandu dan pemilik teksi yang sudah tukar meter ikut kadar tambang baru sejurus pengumuman dibuat menerusi sidang akhbar Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar Khamis lalu. Sebelum ini ekoran bantahan orangramai pada kadar baru pengangkutan awam,kabinet dalam mesyuarat Jumaat lalu putuskan semua kadar baru tambang teksi,bas ekspres dan rel ditangguhkan. Ia diumum oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar di Muar pagi Sabtu. Petang Isni...

Taxi Fare Revision Due to Overall Cost's Demand

Image

SPAD umum kenaikan tambang teksi pada Khamis

Image
Pemandu dan pengusaha teksi bakal tersenyum lebar apabila penantian dan kesabaran mereka selama lima tahun bakal membuahkan hasil. Ini kerana pagi Khamis ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijangka akan mengumumkan kenaikan kadar baru tambang teksi, setelah hampir dua tahun membuat kajian dan mengumpul maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan. Sejak dua tahun lalu persatuan-persatuan teksi dan SPAD mengadakan rundingan demi rundingan mengenai kadar baharu tambang teksi. Beberapa cadangan dikemukakan oleh pengendali teksi diikuti beberapa cadangan balas dari SPAD. Dengar cerita SPAD akhirnya bersetuju mengambil jalan tengah yang dirasakan dapat menghasilkan situasi menang-menang. Pada ketika pengusaha dan pemandu teksi tersenyum lebar mendengar berita ini,  mungkin ada juga beberapa pihak yang tidak senang hati. Tetapi pihak-pihak ini perlu ingat bahawa pemandu dan pengendali teksi juga adalah rakyat dan mempunyai hak yang sama dengan pengguna teksi. ...

SPAD pakai treler angkut teksi!

Image
Sesudah beratus kali operasi dilakukan dan masih ramai pemandu teksi yang degil tak mahu gunakan meter, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kali ini mengambil langkah drastik menggunakan treler untuk mengangkut teksi yang disita "on-the-spot". Dalam satu operasi khas merangkumi kawasan Subang sampai ke Sungai Buloh dan Puchong, unit penguatkuasaan SPAD yang diketuai oleh Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad pada Rabu, 30 pemandu diberkas kerana melakukan pelbagai kesalahan. "Kesalahan paling banyak sekali ialah pemandu teksi tak guna meter di mana kita dapati 27 melakukan kesalahan itu. "Dua orang tidak ada kad pemandu dan satu lagi kad pemandunya mati dan tamat tempoh," kata Che Hasni kepada pemberita selepas tamat operasi. Che Hasni berkata operasi berkenaan dianggap kejayaan 100 peratus. "Kita hantar 30 pasukan penyamaran untuk membuat operasi. Kiranya kita dapat 100% mengena. "Kita sudah buat operasi sebegini kerapkali ...

Pencerahan Mengenai Isu-isu Yang Dibangkitkan Oleh PERS1M Kepada SPRM

Image
SIARAN MEDIA PENCERAHAN MENGENAI ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PERS1M KEPADA SPRM PADA 19 DISEMBER 2014 KUALA LUMPUR (20 Disember 2014) – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan oleh PERS1M kepada SPRM pada 19 Disember 2014. Antara isu yang telah dibangkitkan adalah mengenai hukuman penjara yang telah dikenakan terhadap pemandu teksi disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah dan mengenai pengunaan aplikasi UBER. SPAD dengan ini mahu menjelaskan sungguhpun Kad Pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang.  Ini ternyata dengan kaitan kes-kes jenayah yang melibatkan teksi, di mana pemandu teksi tidak dapat dikenalpasti kerana ketiadaan Kad Pemandu ketika penumpang menaiki kenderaan. Di dalam kes yang melibatkan empat (4) pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai Kad Pemandu, SPAD telah mengeluarkan kompaun pada asaln...

Laluan Merah dan Biru Bas GO KL disusun semula demi keselesaan.

Image
PENAMBAHBAIKAN LALUAN MERAH DAN LALUAN BIRU BAGI PERKHIDMATAN BAS BANDAR GO KL KUALA LUMPUR: 23 September 2014  –Mulai 1hb Oktober 2014, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) akan menambahbaik Laluan Merah dan Laluan Biru perkhidmatan bas Bandar GO KL. Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas kedua-dua laluan ini semenjak mula beroperasi, S.P.A.D telah mengambil keputusan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan laluan Merah dan Biru ini demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan ke tahap yang optima. Langkah penambahbaikan ini merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, penambahan perkhidmatan ke destinasi tumpuan orang ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan pengguna Go KL. Untuk makluman, perkhidmatan bas Bandar GO KL ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Ogos 2012 dengan dua (2) laluan sahaja iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungu dan kemudiannya Laluan Merah dan Laluan biru pada...